MCDONALD’S MENYAMBUT TAHUN BARU KEEMASAN BERSAMA KEPULANGAN GOLDEN PROSPERITY BURGER YANG IKONIK
McDonald’s Malaysia menyambut Tahun Baru Keemasan dengan mengumumkan kepulangan Golden Prosperity Burger di Bukit Bintang. Ini merupakan fasa kedua kempen Prosperity yang penuh kemeriahan setelah pelancaran pertama pada November lalu. Pelancaran di Menara KL terdahulu dengan mesej “Prosperity Kembali, Lebih Bererti,” mengingatkan kita bahawa erti sebenar Prosperity bukan terletak pada apa yang kita ada, tapi hubungan kita bersama insan di sekeliling kita. Mesej ini diulangi di Bukit Bintang, di mana puluhan ribu orang telah berkumpul untuk mencipta memori keemasan sambil menyambut kedatangan Tahun Baru.
Selama berdekad lamanya, McDonald’s telah menjadi sebahagian daripada detik-detik penting dalam kehidupan rakyat Malaysia. Sambutan Prosperity tahun ini telah di mulakan di Menara KL dengan pelancaran inisiatif seluruh negara untuk menyokong Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia dan kini diteruskan dengan sambutan Tahun Baru yang meriah di Bukit Bintang, di mana Burger Golden Prosperity menjadi tumpuan utama.
Pelancaran Golden Prosperity ini membawa maksud yang sama ke Tahun Baru dengan mengajak rakyat Malaysia untuk berkumpul, berkongsi dan meraikan erti sebenar ‘prosperity’ melalui semangat kebersamaan.
“Prosperity bukanlah mengenai apa yang kita ada; ia adalah mengenai siapa yang ada di sisi kita,” kata Melati Abdul Hai, Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Impak McDonald’s Malaysia. “Pada November lalu, kami mengajak rakyat Malaysia untuk berkongsi detik -detik bermakna mereka dan memberi kembali kepada komuniti sekeliling. Malam ini di Bukit Bintang, kami teruskan perjalanan ini dengan Burger Golden Prosperity ; yang melambangkan satu sambutan kemeriahan, kebersamaan dan komuniti.”
“Melihat ada keluarga dan sahabat handai berkumpul sepanjang dua fasa kempen ini, dari Menara KL ke Bukit Bintang, mengingatkan kita bahawa erti sebenar prosperity berkembang makmur apabila dikongsikan. Kami ternanti-nanti untuk mencipta lebih banyak momen ‘feel-good’ di seluruh Malaysia pada 2026,” tambah Melati.
Dari jam 12:00 pagi hingga 2:00 pagi pada 1 Januari, pelanggan menikmati diskaun 50% untuk Golden Prosperity Burger (ala carte) melalui aplikasi McDonald’s. Ini memberikan peluang awal bagi pelanggan untuk menikmati burger kegemaran mereka sambil memulakan tahun keemasan bersama insan tersayang.
Menambahkan kemeriahan malam itu, McDonald’s turut melancarkan peraduan ‘Makan Emas, Menang Emas,’ yang menjadikan setiap sambutan sebagai satu peluang untuk meraih emas. Para pelanggan berpeluang memenangi 10 unit Prosperity Burger emas 999.9 seberat 10 gram dan hadiah utama adalah sebuah kereta Proton e.Mas, yang akan memanjangkan semangat prosperity melangkaui momen tersebut sehingga sepanjang tahun 2026.
Untuk menghidupkan kemeriahan Golden Prosperity melangkaui Kuala Lumpur, trak emas McDonald’s akan menjelajah ke 18 restoran McDonald’s merentasi 9 negeri dari 1 Januari hingga 9 Januari. Ia memberikan lebih ramai rakyat Malaysia peluang untuk merakam detik-detik emas untuk dikongsi di media sosial dengan tanda pagar #MekdiEmas.
Menjelang tahun 2026, McDonald’s mengajak semua untuk menghidupkan semangat Prosperity melalui kebersamaan dan memberi kembali; iaitu semangat yang hadir setiap kali kita meraikan detik-detik yang bermakna bersama keluarga dan sahabat handai di restoran McDonald’s.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Comments
Post a Comment