MARRYBROWN PERKENAL HIDANGAN MERAH JAMBU EGG-STRA ONG

 

Berita gembira bagi rakyat Malaysia, sesuatu kelainan yang menyelerakan akan tiba menjelang Tahun Baru Cina nanti! Memandangkan keadaan kini yang tidak menentu, Marrybrown tetap bertekad untuk mengilhamkan hidangan istimewa yang ‘egg-citing’ dan ‘egg-stra’ dengan menu lazat terbaharunya iaitu hidangan Egg-stra ONG. Marrybrown merupakan Quick-Service Restaurant (QSR) pertama yang akan mengeluarkan minuman terbaharu keluaran Nestle iaitu Pink Lemonade yang sesuai disajikan bersama menu perayaan yang menarik ini.

Dilimpahi dengan Sos Telur Masin yang berkrim, hidangan ini didatangkan dalam tiga pilihan kombo: Kombo Burger Egg-stra ONG, Kombo Ayam Egg-stra ONG, dan Kombo Burger dan Ayam Egg-stra ONG. Untuk menambahkan oomph pada hidangan Egg-stra ONG kali ini, Marrybrown membawa kelainan dengan kelembutan bun berwarna merah jambu untuk menyambut kedatangan tahun baru dengan penuh rasa kemakmuran dan kasih sayang. 

"Kepada yang terlepas untuk mencuba menu kegemaran ramai sebelum ini, kami menunaikan permintaan anda untuk menyajikan semula hidangan ikonik dengan sedikit kelainan yang lebih menyelerakan. Oleh itu kami menambah baik dengan sesuatu yang baharu, istimewa dan berbeza,” kata Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown. 

“Memandangkan Tahun Baru Cina pada tahun ini diraikan bersama Hari Kekasih, kami membuat keputusan untuk bersama meraikannya dengan pilihan tema yang manis dan menyeronokkan. Warna merah jambu yang diilhamkan pada hidangan Burger Egg-stra ONG, bukan sahaja melambangkan cinta, kasih sayang dan kegembiraan, ia juga untuk menambahkan keceriaan dan keistimewaan. Tambahan pula dipadankan dengan Pink Lemonade, keluaran Nestle,” ujar Dato’ Joshua.

 Marrybrown Egg-stra ONG 3pc Chicken Combo


Nikmati hidangan promosi yang disajikan dengan sos telur masin istimewa dari Marrybrown yang terbukti sudah menggamit selera ramai rakyat Malaysia tahun lalu. Hidangan Burger Egg-stra ONG merah jambu dilengkapi dengan kentang goreng manakala Kombo Ayam Egg-stra ONG dilengkapi dengan kentang lenyek dan salad sayur. 

Harga bermula daripada RM15.00, hidangan Egg-stra ONG tahun ini lebih istimewa kerana ia dikhaskan dengan cawan eksklusif Nestle Pink Lemonade yang hanya tersedia di Marrybrown. Minuman khas Nestle ini dikombinasikan dengan rasa lemon dan lychee yang menyegarkan - minum sekali pasti nak lagi! 

Marrybrown Egg-stra ONG Burger Combo


"Kami sangat berbesar hati kerana diberi keutamaan untuk memperkenalkan Nestle Pink Lemonade secara eksklusif bersama hidangan Egg-stra ONG kami. Gabungan kerjasama antara rakan kongsi dalam merealisasikan misi dengan motto "ada kelainannya" bukan sahaja meningkatkan kualiti produk pada tahun 2021 ini malah memenuhi kehendak semua penggemar Marrybrown," kata Dato’ Joshua. 

Dalam keadaan Malaysia menghadapi gelombang kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dibeberapa buah negeri, kami akan terus berusaha sebaik mungkin meningkatkan positiviti dengan menyediakan rangkaian makananan yang boleh diraikan dengan penuh kegembiraan seiring dengan perayaan Tahun Baru Cina dan sambutan Hari Kekasih yang bakal tiba nanti.” 

Marrybrown kini melayani berjuta-juta orang pelanggan melalui lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan standard yang tertinggi dalam kualiti, servis, dan kebersihan untuk pengalaman pemakanan yang sempurna. 



Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, promosi mereka dan perkhidmatan penghantaran, sila layari: 

Instagram: Marrybrownmy
Youtube: MarrybrownTV

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM