‘A NIGHT WITH SUMANDAK STARS - CERITERA HATIKU’ BUAT PERTAMA KALI BARISAN PENYANYI ASAL SABAH DIHIMPUNKAN DALAM SEBUAH KONSERT ISTIMEWA


Syarikat penganjur konsert terkemuka negara yang sering menghidangkan sajian muzik dengan kelainan tersendiri, Orange International dengan bangganya mengumumkan konsert ‘A Night With Sumandak Stars - Ceritera Hatiku’ dalam satu majlis sidang akhbar eksklusif yang diadakan di Sky Lounge, Tkt. 40, Hotel Tamu.

Konsert yang dijadualkan berlangsung pada 30 November 2024, bermula jam 8:00 malam di Zepp, Kuala Lumpur, akan menggabungkan barisan penyanyi popular Malaysia yang berasal dari ‘Negeri di Bawah Bayu’ iaitu Bella Astillah, Marsha Milan, Adira Suhaimi, Stacy Anam, Nikky Palikat, Wani Kayrie dan Didi Astillah.


Menurut Dato’ Mohd Fadzli Idrus, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Orange International, “Buat julung-julung kalinya kami himpunkan kesemua penyanyi kelahiran Sabah terkenal tanah air dalam satu pentas untuk hanya semalam buat halwa telinga penggemar muzik tempatan.

Beliau juga menekankan, “Kami berbangga dapat membawa tujuh artis ‘sumandak’ yang masing-masing mempunyai pencapaian cemerlang dalam industri muzik. Ini adalah satu penghormatan untuk memberikan platform kepada mereka dalam sebuah acara yang belum pernah diadakan sebelum ini.

Setelah kejayaan konsert Radja & Ella, Wali Band X Setia, dan terbaharu, Drama Band dengan tiket yang ‘sold-out’ kira-kira dua minggu lalu, pihak Orange International tidak menunggu lama untuk membawa kelainan pada konsert kali dan sentiasa mencari formula istimewa untuk menghiburkan rakyat negara ini dengan persembahan muzik yang luar biasa.


“Pemilihan artis-artis ini adalah berdasarkan pencapaian mereka yang membanggakan, termasuk pengiktirafan di pelbagai anugerah, dengan masing-masing mempunyai repertoir tersendiri dalam bidang seni.

“Bella, sebagai contoh, dinobatkan sebagai ‘Celebrity Of The Year’ di TikTok Awards Malaysia 2024, sementara Marsha, Adira, Stacy, dan Nikky adalah pemenang di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) dan juga Anugerah Juara Lagu (AJL),” tambah Dato’ Fadzli.

Bagi pelapis baharu seperti Wani dan Didi, Dato’ Fadzli menekankan pentingnya memberi mereka peluang untuk bersinar.

“Konsert ini adalah platform terbaik untuk mereka menunjukkan bakat yang ada,” katanya.

Pihak Orange International turut mendedahkan bahawa akan ada kejutan menarik bagi penonton pada malam konsert nanti.

“Kami mengalu-alukan semua peminat muzik untuk hadir dan menyaksikan konsert ini. Ia adalah usaha kami untuk membawakan muzik berkualiti kepada semua lapisan masyarakat, tanpa mengira usia atau bangsa,” akhiri Dato’ Fadzli.


Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket konsert, sila lawati laman web Ticket2u.com.my/sumandak atau hubungi talian hotline +6012-4949 267, manakala harga-harga tiket adalah seperti berikut:

● VIP [Special Seating] - RM349
● Cat 1 [Normal Seating] - RM239
● Cat 2 [Free Standing] - RM139
● Cat 3 [Normal Seating] - RM259
● Cat 4 [Normal Seating] - RM159
● VIP Box - RM6999

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

KECUT PERUT, PECAH PERUT DENGAN ‘DON DUKUN’: ZUL ARIFFIN TIDAK PERNAH MENGHAMPAKAN

TOURISM SELANGOR MENGADAKAN SELANGOR TRAVEL FAIR SEMPENA TAHUN MELAWAT SELANGOR 2025