PESTA MAKANAN NIIGATA DI AEON, MIDVALLEY MEGAMALL

Mr. Hiroshi Masuda, Vice Governor of Niigata Prefecture (tengah); diapit oleh Mr. Soichi Okazaki, Exec Vice President /Rep Executive Officer, Aeon Co Ltd (ketiga dari kiri); Mr Shinobu Washizawa, Managing Director of AEON CO. (M) BHD. (kedua dari kiri) 

Buat pertama kali di Malaysia, AEON CO. (M) BHD. telah menjalinkan kerjasama dengan Niigata Prefecture Government untuk menganjurkan Pesta Niigata buat kali pertama di Malaysia. Pesta tersebut telah berlangsung selama 11 hari, dari 14 November sehingga 24, 2019 di gedung AEON Mid Valley, Kuala Lumpur.

Antara tetamu kehormat yang telah hadir untuk merasmikan Pesta Niigata adalah Mr. Hiroshi Masuda, Naib Gabenor Niigata Prefecture, Mr. Soichi Okazaki, Naib Presiden Eksekutif / Pegawai Eksekutif Rep, Aeon Co Ltd, dan Mr Shinobu Washizawa, Pengarah Urusan AEON CO. (M) BHD.

Niigata Prefecture adalah sebuah wilayah di Jepun yang terkenal dengan tanaman padi yang menjadi pilihan pengilang produk berasaskan beras dari Jepun. Pesta ini bertujuan untuk memperkenalkan Niigita dan juga 50 produknya yang berasaskan beras.

Mr. Soichi Okazaki berkata, “Jika ada satu perkara yang boleh menyatukan rakyat Malaysia adalah cinta mereka kepada makanan. Malah, boleh dikatakan rakyat Malaysia tidak boleh hidup makanan ruji iaitu nasi. Niigata Prefecture adalah terkenal sebagai pengeluar beras yang terbaik di negara Jepun.”

“Kami harap Pesta Niigata Fair dapat menarik perhatian segenap lapisan masyarakat yang gemarkan makanan yang berasaskan beras dan dapat mempelajari secara berterusan tentang Niigata Prefecture,” tambah Okazaki.

Antara produk yang dipamer dan dijual di Pesta Niigata adalah beras Koshihikari rice (paling banyak dihasilkan di wilayah ini), kek mochi beras premium, keropok beras Jepun dan snek, produk segar seperti buah pir Le Lectier, cendawan dan persimmon dan sebagainya.

Demo membuat onigiri (nasi kepal Jepun)

Pengunjung boleh mencuba makanan Jepun berasaskan beras yang disediakan secara segar di Pesta Niigata

Makanan berasaskan beras yang popular dari wilayah Niigata

Majlis perasmian Pesta Niigata. Pesta ini berlangsung selama 11 hari, dari 14 November sehingga 24, 2019 di gedung AEON Mid Valley, Kuala Lumpur.

Antara tetamu kehormat yang telah hadir untuk merasmikan Pesta Niigata adalah Mr. Hiroshi Masuda, Naib Gabenor Niigata Prefecture, Mr. Soichi Okazaki, Naib Presiden Eksekutif / Pegawai Eksekutif Rep, Aeon Co Ltd, dan Mr Shinobu Washizawa, Pengarah Urusan AEON CO. (M) BHD.

Pesta Niigata yang dianjurkan julung-julungkalinya di Malaysia

Beras adalah hasil utama dari wilayah Niigata

Tetamu kehormat mencuba onigiri yang disediakan di Pesta Niigata

Gerai-gerai menjual snek dari wilayah Niigata

Buah pir Le Lectier dan persimmon boleh dibeli di Pesta Niigata

Buah pir Le Lectier dan cendawan segar













Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

SLOT AKASIA TV3 TAMPILKAN DRAMA 'PINJAMAN SYURGA' LAKONAN JANNA NICK & KEITH FOO