IJM LAND HULURKAN BANTUAN BAGI KELUARGA YANG MEMERLUKAN

 

Demi melangkah ke tahun baru dengan penuh makna dan kebaikan, pemaju terkemuka Seremban 2, IJM Land berusaha untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik melalui Program Amal Tahun Baru Cina, suatu inisiatif tahunan untuk membantu dan menyebarkan kegembiraan kepada keluarga yang sangat memerlukan. 

Dengan harapan untuk menghasilkan kesan positif dan perubahan hidup bagi mendepani ekoran wabak COVID-19, IJM Land mengambil inisiatif untuk menyumbangkan keperluan harian kepada tiga buah keluarga kurang bernasib baik di Seremban untuk meringankan beban mereka berikutan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Seremban. 

Pengurus Besar Kanan IJM Land, Dato’ Hoo Kim See menjangkakan bahawa Program Amal Tahun Baru Cina tahunan ini mampu memberi inspirasi kepada orang lain untuk menunjukkan empati lalu memberi bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik, terutamanya pada waktu sukar sambil mengharungi cabaran pandemik COVID-19. 


“Semoga kasih sayang dapat mengeratkan hubungan sesama kita walaupun keadaan memaksa kita berpisah. IJM Land yang telah beroperasi di Seremban selama lebih daripada dua dekad bertekad untuk membantu mereka yang sangat memerlukan dengan membuktikan keprihatinan kami terhadap mereka dengan sebaik mungkin,” kata Dato’ Hoo. 

“Pada waktu sukar ini terutamanya dengan pelaksanaan PKP, kami berharap sumbangan kami bukan sahaja dapat meringankan beban dan memudahkan persiapan untuk Tahun Baru Cina malah juga untuk memberi semangat kepada mereka untuk tidak berputus asa dan terus maju ke masa hadapan yang lebih cerah.” 

Pandemik yang berterusan telah menyebabkan masalah kewangan bagi sesetengah keluarga sehinggakan barang keperluan harian pun susah untuk didapatkan. Dato’ Hoo berkata dengan memahami latar belakang ketiga-tiga keluarga yang memerlukan ini, ia membolehkan kakitangan IJM Land menyokong dan membantu dengan memberi apa yang mereka benar-benar perlukan. 

Salah seorang penerima bantuan yang dihulurkan oleh IJM Land pada tahun ini adalah Swee Szu Hwei, seorang suri rumah berusia 42 tahun dan ibu kepada lima orang anak. Swee kini tabah mengharungi masalah kewangan untuk menyara keluarganya, termasuk dua orang anak buah suaminya yang telah kehilangan ibu bapa. IJM Land juga membantu dua orang penerima lain: Wan Chew Liean, seorang ibu tunggal berusia 41 tahun dengan empat orang anak. Wan telah mengalami masalah kewangan sejak kematian suaminya tahun lalu akibat kegagalan jantung dan paru-paru; dan Cheong May Wan berusia 38 tahun, seorang ibu tunggal kepada tiga orang anak. Cheong mengalami masalah kewangan akibat pemotongan gaji ekoran pandemik COVID-19. 

Diketuai oleh Dato’ Hoo dan kakitangan IJM Land, setiap keluarga diberi goodie bag yang dipenuhi barang runcit seperti bihun, cendawan, biskut raya, dan barang keperluan COVID-19 bernilai RM700, serta RM800 dalam bentuk angpow untuk membantu meringankan beban mereka dalam persiapan perayaan Tahun Baru Cina. 

“Menjelang sambutan tahun baru ini, marilah kita mengingati mereka yang amat memerlukan dan menjadikannya tradisi untuk menghulurkan bantuan kepada mereka setiap Tahun Baru Cina,” kata Dato’ Hoo. 

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai inisiatif ini, sila layari http://seremban2.ijmland.com/

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

NESTLÉ MALAYSIA DAN BSMM BERGANDING BAHU MEMBANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR : 5,000 KOTAK BARANGAN MAKANAN ASAS DISEDIAKAN BARISAN SUKARELAWAN

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?