CLEAR LANCAR SIRI RAWATAN KULIT KEPALA MICELLAR



CLEAR Malaysia baru-baru ini melancarkan senarai produk penjagaan rambut terbaharunya – Siri CLEAR Micellar Scalp Therapy yang merupakan produk micellar pertama dan 0% silikon dari CLEAR. Pengguna boleh membuat pembelian produk mulai hari ini di cawangan Guardian yang berhampiran. 

Rambut yang sihat bermula dengan kulit kepala yang sihat. Sebagai rutin yang sering kali tidak diendahkan, penjagaan kulit kepala sama pentingnya dengan penjagaan kulit. Cuaca tropika sepanjang tahun di Malaysia boleh menyebabkan peluh dan kotoran tersumbat di liang kulit kepala. Tanpa pembersihan yang sempurna, liang yang tersumbat boleh memberi kesan terhadap pertumbuhan rambut – menyebabkan kegatalan kulit kepala yang boleh mengakibatkan kelemumur. Terdapat banyak cara untuk mengelakkan masalah ini daripada berlaku. Antara cara yang terbaik adalah dengan rutin penjagaan kebersihan rambut dan kulit kepala yang sempurna untuk memberi kebersihan menyeluruh. 

Kini, dengan siri CLEAR Micellar Scalp Therapy, setiap orang boleh tampil dengan lebih yakin dan tidak perlu risau lagi kerana kulit kepala mereka kini dilindungi. Senarai produk penjagaan ini diformulasikan dengan molekul micelle mikro bersaiz kecil yang mampu menyerap ke dalam kulit kepala untuk membersihkan kotoran yang melekat di liang-liang kulit kepala. Produk ini turut diperkaya dengan ekstrak bahan-bahan semulajadi, 0% silikon dan paraben. Selain itu, produk ini juga membantu membuatkan rambut terasa lembut, ringan dan pada masa yang sama memberikan kesegaran kepada rambut anda. Dengan adanya kesan bahan aktif anti-kelumumur juga membantu menghilangkan mikrob dan menghalang kelemumur daripada kembali*. 

“Sebagai salah satu jenama penjagaan kulit kepala terkemuka di dunia, CLEAR telah bertahun-tahun membantu para pengguna di Malaysia, khususnya dalam penjagaan kulit kepala. Jenama ini mempunyai sejarah yang panjang dan cukup dikenali dengan formula terapi kulit kepala dan akan terus komited untuk mengeluarkan produk-produk penjagaan rambut yang menggunakan formula terbaharu dan ditambahbaik untuk para pelanggan kami. Tahun ini, dengan pengenalan siri CLEAR Micellar Scalp Therapy, CLEAR ingin memberi pengguna penyelesaian kulit kepala terbaik yang membantu mereka membersihkan kulit kepala dengan langkah-langkah mudah di rumah. Kulit kepala yang bersih dan rambut yang sihat memberikan keyakinan kepada diri pengguna dan memberi keselesaan untuk mereka menjalani hari mereka dengan baik,” kata Natalie Tan, Pengurus Pemasaran bagi Kategori Rambut dari Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd. 

Kah Yen Loong, Pengurus Jenama CLEAR, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd memberi penerangan tentang siri baharu Micellar Clear 

Senarai produk Micellar CLEAR didatangkan dalam lima (5) varian yang terdiri daripada syampu dan perapi. Ciri-ciri utama produk penjagaan rambut ini adalah sebagaimana berikut: 

1. Formula Micellar 

Senarai produk syampu dan perapi baharu daripada CLEAR mengandungi formula Micellar yang merupakan gabungan molekul-molekul permukaan yang menyerap air dan minyak, dikenali sebagai micelle. Molekul-molekul ini melekat dengan minyak dan kotoran di kulit kepala seperti magnet dan membantu membersihkan kotoran, minyak dan sebarang bahan pencemar alam sekitar secara lembut untuk kulit kepala. Syampu pula menghasilkan buih yang banyak untuk membuang kotoran dengan lebih berkesan daripada liang kulit kepala dan helaian rambut. 

2. Ekstrak Bahan-bahan Semulajadi dengan 0% silikon dan paraben 

Ekstrak bahan-bahan semulajadi dengan 0% silikon dan paraben bertindak lembut untuk kulit kepala. Siri ini berada di skala pH 5.5, iaitu tahap asid lemah yang tidak akan memberi kesan kepada kulit kepala. Ia mengurangkan keradangan dan kerengsaan kulit kepala akibat mikrob & bahan kimia berbahaya. Ini membolehkan lembapan masuk ke dalam rambut dan menghasilkan rasa ringan dan bau segar kepada rambut. 

3. Mengelakkan kelemumur 

CLEAR Micellar Scalp Therapy juga mengandungi bahan-bahan aktif anti-kelemumur. Ia membantu menghilangkan mikrob untuk rambut yang bebas kelemumur*. Daripada membersih, menghidrat, memperkuat sehinggalah kawalan minyak, terdapat pelbagai pilihan untuk setiap jenis rambut dengan fungsi-fungsi unik yang ada. 

*tiada kelemumur kelihatan dengan penggunaan kerap

Lima (5) varian tersebut adalah:


Varian
Manfaat
1
Purifying (Wanita)
Micellar Scalp Therapy Purifying – Syampu & perapi
Dihasilkan dengan 100% ekstrak semulajadi buluh & menthol untuk membersih dan menyegar rambut dan kulit kepala anda
2
Hydrating (Wanita)
Micellar Scalp Therapy Hydrating – Syampu & perapi
Dihasilkan dengan 100% ekstrak semulajadi buah delima untuk menyuburkan rambut dan kulit kepala kering
3
Oil Control (Wanita)
     Micellar Scalp Therapy Oil Control - Syampu
Dihasilkan dengan 100% ekstrak teh putih semulajadi untuk membantu menghilangkan lebihan minyak di rambut dan kulit kepala
4
Purifying (Lelaki)
   Men Micellar Scalp Therapy Purifying - Syampu
Dihasilkan dengan 100% ekstrak buluh semulajadi & menthol untuk membersih dan menyegar rambut dan kulit kepala
5
Energizing (Lelaki)
  Men Micellar Scalp Therapy Energizing - Syampu
Dihasilkan dengan kaffein & menthol membantu merangsang kulit kepala dan menghilangkan bau peluh

Formulasi untuk senarai produk syampu dan perapi ini dihasilkan dengan teliti bagi menjadikan kulit kepala anda bersih dan boleh bernafas, dengan rambut yang terasa ringan dan berbau segar. Pengguna boleh memilih daripada lima (5) varian yang ada bergantung kepada keperluan kulit kepala mereka. 


Siri CLEAR Micellar Scalp Therapy boleh didapati dengan harga RM29.90 untuk syampu dan RM29.90 untuk perapi sekarang; dan varian baharu di Guardian boleh didapati dengan potongan 15% (RM25.40) sehingga penghujung November 2019. 

Untuk maklumat lanjut, hubungi CLEAR melalui laman Web, Facebook atau Instagram

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!