NOBU LANCAR MENU OMAKASE ISTIMEWA SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUNNYA YANG KE-30


Sempena sambutan ulang tahun ke-30 Nobu, Nobu Kuala Lumpur dengan bangganya mempersembahkan Omakase Sambutan 30 Tahun yang eksklusif, sebuah pengalaman menikmati makanan yang dirancang dan disediakan dengan teliti,  dengan menampilkan gabungan cita rasa Jepun dan Peru. Tersedia di semua restoran Nobu di seluruh dunia dari 7 Oktober hingga 13 Oktober, menu omakase ini memberi peluang istimewa kepada para pelanggan untuk menikmati hidangan klasik Nobu dengan sentuhan ciptaan moden yang inovatif, yang disediakan dengan penuh semangat dan terperinci.

Menu ini mencerminkan sejarah ikonik Nobu dan pada masa yang sama mempersembahkan cita rasa masa depan fine dining, menonjolkan kemahiran seni persediaan makanan yang melonjakkan nama Nobu di persada dunia masakan kontemporari. Falsafah Chef Nobu tentang kerendahan hati, kesyukuran, dan layanan mesra diterap ke dalam setiap hidangan, dengan cita rasa dan teknik yang sekata merentasi seluruh dunia.

Yontenmori

"Kami sangat teruja untuk meraikan detik bersejarah ini di Restoran dan Hotel Nobu kami di seluruh dunia," kata Chef Nobu Matsuhisa. "Dalam proses reka cipta menu-menu ini, kami ingin memberi penghormatan kepada perjalanan kami, dedikasi ahli pasukan kami, dan sokongan luar biasa yang kami terima daripada para tetamu kami sejak 30 tahun yang lalu. Kebanyakan hidangan yang dipersembahkan ini adalah berdasarkan kepada beberapa resipi ciptaan awal saya, jadi ia sangat dekat di hati saya."

Menu omakase dimulakan dengan Yontenmori, sebuah sajian yang terdiri daripada empat jenis hidangan klasik Nobu yang digemari ramai: Toro Tartare dengan Caviar yang mewah, satu hidangan yang cair di mulut dengan keseimbangan sempurna antara kekayaan cita rasa dan kesegaran; Yellowtail Jalapeño yang ikonik, yang telah sekian lama mengujakan pelanggan dengan hirisan ikan segar yang halus, diperap dengan rempah dan sitrus yang menyegarkan. Para tetamu juga akan menikmati Salmon Tataki dengan Karashi Sumiso, menampilkan rasa pedas dan mustard yang berkrim, serta Seabass Tiradito yang enak, sebuah gabungan cita rasa yang sempurna antara teknik Jepun dan sentuhan Peru.

Sushi & Taco 

Bergerak melalui menu, para pelanggan akan dilayan dengan sentuhan inovatif Nobu dengan sentuhan moden seperti Nori Taco dengan Caviar. Hidangan inovatif ini menonjolkan kepakaran Nobu dalam menggabungkan keseronokan cita rasa kasual dengan ramuan-ramuan mewah, menggabungkan tekstur rangup kulit nori dengan caviar yang savori. 

Black Cod Butter Lettuce klasik dan King Crab dengan Amazu Ponzu

Pelanggan juga akan menikmati Black Cod Butter Lettuce klasik dan King Crab dengan Amazu Ponzu, mengingatkan pelanggan mengapa hidangan-hidangan ini masih berjaya bertahan oleh ujian masa - seimbang sempurna dari segi cita rasa dan tekstur.

Hidangan diteruskan dengan Antichuco daging lembu wagyu yang lembut menampilkan sos ala-Peru yang membangkitkan selera.

Anticucho Daging Lembu Wagyu

Sebagai pelengkap hidangan, para tetamu boleh menikmati pelbagai pencuci mulut yang mewah, termasuk Strawberry Cheesecake, Milk Chocolate and Sesame Cream , dan Mochido, satu ciptaan  yang menggabungkan keenakan mochi dengan donat tradisional. 

Pencuci Mulut

Setiap pencuci mulut dihasilkan dengan teliti untuk mengakhiri omakase dengan nota manis yang sukar untuk dilupakan. 

Menu Omakase Sambutan 30 Tahun Nobu Kuala Lumpur menawarkan satu perjalanan kulinari yang luar biasa melalui gabungan cita rasa unik antara dua negara - Jepun dan Peru. Hidangan-hidangan yang disajikan, sama ada klasik atau inovatif, mencerminkan perjalanan 30 tahun Nobu dalam memberikan satu pengalaman menjamu selera yang bertaraf dunia. Jangan ketinggalan untuk mencuba menu eksklusif ini yang tersedia untuk masa yang terhad. 

Untuk tempahan, hubungi melalui Nobu Kuala Lumpur melalu WhatsApp: +6019 389 5085, talian
+603 2380 0028 atau emel nobuklreservations@noburestaurants.com.

Saksikan Reel Menu Omakase Sambutan 30 Tahun Nobu di SINI

Comments

Popular posts from this blog

“RONA BOSPHORUS”, DRAMA ADAPTASI PERTAMA BUKA TIRAI DI RTM TAHUN 2025

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!

KEHADIRAN WATAK-WATAK BAHARU MENCERIAKAN ASTRO SMK MUSIM 3