SERLAHKAN KREATIVITI ANDA! THE LEGO GROUP MENJEMPUT RAKYAT MALAYSIA UNTUK MEMBAYANGKAN SEMULA IKON MALAYSIA MELALUI KUASA TRANSFORMATIF PERMAINAN


Hasil kajian global baharu oleh the LEGO Group yang mendapati bahawa keluarga yang bermain bersama adalah keluarga yang paling bahagia manakala sejumlah 90% daripada kanak-kanak bersetuju bahawa bermain ialah cara terbaik untuk mereka belajar, berkembang dan menyerlahkan keperibadian sebenar mereka. Kajian tersebut yang dilaksanakan di 36 lokasi melibatkan lebih daripada 61,500 ibu bapa dan kanak-kanak berumur 5-12 tahun juga mendapati bahawa 83% daripada para ibu bapa menganggap permainan sebagai platform untuk meraikan perbezaan dengan cara yang positif dan menyeronokkan, serta menjadi kunci kepada usaha menyemai pandangan dunia yang lebih terangkum (85%). Apabila aktiviti bermain diutamakan, ia mempunyai kuasa untuk menghubungkan insan – yang menyatukan mereka dari pelbagai budaya, bangsa, usia, jantina, minat dan kemampuan.

Namun, satu trend yang membimbangkan diperhatikan iaitu 76% daripada ibu bapa mengesahkan bahawa kanak-kanak hari ini tidak mempunyai banyak peluang untuk bermain berbanding generasi terdahulu. Kajian juga menunjukkan bahawa kesan peranti digital yang meluas, beban kerja ibu bapa dan capaian terhad kepada ruang yang sesuai untuk bermain, semuanya mengurangkan masa permainan bersama keluarga. Para ibu bapa menghabiskan hampir dua kali ganda masa menggunakan telefon dan komputer riba berbanding bermain bersama keluarga manakala 66% berkata beban kerja yang berat mengorbankan masa bermain dan dua daripada lima keluarga tiada ruang yang sesuai atau selamat untuk bermain, dengan satu dalam lima para ibu bapa mengakui bahawa mereka tidak pernah bermain bersama anak-anak mereka.

Tetapi ada berita baik disebaliknya: Hampir sembilan daripada sepuluh kanak-kanak dan ibu bapa mahu meluangkan masa untuk bermain bersama, justeru Play is Your Superpower mengajak setiap keluarga untuk turut serta dan membantu mengembalikan permainan sebagai salah satu agenda utama!


Diilhamkan oleh penyelidikan baharu ini yang mendedahkan faedah bermain untuk keluarga, sejajar dengan kempen Global Play is Your Superpower, the LEGO Group di Malaysia telah memperkenalkan lelaran tempatannya - #LEGOSerlahkanKreativitiAndaMY - yang bertujuan untuk menyemarakkan kreativiti kanak-kanak, memperkasakan mereka untuk membentuk dan mengubah setiap karya ciptaan melalui permainan. Melalui inisiatif ini, the LEGO Group menggalakkan rakyat Malaysia untuk membayangkan semula bagaimana ikon-ikon Malaysia kami boleh dibina dengan cara baharu dan menyeronokkan, menawarkan perspektif yang berbeza melalui lensa kanak-kanak dan orang dewasa.

Bermain adalah bahasa universal yang menghubungkan semua insan. Ia memupuk kreativiti, daya tahan, dan mengukuhkan ikatan kekeluargaan. The LEGO Group percaya bahawa masa depan dibina melalui permainan, dan melalui Superpower of Play (Kuasa Besar Permainan), mereka membawa orang ramai bersama-sama untuk meraikan nilai-nilai ini, memupuk persekitaran yang penuh dengan kemungkinan dan harapan yang tidak berkesudahan, semua melalui hubungan simbol ikonik negara Malaysia. Bermain dengan bata-bata LEGO adalah lebih daripada sekadar hobi; ia adalah satu cara untuk membuka kunci kreativiti dan potensi dalam diri semua insan. Ciptaan yang dibuat oleh para ibu bapa dan kanak-kanak menjadi bukti penemuan kuasa besar mereka dalam alam permainan. Bata demi bata, the LEGO Group terus menghubungkan orang ramai, memberi inspirasi kepada mereka untuk membina, membayangkan dan bermimpi bersama.

Bagi menyerlahkan kuasa besar permainan, personaliti Malaysia, Hos Radio dan penyampai Ira Mohd Amin, pelakon Wayne Cai Pei Xuan, serta power couple Carey Ng dan Roen Cian, bersama keluarga mereka membina lambang kebanggaan Malaysia seperti Rumah Melayu, Bunga Raya dan Tenuk Malaysia (Tapir Malaya) – menggunakan bata-bata LEGO untuk menghidupkan semula detik-detik manis bersama keluarga dan menghargai masa yang diluangkan bersama. Hasil binaan mereka kini dipamerkan di Stesen MRT Bukit Bintang dari 1-31 Oktober 2024. Malah pengunjung juga boleh menaiki gerabak MRT eksklusif dihiasi LEGO di landasan MRT Kajang dari 1-31 Oktober 2024!

Sementara itu, rakyat Malaysia dijemput untuk memaparkan hasil binaan ikon Malaysia mereka menggunakan bata-bata LEGO. Paparkan hasil binaan anda di media sosial dengan tag @LEGO dan #LEGOSerlahkanKreativitiAndaMY dan alami kuasa transformasi permainan!

Ágnes Molnár, Pengarah Pemasaran Singapura, Malaysia dan APAC Travel Retail, the LEGO Group berkata, “Kami amat teruja untuk melancarkan kempen Play is Your Superpower dengan sentuhan tempatan di Malaysia. Pembinaan lambang-lambang kebanggaan dan mercu tanda Malaysia menggunakan bata LEGO mengingatkan kembali masa-masa kita seronok meluangkan masa berharga bersama keluarga! Matlamat kami ialah untuk membawakan Superpower of Play kepada setiap komuter dan pengunjung, di samping kepada rakyat Malaysia secara umumnya.”


Ini membarakan banyak detik kempen berterusan the LEGO Group yang meraikan kuasa transformatif permainan. Di lokasi-lokasi seluruh dunia, kempen Play is Your Superpower memberikan keseronokan kepada semua, dengan lebih banyak lokasi permainan yang muncul di serata tempat.

Pada bulan lalu, the LEGO Group telah melancarkan Superpower Studios di La Gaîté Lyrique di Paris, pengalaman galeri seni terobosan yang menanggung jawabkan kanak-kanak untuk mengubah ruang galeri seni tersebut menjadi suatu perayaan kreativiti dan pergaulan. Pengalaman yang mengasyikkan ini menyemarakkan lagi kempen Play is Your Superpower oleh the LEGO Group, dengan menjemput semua orang untuk menemui semula kuasa transformatif permainan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: LEGO.com/Play-Is-Your-Superpower.

Comments

Popular posts from this blog

“RONA BOSPHORUS”, DRAMA ADAPTASI PERTAMA BUKA TIRAI DI RTM TAHUN 2025

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!

KESEDARAN MENGENAI STROK: KENALI TANDA, BERTINDAK, DAN AMBIL LANGKAH PENCEGAHAN