MAGGI BAWA KECERIAAN TAHUN BARU CINA KEPADA WARGA EMAS
Sambutan Tahun Baru Cina menandakan titik permulaan baharu serta masa untuk mengeratkan semula hubungan dan memupuk semangat saling membantu sesama insan. Dengan hasrat untuk membawa kemeriahan dan kegembiraan serta menyerikan lagi kehidupan warga emas sepanjang musim perayaan, MAGGI® memperkenalkan kempen “Sajian Dikongsi, Kebahagiaan Dirai” pada bulan Januari dan Februari di mana kutipan daripada kempen ini akan disalurkan untuk dana kebajikan rumah jagaan warga emas. Dana ini kemudiannya akan digunakan untuk memenuhi keperluan kebajikan sebelas buah rumah jagaan warga emas di seluruh Malaysia.
Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI®, Nestlé (Malaysia) Berhad berkata, “Dalam tempoh yang mencabar ini, kami mahu membantu memulihkan semula semangat kumpulan yang penting dalam masyarakat iaitu warga emas di rumah-rumah jagaan warga emas yang terjejas akibat sekatan lawatan ke tempat mereka. Tujuan kami melalui kempen "Sajian Dikongsi, Kebahagiaan Dirai” MAGGI® ini adalah untuk menyalurkan dana bagi menaik taraf kemudahan di rumah-rumah jagaan warga emas selain menambahbaik kebajikan mereka secara keseluruhannya. Kami menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menghulurkan bantuan supaya kita dapat membantu menjadikan sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini lebih istimewa dan membawa sinar kegembiraan sempena perayaan yang bermakna ini.”
En Yuan Old Folks Home, Rumah Kebajikan Orang-orang Tua Seri Permai, Perkampungan Rumah Sejahtera Warga Emas Islam, Pusat Jagaan Insan Emas Nur Hidayah dan Persatuan Rumah Caring Kajang adalah antara sebelas penerima sumbangan dalam kempen ini. Dana yang terkumpul akan digunakan untuk membantu menaik taraf dan membaiki kemudahan tempat tinggal warga emas, meningkatkan kebajikan mereka secara keseluruhan dengan menyediakan katil, perabot dan barangan isi rumah. Mereka juga akan menerima bekalan makanan bagi memeriahkan lagi sambutan perayaan.
Menurut Stanley Yap, Setiausaha bagi En Yuan Old Folks Home, “Masalah yang sering kami hadapi sepanjang pandemik COVID-19 adalah sesetengah penghuni merasa semakin terasing dan kesunyian. Seperti tahun-tahun sebelum ini, mereka menantikan Tahun Baru Cina untuk disambut secara meriah bersama keluarga, rakan dan para pelawat. Dana kami turut terjejas sepanjang tempoh pandemik ini. Dalam keadaan yang mencabar ini, saya merasa amat bersyukur apabila masih ada syarikat-syarikat seperti MAGGI® yang prihatin terhadap keperluan segmen masyarakat yang kurang diberi perhatian ini. Dengan sumbangan yang kami terima, kami akan dapat menganjurkan majlis sambutan yang sederhana bagi para penghuni serta menyampaikan ang pau bagi menceriakan sambutan perayaan kali ini. Sumbangan ini juga akan dapat memastikan kemudahan rumah penjagaan ini kekal terjaga."
“Sumbangan dan dana semakin berkurangan sejak pandemik bermula di negara ini. Kebanyakan penghuni kami menghidapi pelbagai masalah kesihatan seperti diabetes, strok atau kanser dan mereka terlantar di atas katil. Kos penjagaan penghuni yang mengalami sakit yang teruk kini semakin meningkat dan pada masa yang sama kami perlu mendapatkan sumbangan dan dana yang mencukupi. Saya bersyukur dengan sokongan yang diberikan oleh MAGGI® akan dapat membantu kami membaiki kemudahan untuk para penghuni dan memastikan keperluan perubatan mereka dapat dipenuhi,” kata Mohammad Fauzi Ramli, Pengurus Rumah Kebajikan Orang-orang Tua Seri Permai. Rumah kebajikan ini akan turut mendapat manfaat daripada dana kempen Tahun Baru Cina 2021 MAGGI® yang terkumpul.
Selaras dengan rancangan MAGGI® untuk memenuhi keperluan masyarakat yang kurang bernasib baik, syarikat juga berhasrat untuk memperkasakan rakyat Malaysia di dapur masing-masing dengan menggalakkan mereka memasak hidangan tradisional musim perayaan untuk orang tersayang menerusi kempen ini.
Menurut Geetha, “Pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Malaysia membuatkan orang ramai terasing antara satu sama lain. Inilah masanya untuk memulakan beberapa amalan mudah yang boleh meningkatkan kesejahteraan keluarga mereka. Sepertimana janji MAGGI® untuk membantu pengguna Sajikan Kelainan, kami komited untuk memperkasa dan memberi inspirasi kepada mereka untuk memasak makanan yang enak, seimbang dan sihat di rumah untuk orang tersayang sempena menyambut Tahun Baru Cina tidak lama lagi."
Sempena dengan kempen “Sajian Dikongsi, Kebahagiaan Dirai”, MAGGI® turut memperkenalkan tujuh resipi yang “ONG” dan enak, antaranya Sajian Periuk Kemewahan, Sup Hirisan Perut Ikan Istimewa, Sajian Mi Kekayaan, Sajian Sayur Harmoni, Tumisan Udang Ceria, Nasi Ayam Tembikar Tradisi dan Ikan Kerapu Kukus.
Kempen "Sajian Dikongsi, Kebahagiaan Dirai” anjuran MAGGI® akan berlangsung sehingga 28 Februari 2021 dan menawarkan hadiah-hadiah bernilai lebih RM350,000. Peraduan ini layak disertai oleh rakyat Malaysia di mana sumbangan sebanyak RM0.10 akan disalurkan kepada dana kebajikan rumah jagaan warga emas bagi setiap penyertaan peraduan yang diterima. Rakyat Malaysia boleh menghantar penyertaan peraduan mereka melalui WhatsApp atau melalui pos apabila mereka membuat pembelian mana-mana produk MAGGI®.
Untuk maklumat lanjut tentang kempen “Sajian Dikongsi, Kebahagiaan Dirai” MAGGI® dan resipi yang baharu, sila layari laman web rasmi MAGGI® di www.maggi.my/ms/aktiviti-maggi/sajian-dikongsi-kebahagiaan-dirai-2021/ dan sentiasa ikuti laman Facebook MAGGI® facebook.com/MaggiMalaysia untuk maklumat terkini.
Comments
Post a Comment