MAGNUM PERKENALKAN AISKRIM BAHARU COOKIES & CREAM


Magnum, jenama yang menjulang kenikmatan aiskrimnya telah merungkaikan produk terbaharu: Magnum Cookies and Cream. Ia mempakejkan kenikmatan biskut dan coklat putih Belgium untuk mencungkil sifat keriangan dan kebebasan yang wujud dalam diri kita.

Magnum Cookies and Cream menggandingkan biskut dan coklat untuk menghasilkan aiskrim yang enak dan benar-benar memuaskan. Tampil dengan coklat putih Belgium Magnum sebagai ramuan signaturnya, digerimis dengan kepingan biskut rangup, serta disempurnakan oleh manisan empuk berperisa krim dan serpihan biskut coklat untuk membawakan perisa ikonik yang tiada tandingannya.

“Magnum berbesar hati untuk memperkenalkan aiskrim premium terbaharunya di pasaran Malaysia. Magnum Cookies and Cream merupakan sajian coklat putih kami yang paling memukau, dan kami ingin mempersembahkannya kepada para individu yang mendambakan kepuasan atau ‘pleasure seekers’ menerusi kempen #PlayfullyMagnum. Ketika Malaysia dilatari dengan situasi yang mencabar, kami berhasrat untuk terus menyuntik semangat warga Malaysia dengan bibit keriangan dan kenikmatan,” ujar Shiv Sahgal, Pengarah Pemasaran Makanan dan Minuman, Unilever Malaysia.

Magnum Cookies and Cream kini boleh didapati di kebanyakan pasar raya, kedai serbaneka, kedai petrol, termasuk melalui servis penghantaran makanan seperti FoodPanda dan Grab Food untuk membolehkan rakyat Malaysia membeli dan menikmati tawaran Magnum yang terbaharu.

Aiskrim bertaraf premium yang dibaluti dengan foil Magnum khas ini bakal ditawarkan pada harga runcit yang disarankan, iaitu RM4.50 seunit. Ia juga bakal hadir dalam versi Magnum Mini untuk dinikmati di rumah.


Untuk maklumat lanjut mengenai Magnum Cookies and Cream, sila layari laman web rasmi Magnum di www.magnumicecream.com/my. Nantikan perkembangan lanjut berkenaan dengan aktiviti dan peraduan yang dianjurkan oleh Magnum!

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

NESTLÉ MALAYSIA DAN BSMM BERGANDING BAHU MEMBANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR : 5,000 KOTAK BARANGAN MAKANAN ASAS DISEDIAKAN BARISAN SUKARELAWAN

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?