SERLAHKAN KEREMAJAAN KULIT DENGAN LOSYEN RAWATAN NUTOX

 

Menurut kepercayaan Feng Shui, kulit yang cerah dan bersih adalah cerminan niat yang baik dan perjalanan lancar dalam mendepani masa. Tahun Baru Cina merupakan saat yang sibuk tetapi penuh kemeriahan dalam meraikan tradisi. 

Dengan kesibukan persediaan sambutan, daripada menghias rumah sehingga menyediakan hidangan enak, ada kalanya kita terlepas pandang akan persediaan diri untuk menyambut hari yang penuh bermakna ini! Peka dengan keadaan ini, Nutox berasa gembira untuk memperkenalkan Nutox Youth Restoring Hydrating Treatment Lotion baharu sebagai sebahagian daripada rangkaian losyen rawatan antipenuaan pada sambutan Tahun Baru ini. 

Nutox berharap dapat menggalakkan para wanita agar tidak berkompromi dalam penjagaan diri mereka dengan menyediakan rangkaian penjagaan kulit yang sesuai untuk musim perayaan ini agar mereka tampil dan rasa hebat. 


Nutox Youth Restoring Hydrating Treatment Lotion yang baharu mempunyai kualiti penghidratan yang unggul dan sesuai bagi mereka berkulit normal hingga kering. Diformulasikan dengan ciri teknologi antipenuaan Nutox, losyen rawatan ini padat dengan Oxyfusion bagi kulit yang berseri-seri, Hyaluronic Acid untuk hidrasi serta ekstrak Sarang Burung poten yang berperanan memberi khasiat dan menangani kebimbangan kesan penuaan. Sarang Burung, yang juga dikenali sebagai “kaviar Timur”, telah diamalkan oleh budaya masyarakat Cina sebagai solusi untuk keremajaan kulit. 

Sebagai perintis dalam memanfaatkan kebaikan Sarang Burung dalam penjagaan kulit moden, losyen rawatan Nutox memenuhi keperluan pelbagai kebimbangan kulit dan memberikan wanita kulit yang halus dan menyerlahkan keindahan keremajaan kulit, sesuai dengan sambutan aluan kedatangan Tahun Lembu. 

Mulakan langkah ke arah tahun kejayaan dan penuh tuan dengan mencapai kulit yang sihat dan berseri daripada tenaga “merah” dalaman menerusi Nutox Youth Restoring Treatment Lotion yang diformulasikan secara rapi untuk mengatasi kebimbangan bagi mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif agar tiada alahan (hypoallergenic) dan pH seimbang dengan menggabungkan ramuan yang lebih lembut untuk memperkukuhkan batasan kulit, seterusnya menjadikan kulit lembut dan kelihatan lebih muda. 

Satu lagi kepercayaan Feng Shui terhadap wajah adalah pipi yang kemerah-merahan kerana dikaitkan dengan tuah dan nasib yang baik. Kini, ia boleh dicapai dengan mudah dengan Nutox Renewing Treatment Moisturizing Essence, diformulasikan untuk semua jenis kulit dan mengandungi Kompleks Tri-LumiNes untuk menyingkirkan kotoran bagi wajah yang bersih dan berseri. 

Dihasilkan untuk mempertingkatkan tona dan penyediaan kulit, losyen rawatan Nutox yang ringan dan pantas menyerap memberikan rangsangan pantas pada wajah, sesuai digunakan selepas pencuci muka, sebelum serum atau pelembap pilihan. 

“Tiada yang lebih utama dalam memulakan tahun baharu dengan langkah yang betul. Tahun Baru Cina merupakan satu keraian yang penuh meriah dan sering diindahkan dengan tradisi dan kehadiran insan-insan tersayang. Kami memahami persediaan untuk meraikan suatu perayaan sering kali mengambil masa yang banyak dan kita sentiasa berusaha untuk memastikan tradisi akan diikuti dan ruang kediaman sentiasa bersedia untuk menyambut kehadiran keluarga dan rakan-rakan. Dengan mengambil kira perkara ini, kami telah memperkenalkan rangkaian Nutox Youth Restoring Hydrating Treatment Lotion untuk memberikan wanita penyelesaian mudah yang dapat menyerlahkan kecantikan keremajaan dari dalam dan tidak berkompromi untuk tampil dan rasa hebat,” kongsi Vicky Lim, Ketua Pemasaran & Perdagangan Elektronik Tohtonku Sdn Bhd. 

Berhasrat untuk menggembirakan dan memberi inspirasi kepada pengguna dalam keadaan semasa yang tidak menentu, Nutox telah menyediakan video perayaan Tahun Baru Cina sulung mereka bersama pelancaran rangkaian baharu ini. Video berjudul “The Queen’s Search” ini memaparkan kisah epik suatu permulaan baharu, pertarungan yang hebat, serta perkongsian rahsia untuk kecantikan muda berseri di Tahun Baru. 

Menampilkan personaliti-personaliti menawan seperti May Ho, Marianne Tan, Natalie Chai dan Andrew Soh, pasukan produksi dari Tata Studios membawakan kisah Tahun Baru Cina yang menarik dan sesuai untuk meraikan kemeriahan musim perayaan ini. Tontoni prebiu video di bawah dan filem penuh di radiateyouthfulbeauty.nutox.my

Rangkaian losyen rawatan Nutox ditawarkan dari harga RM65.90 hingga RM79.90, dan boleh didapati di rangkaian Watsons, Guardian dan Aeon Wellness seluruh negara atau secara dalam talian menerusi platform Shopee dan Lazada. 

Bagi meraikan musim perayaan dan pelancaran Nutox Youth Restoring Hydrating Treatment Lotion baharu, jenama penjagaan kulit antipenuaan itu menjalin kerjasama dengan rakan peruncitan utama untuk menawarkan pengguna pelbagai promosi dan hadiah menarik. 

Pelanggan berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM38,888 menerusi pembelian produk Nutox bernilai RM68 di Watsons, manakala pembelian di Guardian berpeluang membawa pulang sepasu bunga orkid yang pastinya melengkapi seri wajah berseri mereka.

Selain itu, Shopee juga akan menganjurkan peraduan jawab dan menang dengan menawarkan tiga hadiah utama berupa beg mewah yang bernilai RM3,267! 

Ketahui lebih lanjut berkenaan Nutox Youth Restoring Hydrating Treatment Lotion baharu dan losyen rawatan Nutox dengan melayari laman https://radiateyouthfulbeauty.nutox.my/ . Untuk berita-berita terkini dan promosi terbaharu, sila mengunjungi www.nutox.my atau Facebook Nutox Malaysia di https://www.facebook.com/NutoxStayYoung/.

Comments

Popular posts from this blog

ANTA MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN SUMBANGAN KASUT SEMPENA RAMADAN

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA