5 PERSIAPAN WAJIB BAGI KAUM CINA MENJELANG TAHUN BAHARU CINA


Tahun Baharu Cina bakal menjelang tidak lama lagi, justeru inilah waktunya untuk mengamati tradisi pemberian ang pow, sajian limau mandarin dan yee sang, serta detik istimewa yang diluangkan bersama saudara-mara dan rakan taulan. 

Namun, tidak seperti tahun-tahun yang lalu, sambutan Tahun Baharu Cina kali ini mungkin berbeza kerana batasan pergerakan dan penjarakan sosial yang digagaskan oleh pihak kerajaan. Sungguhpun begitu, kesinambungan tradisi dan resam yang diamalkan sebelum ini haruslah dipelihara. 

Untuk memahami bagaimana warga Malaysia berbangsa Cina membuat persiapan Tahun Baharu Cina 2021, pasukan 3M™ Command™ telah berbicara dengan segelintir masyarakat untuk mengetahui apakah yang membezakan persiapan musim perayaan mereka tahun ini, serta tradisi keluarga yang mereka amalkan. 

Sebuah permulaan baharu 

Ivan Tan, pereka grafik yang menetap di Lembah Klang menyatakan bahawa mantera sambutan Tahun Baharu Cina bagi keluarganya ialah sebuah permulaan baharu. 

Meskipun tiada tradisi konservatif yang berkait dengan sentimen tersebut, keluarganya percaya dengan menyerikan rumah akan memberi sebuah permulaan yang baharu untuk seisi rumah di tahun baharu ini. 

Untuk berbuat demikian, Ivan menjelaskan bahawa rumahnya dihiasi dengan bunga-bungaan segar serta tumbuhan baharu di kebun rumah mereka pada hari pertama Tahun Baharu Cina. 

Keluarga beliau juga merancang untuk menyediakan tart nanas dalam kuantiti yang besar (yang biasanya dipesan) agar haruman segar juadah ini memenuhi ruang yang didiami oleh mereka serta menyingkirkan perasaan lesu dan kegelisahan dari rumah tersebut. 

Aktiviti mengemas rumah 

Aktiviti mengemas dan membersih rumah sebelum menyambut Tahun Baharu Cina merupakan satu kelaziman. Malah, ada kepercayaan yang menyatakan bahawa nasib buruk dapat dijauhkan dengan membersihkan rumah. Warga Sepang, Trisha Leong mengemas rumahnya bermula dengan bilik mandi kerana keluarga beliau percaya bahawa bilik mandi yang tidak teratur dan lembap mengundang nasib buruk. Beliau yang juga merupakan eksekutif pemasaran digital tidak melepaskan peluang untuk membeli produk-produk 3M™ Command™ yang digemarinya seperti 3M™ Command™ Broom/Mop Gripper yang mempunyai ciri kalis air. Alat penyusun atur berciri kalis air ini, sesuai untuk digunakan dalam kondisi yang lembap dan dapat dilekatkan dengan mudah di atas pelbagai jenis permukaan tanpa perlu menebuk lubang. 


3M™ Command™ Broom/Mop Gripper dapat memegang dan menampung berat peralatan seperti mop, berus penyental, dan sebagainya sehingga 1.8kg, untuk memastikan bilik mandi anda kelihatan lebih kemas dan teratur. 3M™ Command™ Broom/Mop Gripper 

Tahun Baharu Cina ke arah digital, aktiviti atas talian dan e-angpow dengan keluarga 

Teknologi telah mencetus perubahan yang besar pada tahun 2020, justeru kita juga boleh memanfaatkan kuasa teknologi untuk menambah seri sambutan Tahun Baharu Cina kali ini. Graduan Komunikasi dan Media, Stephanie Chew menyatakan bahawa keluarga beliau bersikap mesra teknologi dan tidak melepaskan peluang untuk membeli-belah serta menghadiri aktiviti keramaian menerusi kemudahan dalam talian. Stephanie juga mengakui bahawa beliau mengutip e-angpow dengan memberikan butiran akaun bank kepada sepupu, ibu dan bapa saudaranya. Pasangan baharu, Jason dan Sarah Dong juga mengikuti trend ini dengan memesan juadah yang besar untuk dihantar kepada ahli keluarga rapat agar mereka semua dapat menikmati juadah dan bersua muka secara virtual serta dapat memastikan tradisi tersebut diteruskan. 

