SINOPSIS SLOT MEGADRAMA ASTRO - MARRY ME SENORITA


Drama bersiri ‘Marry Me Senorita’ merupakan sebuah lagi naskah adaptasi novel dengan judul yang sama nukilan Suri Ryana yang mengangkat genre romantik terbitan syarikat produksi Juita Viden Sdn. Bhd. Drama 28 episod arahan sutradara Nur Ain Sharif ini turut menampilkan pengarah prolifik, Michael Ang selaku Penerbit serta barisan penulis skrip yang terdiri daripada Rehal Nurharis dan Dayang Kartinah.


Drama ‘Marry Me Senorita’ diterajui oleh pasangan pelakon popular, Janna Nick dan pelakon baru berdarah kacukan Melayu-Switzerland, Dini Schatzmann yang memegang watak sebagai ‘Sofiy Leia’ dan ‘Isa Alejandro’. Ini merupakan kali pertama pasangan kekasih yang sedang dalam fasa bahagia digandingkan bersama bagi menjayakan drama bersiri untuk siaran di Astro.


Antara barisan pelakon lain yang membintangi drama ini termasuklah Shaza Bae, Dato Jalaludin Hassan, Yasmin Hani, Datin Fadilah Mansor, Raja Azura, Meerqeen, Daler Yusuf, Nabil Aqil, Siti Khadijah Halim, Natasha Elyzza, Asha Merican serta ramai lagi.

‘Marry Me Senorita’ bakal bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam mulai 2 Februari 2021 menerusi slot Megadrama secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan platform On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel



SINOPSIS

Sofiy Leia (Janna Nick) dipaksa meninggalkan rumah oleh ibu saudaranya sebaik sahaja bapa saudara Sofiy meninggal dunia. Dia dikejar dan untuk menyelamatkan dirinya, dia mencari perlindungan di bawah gazebo di mana Isa Alejandro (Dini Schatzmann) juga turut berehat. Oleh kerana keadaan hujan lebat dan matahari sudah terbenam, Sofiy tidak mempunyai pilihan selain bermalam di sana. 



Walaupun dia menganggap Isa adalah seorang yang sombong, namun dia tetap menceritakan kisah tentang apa yang telah berlaku dalam hidupnya. Isa mengingatkan Sofiy agar tidak terlalu mempercayai rakan baiknya, Tina, tetapi Sofiy menolak.


Sebaik sahaja Sofiy sampai di Kuala Lumpur, dia melihat perubahan pada Tina tetapi masih berusaha memikirkan yang baik-baik. Tina berjanji akan membantu Sofiy untuk mencari pekerjaan. Sofiy panik apabila Tina cuba menjualnya kepada bos tempat dia bekerja dan Sofiy memanggil Isa untuk meminta pertolongan. Setelah menyelamatkan Sofiy, Isa membawanya ke rumah datuk dan nenek Isa. Dia terkejut ketika Isa memperkenalkan dirinya sebagai bakal isteri. Isa meminta Sofiy untuk menikahinya bagi membantu memulihkan kepercayaan datuknya dan pada masa yang sama membantu memastikan keselamatan Sofiy dari Tina dan majikannya.


Sofiy terpaksa bersetuju kerana dia menyedari bahawa dia sedang diburu oleh Tina. Sofiy memaksa Isa untuk menceraikannya sebelum menikahi Rossa. Sebaik sahaja mereka bercerai, Sofiy melanjutkan pelajarannya ke luar negeri dan berusaha untuk tidak memikirkan Isa walaupun dia masih sangat mencintainya. Apa yang akan berlaku kepada Isa selepas perceraian? Adakah cinta mereka akan mekar kembali?

Barisan Pelakon

Janna Nick sebagai SOFIY LEIA
Dini Schatzmann sebagai ISA ALEJANDRO
Shaza Bae sebagai ROSSA ARABELLA
Dato Jalaludin Hassan sebagai ENGKU AZIZ
Yasmin Hani sebagai ENGKU MARINI
Datin Fadilah Mansor sebagai UNGKU ZAHARAH
Raja Azura sebagai MAK LONG SIAH
Meerqeen sebagai AMMAR
Daler Yusuf sebagai Chef Riz
Nabil Aqil sebagai SAM
Siti Khadijah Halim sebagai TINA
Natasha Elyzza sebagai SHELLI
Asha Merican sebagai EDORA

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING