LIMPAHAN KEMAKMURAN TAHUN BAHARU CINA DI SUNWAY PYRAMID


Sunway Pyramid membuka tirai tahun 2021 dengan sambutan Happy ‘Niu’ Year sempena Tahun Baharu Cina kali ini.

Mulai 1 Januari hingga 28 Februari 2021, amati limpahan kerahmatan dan kemakmuran bersama insan tersayang menerusi pelbagai ganjaran menarik yang sedia untuk ditebus oleh para pembeli-belah. Barangan yang bertemakan hadiah, makanan, fesyen dan banyak lagi boleh didapati sempena Tahun Baharu Cina ini, serta jangan lepaskan peluang untuk membuat hajat di Oxpicious Wishing Well bagi berkongsi kerahmatan yang kita dapat nikmati dengan insan-insan yang lain. Saksikan sambutan musim perayaan di pusat beli-belah ini yang bakal dihiasi dengan warna-warna serba emas dan merah di tempat yang selamat bagi anda sekeluarga.


Pengurus Besar Sunway Pyramid, Jason Chin turut berkongsi, “Kami ingin memulakan tahun ini dengan mesej yang positif, serta niat untuk mendorong orang ramai untuk bangkit semula selepas menempuhi detik yang mencabar pada tahun lalu. Walaupun tahun 2020 telah membentangkan liku dan cabarannya, kami ingin terus terus ke hadapan serta mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina. Semoga tahun ini diberkati dengan limpahan kerahmatan dan kemakmuran.”

Dari 8 hingga 31 Januari, kongsikan hajat anda sempena musim perayaan ini di Oxpicious Wishing Well. Para pengunjung berpeluang untuk memberi sumbangan berjumlah minimum RM5 atau RM10 bagi membantu keluarga yang memerlukan serta memperoleh syiling hajat. Sumbangan akan disalurkan melalui kolaborasi dengan Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Subang Jaya & Ahli Majlis Zon 2 untuk membantu 200 keluarga dengan barangan keperluan Tahun Baharu Cina. Para pembeli-belah boleh membuat hajat sempena tahun baharu dengan melontarkan syiling hajat mereka ke dalam perigi khas yang diletakkan di pusat beli-belah ini.

Untuk perayaan kali ini, pembeli-belah boleh mengambil peluang untuk meneroka kota purba emas yang bakal ditempatkan di LG2 Orange Concourse. Pokok tangerin dan tanglung merah akan menyerikan lagi suasana bangunan ini, di samping arca lembu keemasan yang didirikan di hadapan dataran tersebut untuk menyambut kehadiran pembeli-belah ke kota ini.

Pelbagai aktiviti akan dihoskan di LG2 Blue Concourse mulai 14 Januari hingga 10 Februari, termasuk sebuah taman bunga oleh Fleurs Flower Market, di mana pembeli-belah diberi aneka pilihan bunga-bungaan untuk dibeli. Untuk melengkapkan Tahun Baharu Cina ini juga para pembeli-belah boleh mengunjungi Oriental Noble Booth untuk menikmati pelbagai tawaran menarik.

Bukan itu sahaja, pembeli-belah bakal disajikan dengan persembahan tarian singa yang dijadualkan pada jam 3 petang setiap hari Sabtu, Ahad serta pada tanggal 12 Februari, atau membawa pulang inskripsi tradisional yang cantik dari kiosk kaligrafi yang terletak di sana.

Mahukan lebih banyak ganjaran? Pembeli-belah boleh mengikuti media sosial Sunway Pyramid untuk menyertai peraduan-peraduan menarik yang akan berlangsung ketika musim Tahun Baharu Cina bagi memenangi baucar beli-belah, hiburan dan kecantikan.

Selain aktiviti-aktiviti menarik tersebut, Sunway Pyramid juga menawarkan pembeli-belah pelbagai pilihan untuk meraikan Tahun Lembu. Para pengunjung boleh menjamah hidangan yee sang bersama insan tersayang di restoran seperti Putien, Din Tai Fung, Dragon-I, Grand Imperial, Haidilao, Village Roast Duck dan banyak lagi, membeli Hamper Tahun Baharu Cina khas dari Yan Sang, Lo Hong Ka, Bee Cheng Hiang, Loong Kee, Marks & Spencer, L’occitane, Legend of Tea serta memanjakan diri dengan sesi membeli-belah di Oriental Noble, Christy Ng, Padini, Sephora dan outlet-outlet yang lain.


Barangan kemas juga boleh didapatkan di Poh Kong, Gold Boutique, Tomei, Wah Chan, Diamond Boutique dan banyak lagi. Untuk dekor kediaman, pembeli-belah boleh mengunjungi outlet seperti Fleurs, Muji, Hooga, dan Kaison.

Kemakmuran dan Kekayaan untuk Semua

Pembeli-belah yang berbelanja di pusat beli-belah ini juga boleh membawa pulang hadiah-hadiah menarik menerusi kiosk penebusan yang terletak di LG2 Orange Concourse. Mereka hanya perlu membelanjakan RM300 dalam dua resit (RM200 bagi Pemegang Kad Kredit HSBC) untuk menebus Set Ang Pow ‘Oxpicious’ oleh Sunway Malls.

Bagi perbelanjaan bernilai RM1,500 dalam dua resit (RM1,400 bagi Pemegang Kad Kredit HSBC) pula, pembeli-belah boleh menebus Set Teh ‘Prosperity’ bermaterialkan seramik yang lengkap dengan beg khas untuk menambah kelainan dalam sesi yumcha anda yang seterusnya.

Ketika ini, usaha yang dicurahkan oleh petugas baris hadapan dan warga Malaysia bagi menjaga keselamatan umum masih berterusan, dan Sunway Pyramid komited untuk mewujudkan pengalaman membeli-belah yang selamat buat semua. Usaha pensanitasian di seluruh pusat beli-belah dengan fokus ke atas ruang-ruang tumpuan sedang dijalankan, di samping menjaga tatacara penjarakan sosial menurut SOP dan panduan yang digariskan oleh kementerian.

Untuk maklumat lanjut, tawaran menarik dan saranan, ikuti platform media sosial Sunway Pyramid dan laman web rasminya di http://www.sunwaypyramid.com/happy-niu-year.

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

KECUT PERUT, PECAH PERUT DENGAN ‘DON DUKUN’: ZUL ARIFFIN TIDAK PERNAH MENGHAMPAKAN

TOURISM SELANGOR MENGADAKAN SELANGOR TRAVEL FAIR SEMPENA TAHUN MELAWAT SELANGOR 2025

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.