DARI BOLASEPAK KE ARENA HIBURAN, BAKAT ISS "TIADA BERNOKTAH"


Sebelum bergelar seorang penyanyi, Iss Arffan atau nama penuhnya Mohd Nur Izwandi Bin Affendi merupakan seorang pemain bola sepak. Bakat seni suara anak kelahiran Bumi Kenyalang ini, dipupuk oleh ibunya sendiri setelah mendengar kebolehannya menyanyikan lagu Melayu Asli. 

Pertaruhan ibunya membawakan hasil apabila Iss Arffan meraih tempat ketiga dalam pertandingan lagu Melayu Asli antara sekolah di seluruh Sarawak. Setelah tiga tahun mempelajari selok-belok dalam bidang vokal, beliau telah memberanikan diri untuk membuat persembahan seperti busking & menyertai pertandingan nyanyian karaoke di Sarawak. 

Minat untuk menyanyi semakin mendalam, Iss Arffan mula membuat pelbagai cover song di laman Instagramnya. 


Dengan usahanya tanpa mengenal erti lelah,  Iss Arffan muncul sebagai pemenang tempat ketiga bersama pasangannya Mya dalam program Lagu Cinta Kita Musim 2, TV3 Malaysia pada tahun 2021.

'Tiada Bernoktah' merupakan single pertama Iss Arffan di bawah naungan Map Music. Lagu balada ini adalah hasil ciptaan El Hadam (Media Asia Production Sdn Bhd) dan dikeluarkan pada 22 Januari 2021 di semua platform digital muzik dan streaming. 



Terus menyokong Iss Arffan untuk terus mewarnai industri muzik. Dekati Iss Arffan di media sosial:
Instagram: issarffan_ 
Facebook: Iss Arffan 
Tiktok: issarffan 
Twitter: IssArffan

Comments

Popular posts from this blog

DRAMA BAHARU AKASIA TV3: “LUKA DI HUJUNG SETIA” GANDINGKAN DATO’ ADI PUTRA & ZARA ZYA

TRESOR MONDE.H RAIKAN PEMBUKAAN RASMI BUTIK DI KLGCC MALL, MEMPERKENALKAN DESTINASI BAHARU BAGI BARANG KEMAS MEWAH

ECO-SHOP SUMBANG LEBIH DARIPADA RM36,000 BAGI MEMBANTU KELUARGA MANGSA KEBAKARAN DI KOTA BHARU

GEEKAY TUNDUKKAN RENN, RANGKUL GELARAN JUARA DEW CHALLENGE MUSIM 2