PROGRAM CERAHI KEHIDUPAN BERSAMA TOP KEMBALI LAGI



TOP, penerima Putra Brand Award 2019 Platinum untuk kategori produk isi rumah telah bekerjasama dengan TESCO menerusi kempen CSR untuk mengumpul dana sumbangan pakaian seragam dan keperluan persekolahan kepada kanak-kanak Orang Asli di Pahang dan Perak. 

Jenama ini percaya bahawa setiap kanak-kanak perlu mendapat pendidikan yang baik. Justeru, ia telah menyokong kanak-kanak dari beberapa buah rumah anak yatim berusia 7 hingga 17 tahun dengan kelengkapan sekolah menerusi program Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR), ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ sejak empat tahun lalu. Lebih 1,800 orang kanak-kanak daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan telah menerima sumbangannya. 


Kempen itu kembali pada tahun ini dengan fokus baru ke atas komuniti luar bandar. Ia bermatlamat mengurangkan beban kewangan keluarga Orang Asli di Pos Tenau, Kuala Rompin dan Sungai Lembing dengan menyediakan pakaian seragam sekolah, kasut, stoking, beg sekolah dan alat tulis baharu. Buat pertama kalinya, buku latihan turut menjadi sebahagian daripada sumbangan untuk setiap pelajar. 

Kempen itu akan menyaksikan 30 sen daripada jualan produk terpilih TOP daripada semua cawangan TESCO di seluruh negara dan menerusi Tesco Online bermula 15 November hingga 15 Disember 2019 disalurkan untuk membeli keperluan kembali ke sekolah kanak-kanak Orang Asli. 


Orang Asli mewakili hanya 0.7% daripada populasi rakyat Malaysia dengan sebahagian daripada mereka tinggal di bawah garis kemiskinan. Menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025, transisi pelajar Orang Asli daripada sekolah rendah ke sekolah menengah ialah 73.1% berbanding purata kebangsaan iaitu 87.19% pada tahun 2017. Sementara purata kadar kehadiran pelajar Orang Asli ke sekolah rendah ialah 87.4%, lebih rendah berbanding purata kebangsaan. 

Melalui inisiatif CSR ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’, jenama itu berharap dapat memberi motivasi kepada kanak-kanak daripada komuniti Orang Asli apabila menyediakan mereka dengan kelengkapan sekolah. Jadi, mereka akan lebih bersemangat untuk pergi ke sekolah, seterusnya menambah baik aspek kehadiran dan prestasi akademik mereka. 

Dibangunkan oleh Lion Corporation, Japan, TOP terkenal kerana mengutamakan konsep kehidupan yang bersih dengan menggalakkan cucian pakaian yang lebih bersih, selesa dan kesejahteraan hidup yang lebih baik menerusi inovasi teknologinya. 


“Objektif kempen ini adalah untuk menggalakkan kehadiran ke sekolah melalui sumbangan pakaian seragam dan kelengkapan sekolah yang dapat meningkatkan keyakinan dan imej diri.. Selain daripada itu, ia juga mendidik kanak-kanak orang asli kepentingan pendidikan dalam kehidupan serta mempunyai penampilan diri yang bersih dan kemas,” kata Pengurus Pemasaran (Divisyen Penjagaan Fabrik) Southern Lion Sdn Bhd, Ling Ai Li. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web: http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan 1800-88-0133. 

Comments

Popular Posts