KEAJAIBAN “CHRISTMAS WONDERS IN WHITE” DI SURIA KLCC



Musim perayaan ini menjanjikan pengalaman yang pasti tidak akan dilupakan delete apabila Suria KLCC mempersembahkan “Christmas Wonders In White”. Suasana mempersonakan berinspirasikan perkampungan bersalji di Eropah akan mengamit pengunjung mengabadikan diri berlatarkan menara jam besar dan deretan kedai klasik yang dihias indah. 


Dengan semangat perayaan, dekorasi tahun ini menggabungkan tradisi dan keanggunan, menjadikan ia lokasi sempurna untuk sesi berfoto. Buat pertama kalinya, pengunjung di Suria KLCC akan merasai pengalaman salji di samping bergambar di roda Ferris setinggi 20 kaki yang dibina khas. 









Pengunjung turut disambut dengan variasi watak “Snowman” di setiap pintu masuk utama dan ruang legar Suria KLCC. Perayaan Natal ini juga adalah masa terbaik untuk menyatupadukan warga Malaysia tanpa mengira agama, kepercayaan dan latar belakang. 


Seperti tahun-tahun yang sebelum ini, replika pokok Krismas tertinggi di Malaysia akan terus megah berdiri di Esplanade KLCC. Struktur yang berketinggian 100 kaki ini dihiasi dengan lebih 7,000 bebola hiasan berona pelangi, khusus untuk pengunjung bergambar sehingga 25 Disember. 


Selain dari hiasan kreatif dan unik, pengunjung berpeluang membeli-belah sempena Krismas di kedai-kedai khas Suria KLCC dan menyertai bengkel -bengkel interaktif. . Tidak dilupakan kemunculan Santa Claus dan Ms. Claus bertemu pengunjung di setiap hujung minggu. 

Beli-belah Dan Terima Ganjaran! 

Sempena sambutan Krismas, Suria KLCC memberikan ganjaran buat pengunjung yang berbelanja di lebih 350 kedai dari 22 November hingga 29 Disember 2019. Terdapat 10 koleksi Pandora Charm untuk ditebus oleh pengunjung Suria KLCC dengan setiap pembelian berjumlah RM1,500 di dalam dua resit. 

Memudahkan lagi sesi beli-belah Krismas, terokai panduan membeli-belah Krismas Suria KLCC secara maya di laman web rasmi dan media sosial. Panduan beli-belah ini dipenuhi dengan hadiah eksklusif dan unik untuk orang yang disayangi serta cadangan untuk gaya dan aksesori untuk sambutan Krismas. Juga untuk sesi bersama keluarga, terdapat pelbagai pilihan restoran di Suria KLCC. 

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi Krismas dan jadual aktiviti pusat beli-belah, sila layari www.suriaklcc.com.my.

Comments

Popular Posts