PARKSON PAVILION BUKIT JALIL LANCAR KEMPEN "THINK GREEN ACT GREEN"


Kempen "Think Green Act Green" Parkson yang berlangsung dari 27 September hingga 27 Oktober 2024 di Skylight Atrium Parkson Pavilion Bukit Jalil, mengukuhkan lagi komitmen Parkson terhadap kemampanan dan kreativiti dengan melibatkan para pelanggan, rakan kongsi, pelajar dan komuniti dalam pemeliharaan alam sekitar. Inisiatif Parkson untuk Mengurangkan, Menggunakan Semula & Kitar Semula adalah selaras dengan matlamat kemampanan global. 

Sorotan utama Kempen "Think Green Act Green 2024" termasuk:-


Menyokong Komuniti Tempatan

Kerjasama dengan Kraftangan Malaysia untuk memberi peluang kepada pengusaha kraf tempatan mempamerkan dan menjual hasil seni dan kraf tangan mereka seperti Baju Batik, Beg Batik, barangan Crochet dan banyak lagi. Setiap hujung minggu (Sab & Ahad) dari 27 Sept hingga 27 Okt, pelbagai bengkel and aktiviti seperti Mewarna Batik, Membuat Gelang Tangan Batik, Gelang Manik, Mengait Crochet akan diadakan untuk memupuk kreativiti dan penghargaan budaya. Selain itu, bazar F&B tempatan akan dilangsungkan setiap Jumaat hingga Ahad menyajikan pilihan seperti pastri, makanan sihat, makanan vegan, pencuci mulut, minuman dan banyak lagi.



Kerjasama dengan Institut Seni Malaysia (MIA):

Parkson terus bekerjasama dengan komuniti tempatan dengan menyediakan platform untuk kreativiti bagi para pelajar. Tahun ini, 11 pelajar dari Rekaan Tekstil dan Fesyen Institut Seni Malaysia  mempamerkan 12 karya seni fesyen unik yang diperbuat daripada bahan buangan atau kitar semula. Pelajar juga berpeluang bertemu dengan pereka tempatan, Melinda Looi yang akan berkongsi pandangan dan pengalamannya dalam industri fesyen.

Kerjasama dengan Great Wall Motors (GWM) – peneraju Kenderaan Elektrik:

Memandu EV dapat membantu anda mengurangkan jejak karbon. Pelanggan akan berpeluang mengetahui lebih lanjut tentang EV terkini GWM - ORA07, jenama kereta elektrik sepenuhnya yang bergaya untuk pemanduan di bandar. Sesi uji pandu tersedia pada semua hujung minggu (Sab & Ahad), bagi memperkenalkan pilihan pengangkutan yang menjimatkan tenaga dan mesra alam.

Kerjasama dengan KB Colour X Ani Kertas:

Patung Tenggiling yang diperbuat daripada kertas kitar semula sedang dipamerkan di Parkson Pavilion Bukit Jalil. Setiap karya tangan menceritakan kisah pemuliharaan alam sekitar, mencerminkan keindahan dan spesies terancam. Ciptaan unik ini bukan sahaja berfungsi sebagai karya seni yang menakjubkan tetapi juga sebagai peringatan kuat tentang pentingnya langkah memelihara planet kita.


Kerjasama dengan Recircle:

Recircle adalah aplikasi mudah alih inovatif yang bertujuan untuk mendigitalkan industri kitar semula di Malaysia, menjadikannya lebih mudah dan cekap untuk penglibatan orang ramai. Dermakan e-waste bernilai 5KG untuk memenangi barangan menarik jadi kunjungi gerai mereka pada 5, 6, 12 & 13 Oktober 2024 untuk mengetahui lebih lanjut.

Kerjasama dengan Kiwanis:

Bersama-sama, mari kita membantu untuk membuat perubahan! Kiwanis telah melancarkan Program Derma Organ "Gift of Life" untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menyelamatkan nyawa dengan menderma organ. Lawati reruai Kiwanis pada 5, 6, 19 & 20 Oktober 2024 untuk mengetahui lebih lanjut tentang Program Derma Organ dan usaha GIFT of LIFE tentang pemindahan dan bagaimana setiap daripada tubuh kita dapat menyelamatkan 8 nyawa dengan hanya melakukan ikrar dengan mudah di MySejahtera.

