IPC MERIAHKAN TAHUN BAHARU CINA DENGAN REALITI TERIMBUH


IPC Shopping Centre dengan sukacitanya melancarkan sambutan Tahun Baharu Cina bertema ‘Niu Niu New Year’ dengan menawarkan pengalaman membeli-belah ‘figital’, iaitu gabungan dunia fizikal dan juga digital, kepada orang ramai. 

Mulai sekarang sehingga 21 Februari 2021, para pembeli boleh melayari tawaran eksklusif di laman Instagram dan Facebook IPC dan menikmati diskaun istimewa untuk membeli barangan yang akan dihantar oleh penyedia khidmat penghantaran seperti GoGet dan Beep ke depan pintu. 

Sempena Tahun Baharu Cina ini, para pembeli juga akan diberi ganjaran kerana melakukan senamrobik dan aktiviti kecergasan untuk membina badan lebih sihat pada tahun baharu, dengan filter lembu realiti terimbuh (augmented reality) yang boleh didapati di media sosial IPC. Berasaskan kisah zodiak takwim masyarakat Cina, lembu dianggap sebagai haiwan paling kuat dari segi fizikal dan sepatutnya mendapat tempat pertama dalam perlumbaan. Sempena dengan tahun lembu yang membawa kemakmuran, orang ramai boleh melompat, bermain gendang dan bersenam untuk meningkatkan kecergasan dengan mengikuti gerak tari lembu animasi dalam video senaman yang dipaparkan oleh IPC. Untuk terus mendorong mereka bersenam di rumah, pusat beli-belah ini akan memberi ganjaran kepada peserta dalam bentuk e-baucar RM10 ‘Niu Niu CNY’ apabila mereka mengguna pakai filter lembu dan berkongsi video mereka sendiri di laman Instagram atau Facebook peribadi dengan hashtag #NiuYearNewMe. 


“Sesungguhnya menjaga kesihatan amat penting, lebih-lebih lagi dalam kebiasaan baharu,” kata Mark Tan, Pengarah Pemasaran IPC Shopping Centre. “Konsep ‘Niu Niu New Year’ telah menjadi sebahagian daripada perancangan kami sejak tahun lepas. Kami ingin meraikan ‘Niu Year’ (tahun baharu) dengan mendorong pengunjung kami untuk kekal cergas seperti lembu jantan dan meningkatkan tahap kesihatan masing-masing memandangkan musibah yang melanda sejak tahun lepas. Dengan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan, kami telah mengurangkan aktiviti sambutan di lokasi dan memberi tumpuan untuk membawakan konsep ini secara langsung dalam dunia maya.” 

“Semasa mencipta filter realiti terimbuh lembu ini dan menggandingkannya dengan video senaman, matlamat kami ialah membawakan kepada komuniti pengunjung kami pengalaman interaktif yang biasa dialami mereka semasa mengunjungi Pusat Beli-Belah IPC. Kami berharap menerusi inisiatif ini, seisi keluarga boleh kekal aktif bersama dan menjadi sihat dan kuat seperti lembu sambil mereka bergiat cergas untuk menghidupkan kemeriahan Tahun Baharu Cina, dan akhirnya kita sama-sama membuka lembaran baharu dan melepaskan diri daripada belenggu pandemik,” tambahnya. 


Sambil mencuba filter ini di laman media sosial IPC, pengunjung juga boleh meninjau jualan dan tawaran daripada gedung-gedung penyewa. Dalam kesibukan masyarakat Cina membersihkan dan menghias rumah dan menyediakan makanan perayaan, IPC juga masih boleh dikunjungi kerana pusat beli-belah ini dan gedung penyewanya mempunyai permit operasi daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk dibuka dan berkhidmat kepada masyarakat. 

Dalam usaha mewujudkan ruang yang selamat bagi pengunjung, IPC telah menggiatkan kerja sanitasi dan menggantikan disinfektan kimia dan disinfektan elektrolisis yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mensterilkan ruang dalam tempoh masa yang lebih singkat. IPC juga komited untuk mengekalkan tahap piawaian kebersihan, pengesanan hubungan dan penjarakan sosial yang tinggi menurut arahan terbaharu kerajaan untuk menyekat penularan virus dan menjamin kesejahteraan semua pembeli, pekerja, penyewa dan masyarakat setempat. 

Menyedari perubahan gaya hidup semasa dan memenuhi keperluan orang ramai untuk mengimbangi masa antara membuat persediaan tahun baharu dan tuntutan kerja di rumah, IPC telah melantik GoGet sebagai rakan beli-belah peribadi rasmi untuk memberi pembeli pilihan beli-belah alternatif. Selain daripada membuat pembelian mereka di dalam gedung, pelanggan boleh mendapatkan khidmat pembeli peribadi dari GoGet untuk membeli barangan untuk mereka, mengambil barangan dari pusat kutipan yang ditetapkan di pintu masuk LG1 IPC Shopping Centre atau meminta barangan dihantar terus ke depan pintu mereka. Pengguna kali pertama boleh menikmati potongan RM10 daripada semua perkhidmatan beli-belah peribadi dengan menggunakan kod promo ‘ShopGoGet10’. Tambahan lagi, pembeli juga boleh merancang dan membeli makanan harian dan sajian Makan Besar Raya Cina, yang boleh dihantar terus ke rumah mereka menerusi khidmat penghantaran seperti Beep, GrabFood, dan Food Panda. 

Sempena dengan perayaan, pengunjung boleh menebus Hadiah Ganjaran Niu Niu dari Kaunter-i yang terletak di Tingkat G, IPC Shopping Centre apabila mereka membeli dan berbelanja di kedai. 

Pilihan ganjaran bagi Ahli IPC Tack Club adalah seperti berikut: 
  • Tebus satu (1) paket merah IPC Ru-Yi | Dengan perbelanjaan minimum RM100 dalam dua (2) resit 
  • Tebus satu (1) e-baucar RM10 Niu Niu CNY | Dengan perbelanjaan minimum RM200 dalam dua (2) resit 
  • Tebus satu (1) Set 12 Mangkuk Niu Niu | Dengan perbelanjaan minimum RM500 dalam tiga resit (3) 
  • Untuk hujung minggu sahaja. Setiap ahli Tack Club yang mendaftar di aplikasi mudah alih IPC Shopping Centre akan menerima satu (1) e-baucar RM10 Niu Niu CNY 
Pilihan ganjaran bagi pembeli IPC adalah seperti berikut: 
  • Tebus satu (1) paket merah IPC Ru-Yi | Dengan perbelanjaan minimum RM150 dalam dua (2) resit 
  • Tebus satu (1) set mangkuk 12 keping Niu Niu | Dengan perbelanjaan minimum RM600 dalam tiga (3) resit 
Dengan mengurangkan perhiasan di dalam gedung, pusat beli-belah ini berharap untuk lebih mendekati hati masyarakat dengan menyediakan perkhidmatan kepada mereka di dalam talian dan menghubungi mereka menggunakan trend komunikasi maya terkini. 

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen “Niu Niu New Year” IPC Shopping Centre, sila layari http://www.ipc.com.my/niuniu atau bersenam bersama lembu Tahun Baharu Cina di Facebook http://bit.ly/3p6cC91 atau Instagram di http://bit.ly/3p5rJzB.

Comments