HABIB MEMPERSEMBAHKAN ORO ITALIA 916® FEST DI MANA KESENIAN ITALI BERTEMU KILAUAN SEMANGAT MALAYSIA
HABIB, salah satu jenama barang kemas yang paling digemari di Malaysia, dengan bangganya mempersembahkan Oro Italia 916® Fest, sebuah sambutan yang meraikan keindahan barangan kemas emas tercinta yang menggabungkan dengan kehalusan daya ketukangan Itali dan tradisi emas Malaysia.
Direka secara eksklusif untuk HABIB di Itali, koleksi Oro Italia 916® menampilkan kilauan seakan berlian, ketukangan yang tiada tandingan, dan reka bentuk kontemporari yang diilhamkan daripada penghargaan emas 916 (22K) yang mendalam oleh masyarakat Malaysia, serta kepakaran buatan Itali yang sudah terkenal berabad lama.
Dato’ Sri Meer Habib, Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB bersama Encik Paolo Portinari, rakan kongsi Oro Italia 916 dan Encik Luca Braga. |
Rangkaian ini dihasilkan melalui tempoh penyelidikan yang telus dan usaha kerjasama selama bertahun, untuk mencipta barang kemas emas 916 buatan Itali yang pertama di dunia, buat peminat dan pakar-pakar arif.
Berlangsung kini hingga 3 November 2024, Oro Italia 916® Fest HABIB meraikan koleksi yang dicintai merentasi generasi, menghayati keharmonian sempurna antara seni Eropah dan keanggunan yang abadi. Daripada pemilihan bahan yang terbaik, hingga kepada ketukangan Itali yang tiada tandingan serta dedikasi terhadap kualiti dan nilai, HABIB mempersembahkan pameran visual yang menakjubkan daripada koleksi Oro Italia 916® yang menyerlahkan daya tarikan Itali dan keindahan warisan Malaysia dalam setiap barang kemas yang berseri.
Untuk mengiktiraf kempen ini, HABIB menjadi tuan rumah kepada pelanggan, media dan Pemimpin Pendapat Utama dengan masterclass Oro Italia 916®: Beauty Unveiled yang diadakan di bilik pameran HABIB Alamanda Putrajaya generasi terkini yang baru diubah suai.
Bersama tetamu istimewa, En. Paolo Portinari (rakan kongsi HABIB Oro Italia 916® dari Itali), hos-hos HABIB yang berpengetahuan (Echa, Yana dan Rachel) dan Ranukka Singham (pengasas Image Revamp Consultancy), tetamu mengambil bahagian dalam bengkel interaktif yang memberi fokus tentang ilmu barang kemas emas Oro Italia 916® serta penggayaan fesyen bersama emas.
Aisha Retno |
Khainina Khalil |
Sharifah Rose |
Para tetamu diberi peluang untuk melihat secara mendalam proses pembuatan barang kemas Oro Italia 916®, mendapatkan tip pakar tentang cara terbaik untuk menggayakan barang kemas Oro Italia 916®, dan juga menyaksikan pameran emas HABIB yang terkini dan paling menakjubkan, seperti gelang tangan Cavo yang ikonik, rantai leher Gondola yang terkenal, koleksi Clara yang inovatif serta gelang berbilang lapisan Strato yang baharu dan mudah untuk dipakai.
Daripada karya yang kompleks kepada yang lebih klasik dan menawan, Oro Italia 916® Fest HABIB menjanjikan untuk memikat hati orang ramai dengan pelbagai pilihan Oro Italia 916® dan ciri-ciri uniknya yang tersendiri, termasuk:
1. Keunikan setiap rekaan: Dihasilkan dengan ketelitian dan disiapkan dengan daya ketukangan Itali yang berpengalaman, HABIB sentiasa berinovasi dengan menggabungkan teknologi moden, memastikan setiap rekaan kekal berkualiti sambil mengekalkan kesenian abadi yang mendefinisikan jenama ini.
2. Kilauan teknik potongan berlian halus: Teknik istimewa yang dihasilkan oleh pakar emas Itali ini menghasilkan efek kilauan luar biasa seakan berlian pada setiap manik emas, mencipta ilusi permukaan berlian yang elegan dan bergaya.
3. Keselesaan tanpa menjejaskan kualiti dan rekaan bertaraf dunia: Melalui daya ketukangan berkualiti tinggi, setiap kepingan barangan kemas yang dihasilkan adalah lebih ringan, membuatkan ia selesa untuk dipakai dan lembut di permukaan kulit. Daripada gelang tangan berbentuk bujur hingga cincin yang sesuai dan selesa, setiap rekaan telah dihasilkan dengan teliti untuk memberikan anda kualiti barangan kemas yang bertaraf dunia dengan harga yang berpatutan.
4. Penggayaan kontemporari: Dengan mengikuti perkembangan trend terkini, koleksi Oro Italia 916® yang versatil ini boleh digabung indah dengan kombinasi dua atau tiga warna, secara langsung memperluaskan pilihan penggayaan untuk si pemakai.
Untuk maklumat lanjut tentang Oro Italia 916® Fest dan koleksi-koleksinya, kunjungi bilik pameran berhampiran anda dari kini sehingga 3 November 2024, layari laman sesawang rasmi www.habibjewels.com atau ikuti laman media sosial rasmi HABIB di Instagram dan Tiktok @habibjewelsofficial.
Comments
Post a Comment