AFGAN LIVE IN PENANG 2024 28 DISEMBER 2024 AKAN JADI KONSERT SOLO TERBESAR!


AFGAN LIVE IN PENANG 2024, ini tentu sahaja menjadi berita yang membuat peminat penyanyi Indonesia tersebut histeria. Benar, bukan pertama kali Afgan si pemilik vokal gemersik yang membuat peminat jatuh cinta lewat hit seperti Jodoh Pasti Bertemu dan Bukan Cinta Biasa ini melakukan persembahan atau konsert di Malaysia.

Bagaimanapun setiap kali berakhir sesebuah konsert dan persembahan Afgan, peminat akan sukar ‘move on’ dan sentiasa terkenang lalu mendambakan hiburan daripada idola mereka ini lagi dan lagi.

Melihat kepada sambutan hangat yang tidak pernah pudar terhadar pemilik nama sebenar Afgansyah Reza ini sejak pertama kali dikenalkan kepada peminat tempatan pada 2009, Strategy X Entertainment dengan sokongan Tourism Malaysia membawa penyanyi itu ke Pulau Pinang.


Dinamakan AFGAN LIVE IN PENANG 2024, konsert julung kali tersebut akan diadakan di SETIA SPICE ARENA, PENANG pada 28 DISEMBER 2024 bermula pukul 8 malam. Dan ini merupakan konsert solo terbesar penyanyi tersebut di Malaysia!

“Dengan segudang reputasi yang pernah diraih, konsert demi konsert, persembahan demi persembahan yang sentiasa penuh dan membuat peminat teruja, tiada sebab lebih baik untuk kami di Strategy X Entertainment boleh berikan kenapa menganjurkan AFGAN LIVE IN PENANG 2024.

“Kami percaya AFGAN LIVE IN PENANG 2024 yang julung Kali dilangsungkan dalam skala besar di SETIA SPICE ARENA, PENANG pada 28 DISEMBER 2024 akan menjadi satu sejarah manis buat semua pihak ; sama ada kami selaku penganjur, Afgan sebagai bintang yang diraikan serta peminat yang dapat mengisi dahaga serta kerinduan terhadap penyanyi kesayangan ini,” ujar Encik Mohd Arif Othman dari Strategy X Entertainment.

Menurut Arif lagi, mereka tidak menjanjikan ‘bulan dan bintang’ kepada calon penonton tetapi percaya aura yang dimiliki Afgan akan secara automatik membuat AFGAN LIVE IN PENANG 2024 extravaganza.

“Kami percaya kepada kualiti dan aura Afgan. AFGAN LIVE IN PENANG 2024 akan menjadikan tahun ini tahun terbaik dan mulakan 2025 dengan sesuatu yang baik juga dengan hadir ke konsert ini,” katanya seperti dilaporkan Arif lagi.

“Pihak Strategy X Entertainment juga ingin mengucapkan sekalung terima kasih kepada Hotel Imperial Lexis Kuala Lumpur yang sudi menjadi hotel rasmi bagi konserti ini,” tambah Arif.


Bagi Afgan, 35, meski sudah ribuan kali memenuhi undangan secara private ataupun konsert di Malaysia, beliau sentiasa teruja kerana seperti menerima semangat baharu daripada peminat yang penuh tenaga.

“Saya tidak pernah jemu ke Malaysia dan apabila dilamar untuk AFGAN LIVE IN PENANG 2024, saya ‘say yes’ kerana tahu peminat yang hadir tidak akan pernah mengecewakan walaupun diadakan di Pulau Pinang.

“Saya percaya di Pulau Pinang atau di Kuala Lumpur atau di mana sahaja negeri di Malaysia, peminat saya selalu ‘crazy’ dan luar biasa.

“Nantikan saya 28 Disember 2024 untuk sama-sama kita ‘berbalas’ dan berbagi energi. Juga di pentas AFGAN LIVE IN PENANG 2024 kelak saya akan memperdengarkan karya-karya terbaharu saya,” ujar Afgan yang baru muncul dengan single, Escape duet bersama Jessi.

Jika Afgan sendiri sudah teruja untuk bertemu peminatnya, ini bermakna sudah masa buat anda melakukan pembelian tiket AFGAN LIVE IN PENANG 2024.


TERIMA KASIH CINTA (RM 138), BUKAN CINTA BIASA (RM 188), BAWALAH CINTAKU (RM258), KUNCI HATI (RM 288), JODOH PASTI BERTEMU (RM 318), UNTUKMU AKU BERTAHAN (RM 388) adalah kategori dan harga tiket yang sudah boleh dibeli.

Lakukan pembelian menerusi TICKET2U.COM ya! Tiket akan mula dijual pada 1 Oktober 2024.

Comments

Popular posts from this blog

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!

ASTRO RAIKAN KETIBAAN BULAN RAMADAN DENGAN SAJIAN KANDUNGAN KEROHANIAN DAN BARISAN DRAMA TERBAIK

MARY GRACE MELEDAKKAN PENTAS DAN MERANGKUL GELARAN JUARA CALPIS SODA ONE-IN-A-MILLION!

OATSIDE MEMPERKENALKAN SUSU OAT PROTEIN BAHARU DI MALAYSIA