Menghiasi kediaman berlandaskan feng-shui 

“Setiap tahun sebelum Tahun Baharu Cina, keluarga kami akan mendapatkan nasihat daripada pakar feng-shui untuk menyusun atur dan menghiasi kediaman kami bagi mengecapi keharmonian dan keseimbangan,” ujar konsultan kecantikan, Jasmine Low. Warga Klang yang berusia 26 tahun ini sudah mula membeli-belah barangan seperti tanglung kertas, duilian (lembaran puisi tahun baharu), perhiasan dengan lakaran lembu, dan keratan aksara Cina fu yang ditafsirkan sebagai ‘nasib baik’. 

Walau bagaimanapun, daripada menggunakan paku atau pita dwimuka untuk menggantungkan dekor ini, Jasmine memanfaatkan 3M™ Command™ Utility Hooks serta 3M™ Command™ Picture Hanging Strips yang amat mudah untuk digunakan, selain mempunyai daya pautan yang kuat serta boleh ditanggalkan dengan mudah tanpa merosakkan permukaan dinding. Jasmine menggunakan produk-produk 3M™ Command™ pada tahun ini kerana ingin mengelak daripada memaku dan menggerudi dinding rumah beliau yang biasanya akan menjejaskan aturan feng-shui yang telah dibuat. “Mujur saya dapat menemui solusi ini dengan adanya barisan produk 3M™ Command™.” Perhiasan Tahun Baharu Cina dengan 3M™ Command™ Utility Hooks serta 3M™ Command™ Picture Hanging Strips 

Kenduri bersama ahli keluarga 

Bagi Greg Lee, usahawan dan penggemar seni rekaan, cabaran terbesar beliau pada tahun ini adalah untuk memastikan neneknya dapat turut terlibat dalam sambutan Tahun Baharu Cina ini dengan menyibukkan dirinya, supaya beliau tidak berkeras untuk membuat perhimpunan keluarga secara besar-besaran pada waktu yang kurang sesuai ini. 

Oleh itu, Greg telah memberikan beliau satu cabaran, iaitu menyediakan juadah tradisional Tahun Baharu Cina seperti tanghulu dan kuih kapit untuk dihantar bersama dengan limau mandarin kepada saudara-mara dan rakan taulan. Greg juga telah mendedikasikan ruang khas di dapur untuk neneknya menyediakan juadah yang diingini. 



Dengan bantuan 3M™ Command™ Wire Hooks, peralatan seperti senduk dan periuk kecil boleh digantung dengan rapi. Ini membolehkan nenek Greg dapat mengakses peralatan dapur pilihannnya dengan mudah. Alat penggantung bersifat multifungsi ini juga boleh dipasang dan ditanggalkan dengan mudah untuk membolehkan kedudukannya diubah jika perlu. 

Greg juga telah menyediakan tempat menggantung peralatan dapur berhampiran dengan singki menggunakan 3M™ Command™ Wire Hooks bagi meluaskan lagi ruang kosong di kaunter dapur serta menyusun atur dapurnya dengan lebih efisien. 3M™ Command™ Wire Hooks Untuk membolehkan anda menikmati aktiviti mengemas rumah dengan sepenuhnya sempena musim perayaan ini, jenama 3M™ Command™ sedang menawarkan pelbagai tawaran dan promosi bagi produk-produknya. Ia meliputi produk edisi terhad: Command™ Broom Gripper Twin Pack dan Command™ Utility Hooks Extra Value Pack. 

Anda boleh mendapatkan produk 3M™ Command™ di mana-mana destinasi beli-belah seperti Ace Hardware, Aeon, Aeon Big, HomePro, Jaya Grocer, Mydin, Parkson, Popular, Tesco dan Village Grocer. Anda juga boleh menggunakan kemudahan dalam talian untuk membeli produk-produk 3M™ Command™ menerusi kedai rasmi 3M di Shopee serta Lazada. 

Jenama 3M™ Command™ juga sedang menganjurkan peraduan Buy, Snap and Win sempena Tahun Baharu Cina ini yang memberikan para pengguna peluang untuk memenangi hadiah bernilai sehingga RM5,000. 

Untuk menyertainya, pengguna hanya perlu mengambil gambar resit pembelian produk Command™ mereka yang bernilai RM20 dan ke atas, dalam satu resit dan kongsikan melalui WhatsApp di talian: +6 011 1261 8412. 

Pengguna yang bertuah berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah eksklusif setiap dua minggu atau hadiah utama bulanan yang berupa pek hadiah dekorasi bernilai RM1,000. 

Untuk mendapatkan maklumat terkini daripada jenama 3M™ Command™, sila layari laman Facebooknya di: https://www.facebook.com/CommandMalaysia

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!