MEMAHAMI HPV UNTUK MELINDUNGI GENERASI MASA HADAPAN

 

Tatkala menjaga kesihatan diri, seseorang itu akan mengetahui keadaan terbaik badan mereka sendiri memandangkan mereka akan merasa sensitif kepada sebarang perubahan dan perbezaan yang dialami. Namun, berapa kerapkah seseorang melihat ke bahagian bawah atau memberi perhatian terhadap kawasan genital mereka untuk memastikan bahawa badan mereka berfungsi dengan baik, tanpa apa-apa yang luarbiasa?

Walaupun wujud beberapa kemusykilan sekitar perbincangan mengenai mendapatkan bantuan berhubung isu yang berkaitan dengan kawasan genital, adalah penting untuk mengetahui bagaimana HPV boleh disebarkan dari seseorang kepada seseorang yang lain dan apakah langkah-langkah yang boleh mengurangkan peluang penyebaran.

Secara global, HPV adalah bertanggungjawab untuk sehingga 99% kes kanser serviks, 85-90% kes kanser anal, 70-78% kes kanser vagina, dan lebih kurang 90% kes ketumbuhan genital.

Dr Ashley Chung Soo Bee, Pakar Fertiliti dan Pakar Perunding Obstetrik dan Sakit Puan dari Sunway Medical Centre Velocity (SMCV) menerangkan bahawa terdapat 40 jenis HPV genital, dan majoriti daripada strain ini tidak menyebabkan masalah besar, dengan hanya jangkitan HPV berisiko rendah yang biasanya sembuh dalam masa beberapa bulan sahaja tanpa memerlukan sebarang intervensi.

“Walaubagaimanapun, terdapat 14 jenis HPV yang diklasifikasikan sebagai onkogenik dan dikaitkan dengan kanser anogenital. Melalui pengalaman kami dengan pesakit dan lain-lain penyelidikan yang dijalankan, kami sedar bahawa kanser serviks adalah satu akibat daripada jangkitan HPV onkogenik untuk satu jangka masa yang panjang atau berlanjutan,” beliau berkata.

HPV disebarkan secara seksual, walaubagaimanapun, hubungan seks penetratif tidak diperlukan untuk penyebaran. HPV boleh juga disebarkan dari seseorang kepada seseorang yang lain melalui kontak genital kulit ke kulit.

“HPV menjejaskan kedua-dua lelaki dan wanita secara berlainan, dinasihatkan agar anda mengatur satu sesi perundingan dengan pakar sakit puan dengan segera jika anda mengalami sesetengah simptom klinikal tertentu seperti pendarahan vagina yang abnormal, discaj vagina yang luarbiasa, pendarahan postcoital (pendarahan selepas seks), pendarahan selepas menopaus dan hubungan seks yang menyakitkan, memandangkan ini mungkin merupakan tanda-tanda awal pra-kanser atau keadaan berkanser,” Dr Ashley menegaskan.

Langkah-langkah pencegahan dan penjagaan untuk kesihatan seseorang

Sebaik sahaja satu jangkitan telah dikenalpasti, terdapat beberapa cara untuk menambahbaik kesihatan diri anda. Dr Nor Elyana Noordin, Pakar Perunding Obstetrik dan Sakit Puan dari SMCV mengatakan bahawa menjauhkan diri dari aktiviti seksual merupakan cara terbaik untuk mengelakkan sebarang bentuk jangkitan, namun ia bukanlah cara yang paling realistik.

“Jika anda adalah aktif dari segi seks, terdapat cara untuk merendahkan peluang anda daripada dijangkiti atau menyebarkan HPV. Yang pertama adalah mendapatkan vaksin HPV – pemvaksinan HPV diberikan di sekolah awam bagi mereka yang berumur 13 tahun. Amalkan seks yang selamat dan gunakan kondom atau bendungan pergigian apabila anda mengadakan hubungan seks vagina, anal atau oral untuk mengelakkan penyebaran jangkitan di mana anda boleh,” beliau berkata.

Ia juga adalah penting untuk mengambil perhatian bahawa vaksin HPV tidak melindungi seseorang daripada jangkitan HPV yang sedia ada pada masa pemvaksinan itu dijalankan tetapi boleh mengurangkan kejadian ketumbuhan genital dan perkembangan kanser serviks dan lain-lain kanser berkait HPV.

Dr Ashley juga menegaskan kepentingan menjalani pemeriksaan dan saringan yang rutin terutama untuk wanita, seperti pap smear untuk wanita yang aktif dari segi seksual dari lingkungan umur 25-65 tahun.

“Saringan yang rutin adalah disyorkan untuk wanita, seperti pap smear untuk pengesanan awal perubahan sel serviks, memandangkan perubahan sel boleh memberi indikasi berlakunya jangkitan HPV dan dalam tempoh jangka panjang ia mungkin berkembang menjadi kanser serviks. Jika terdapat perubahan sel dalam pap smear (keputusan pap smear yang abnormal), langkah susulan yang kerap atau intervensi lanjutan mungkin diperlukan mengikut protokol sedia ada,” beliau berkata.

Malangnya, tidak ada saringan yang boleh didapati untuk lelaki pada ketika ini, tetapi ia adalah penting untuk memantau kesihatan dan kesejahteraan am dan mendapatkan bantuan dari pembekal penjagaan kesihatan jika wujud luka yang luarbiasa seperti ketumbuhan, ketumbuhan luarbiasa, gumpalan atau luka pada kemaluan, skrotum, anus, mulut atau tekak.

“Kebanyakan individu merasa malu apabila mereka berhadapan dengan isu-isu sebegini, dan terdapat juga satu stigma negatif yang berkait dengannya. Jadi, mereka hanya pergi ke hospital atau klinik apabila simptom itu menjadi tidak tertahan lagi atau apabila ketumbuhan itu meningkat dari segi saiz dan menjejaskan lebih banyak kawasan. Walaubagaimanapun, seseorang tidak harus merasa malu tentang mendapatkan nasihat perubatan sewajarnya memandangkan masalah ini adalah biasa dan saya boleh memberi jaminan kepada anda bahawa semua perundingan dengan doktor anda adalah sulit dan persendirian,” Dr Elyana berkata.

Sementara untuk pesakit yang telah dijangkiti virus HPV, terdapat berbagai jenis rawatan dan mengekalkan satu gaya hidup yang sihat adalah kunci untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraan am.

Sunway Medical Centre Velocity terletak di Lingkaran SV, Sunway Velocity. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi +603 9772 9191 atau emel smcv-enquiry@sunway.com.my. Untuk maklumat lanjut mengenai Sunway Medical Centre Velocity, layari https://www.sunmedvelocity.com.my/ (Facebook: Sunway Medical Velocity).

Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA