SET PEMBELAJARAN PINKFONG BAHASA INGGERIS HANYA DI ASTRO



Peminat karakter rubah yang peramah, PinkFong, dapat menantikan 'PinkFong First Learning Kit' dalam versi Bahasa Inggeris yang pertama di dunia, menawarkan ibu bapa dan anak-anak pengalaman pembelajaran di rumah yang interaktif serta membawa peminat muda ke dalam suatu perjalanan yang menarik untuk meneroka dan berlatih tabiat gaya hidup sihat seperti aktiviti menggosok gigi, persiapan mandi, dan pemakanan sayur-sayuran.

Edisi terhad ‘PinkFong First Learning Kit’ ini akan disediakan untuk pra-pesanan di laman web Go Shop dari 25 Januari hingga 10 Februari 2021, atau untuk pembelian melalui Astro Best (saluran 481) atau On Demand dari 15 Februari 2021.

Pelanggan Astro akan menjadi yang pertama di dunia untuk menikmati 'PinkFong First Learning Kit' dalam versi Bahasa Inggeris, yang pada sebelum ini hanya disediakan dalam versi Bahasa Korea dan Cina. ‘PinkFong First Learning Kit’ terdiri daripada tiga set barangan eksklusif: 'Brush the Teeth Set', 'Eat Set Veggie', dan 'Bath Time Set'. Setiap kit pembelajaran dilengkapi dengan buku cerita, buku pelekat, barangan eksklusif PinkFong dan akses selama dua minggu untuk 37 video ‘PinkFong First Learning’ yang tersedia untuk distrim di saluran Astro Best.

Selama tempoh pra-pesanan di laman web Go Shop, pelanggan Astro dapat menikmati set campuran (bundle) yang merangkumi ketiga-tiga ‘set pembelajaran dengan tawaran istimewa RM90. Sebagai alternatif, pelanggan boleh membeli setiap set pembelajaran secara asing dengan harga RM50 setiap satu.


Selepas itu, untuk pembelian melalui Astro Best (saluran 481) atau On Demand, pelanggan Astro boleh membeli set campuran ketiga-tiga ‘kit’ (bundle) dengan harga RM99, sementara setiap satu set akan tersedia dengan harga RM60 setiap satu.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!