Kerjasama dengan Nets Printing:

Pelanggan boleh meneroka set peralatan makanan mesra alam yang diperbuat daripada bahan kertas dengan misi mereka untuk menjadikan kemampanan boleh diakses oleh semua orang. 

Kerjasama dengan Komuniti Kitar Semula untuk Amal (CRC):

Parkson Pavilion Bukit Jalil bekerjasama dengan CRC untuk inisiatif bermakna ini bagi menggalakkan pelanggan & pekerja mendermakan pakaian lama, aksesori pakaian, barangan kertas seperti buku dan majalah, mainan kanak-kanak dan bateri. Sumbangan ini boleh dibuat di Stesen Mengumpul Barangan Kitar Semula yang terletak di Skylight Atrium pada tempoh yang dinyatakan.

Pameran Mini oleh Pekerja Parkson:

Parkson Pavilion Bukit Jalil mengadakan Pertandingan karya seni Kitar Semula di Pejabat Utama Parkson pada Julai 2024 di mana pekerja Parkson telah menyumbangkan hasil seni dan kraf yang diperbuat daripada bahan buangan. Pameran mini ini akan menampilkan 3 karya seni terbaik.

Mengurangkan, Menggunakan Semula & Kitar Semula:

Sebagai sebahagian daripada prinsip 3R, Parkson menggalakkan pelanggan membawa beg mereka sendiri atau mendermakan beg kertas terpakai untuk digunakan semula atau tujuan kitar semula, sama ada untuk mereka atau pelanggan lain.

Pembekal Parkson Pavilion Bukit Jalil turut terlibat dengan kempen tersebut termasuk Akemi, Arrisa, Avanti, Bdari, Bodysac, Camel Active, Cheetah, Conquest, Cotton Feel, Eco Living, Eminent, Eplas, Fabricmade, Forest, Hush Puppies, Kids Monster, Kraftee, La Gourmet, Larrie, Lokamade, Matchbox, Mercury, Modz, Neo, Orenzi, Over, Pierre Cardin, Renoma, Sasha, Sweet Petals, Tracey, Verage, Voir Jeans dan banyak lagi, untuk mempromosikan produk yang lebih mesra alam dan pada masa yang sama mempanerkan usaha mereka terhadap kemampanan.


Selain itu, Parkson akan mempunyai promosi & aktiviti menarik seperti:

Lucky Bag Edisi Terhad pada RM38 setiap satu (bernilai lebih daripada RM150):

Pelanggan boleh membeli beg bertuah bernilai RM150 atau lebih dengan hanya RM38 pada pukul 1PM setiap hujung minggu (Sab & Ahad). Terhad kepada 30 set sehari dan setiap pelanggan hanya boleh membeli 1 beg bertuah setiap sesi. Barangan tersebut ditaja sepenuhnya oleh pembekal Parkson dan jumlah yang terkumpul akan disalurkan terus ke rumah amal.

Tawaran Happy Hour Hujung Minggu – bermula pukul 2:30 petang!

Sertai kami setiap hujung minggu (Sab & Ahad) untuk Tawaran Happy Hour eksklusif kami! Nikmati tawaran yang tidak dapat ditandingi untuk jenama kegemaran anda dengan diskaun istimewa.

Pertandingan Shop & Win:

Berpeluang memenangi La Gourmet 1.5L Thermal Wonder Cooker (bernilai RM299 setiap satu) dengan pembelian RM200 dalam satu resit dengan Kad Parkson! Terdapat 3 unit untuk dimenangi, ihsan La Gourmet.

Kempen Think Green Act Green 2024 adalah bukti dedikasi Parkson dalam mempromosikan kemampanan, kreativiti, dan sokongan komuniti. Parkson menjemput semua pelanggan dan rakan kongsi untuk menyertai usaha ini untuk membawa impak positif terhadap alam sekitar sambil menikmati pelbagai aktiviti yang tersedia. 


Untuk maklumat lanjut tentang Kempen Hijau dan aktivitinya, sila lawati Parkson Pavilion Bukit Jalil atau ikuti Parkson Malaysia di platform media sosial.

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

KULIT LEBIH CERAH DAN LEBIH DILINDUNGI DENGAN PELINDUNG MATAHARI SAFI PERFECT WHITE 3X ADVANCE BRIGHTENING SPF 50+ PA ++++ YANG BAHARU