5 CARA UNTUK MERIAHKAN RUMAH ANDA DI TAHUN BAHARU CINA


Tahun ini merupakan Tahun Lembu mengikut kalendar Cina. Tahun Baharu Cina bakal diraikan pada 12 Februari ini dan sudah pastinya persiapan untuk menyambut kedatangannya telah pun bermula. Jom kita baca lima cara bagaimana anda boleh memeriahkan Tahun Baharu Cina dengan Ikea Malaysia. 

1. Bersih dan kemaskan rumah 
Ramai orang inginkan rumah kelihatan bersih dan kemas sempena menyambut Tahun Baharu. Buang atau dermakan barangan lama yang tidak diperlukan lagi dan susun barangan dengan kemas menggunakan kabinet dinding yang bukan sahaja praktikal malahan cantik dipandang. Gunakan rak, bakul, dan papan pemisah untuk menambahkan ruangan bagi menimpan barangan anda. 


2. Gantikan yang lama dengan baharu 
Ruang tamu adalah nadi kepada setiap rumah – tempat di mana semua ahli keluarga berkumpul sama ada untuk bermain, berbual atau bersantai. Suntikkan gaya moden bagi menggantikan yang lama. Padankan suasana ruang tamu anda dengan meja dulang, kusyen, dan langsir yang berona cerah untuk menghidupkan lagi ruang tersebut. Anda juga boleh menggunakan pasu bunga hiasan untuk menceriakan ruang kediaman anda 


3. Menikmati jamuan bersama keluarga 
Jamuan makan besar pada malam ambang Tahun Baharu adalah wajib bagi masyarakat Cina. Tambahkan seri di meja makan dengan penyepit, cawan, mangkuk penghidang dan set kutleri dari Ikea Malaysia. Untuk menyediakan pelbagai makanan yang enak, anda pastinya memerlukan sebuah kuali yang serbaguna! 


4. Hiasi rumah bersama 
Jadikan aktiviti menghias rumah sebagai sebuah aktiviti bersama keluarga, terutamanya untuk anak-anak kecil. Dari situ anda dapat jalinkan berhubungan yang lebih mesra dan juga peluang untuk bergelak-ketawa. Gunakan sampul duit untuk dibuat origami dan gantungkan tanglung bagi membawa tuah ke rumah anda di Tahun Baharu ini. 


5. Berikan hadiah kepada yang tersayang 
Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima. Bawakan buah tangan untuk keluarga dan rakan-rakan dari Swedish Food Market, IKEA Malaysia! Nikmati diskaun 50% untuk limau mandarin dan 20% off Dendeng Ayam BBQ apabila anda membeli kotak kedua. Kepada penggemar biskut pula, dapatkan kotak keempat dengan percuma apabula anda membeli tiga kotak biskut Tahun Baharu Cina. 

Jadikan IKEA Malaysia sebagai destinasi untuk membuat persiapan untuk menyambut Tahun Baharu Cina. Jangan lupa untuk mendapatkan koleksi SOLGLIMTAR yang menampilkan corak tradisional Cina. Direka untuk digunakan sepanjang tahun, koleksi ini boleh didapati secara dalam talian dan di gedung-gedung ikea mulai 21 Januari 2021. Meriahkan rumah anda dengan kain alas meja, permaidani dan pinggan-mangkuk dari IKEA! 

Jamulah selera dengan hidangan IKEA yang enak mulai sekarang sehingga 26 Februari 2021. Antara hidangan yang harus dicuba adalah Prosperity Salmon berharga RM22.90 dan Red Velvet Mandarin Orange Cheesecake berharga RM8.80 dan banyak lagi. Nikmati diskaun 10% dengan makanan bawa pulang atau penghantaran melalui Bungkusit atau GoGet. 

Untuk maklumat lanjut dan pelbagai inspirasi Tahun Baharu Cina, sila layari IKEA.my/CNY.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!