BJC LANCAR TASTO BERPERISA BAHARU & KRAKER BERAS DOZO



BJC Foods (Malaysia) Sdn. Bhd. (BJC Foods), subsidiari Berli Jucker Public Company Limited dari Thailand, dan juga pengeluar jenama snek yang popular seperti Wise Cottage Fries dan TASTO®, kini telah memasarkan tiga perisa Asia baharu yang eksotik menerusi Kerepek Kentang TASTO dan DOZO, jenama Kraker Beras Rangup No.1 di Thailand.

Syarikat percaya bahawa ketiga-tiga perisa baharu ini akan dapat memenuhi cita rasa para penggemar makanan ringan tempatan dan menjadi snek yang popular di pasaran Malaysia.

Kerepek Kentang TASTO kini menyasarkan para penggemar muda (dan yang berjiwa muda) dengan pengalaman menyeronokkan, mencabar dan mengujakan. Maka syarikat telah mencipta tiga perisa eksotik baharu yang diilhamkan dari tiga hidangan popular Asia yang turut menjadi kegemaran warga tempatan. Perisa ini termasuk Ikan Tiga Rasa, Kari Ketam dan Rumpai Laut dengan Sos Korea.

TASTO perisa Ikan Tiga Rasa berasaskan hidangan tempatan yang enak iaitu “Ikan Masak Tiga Rasa”. Tiga perisa utama yang menjadi sebahagian daripada hidangan ini ialah Manis, Masam dan Pedas. BJC telah menggabungkan dengan teliti semua perisa ini untuk memastikan kombinasi seimbang dan unik yang memberikan rasa baharu untuk memuaskan kehendak peminat makanan snek.

Kerepek kentang TASTO perisa Kari Ketam pula menawarkan para pelanggan kari ketam dengan perisa yang sama seperti makanan kegemaran mereka iaitu isi ketam yang enak dalam kari kering yang lazat dengan bentuk kerepek kentang rangup yang dibungkus dengan sempurna.

Dengan pengaruh budaya Korea yang semakin popular menerusi fenomena “K-Pop” dan bagi memenangi selera pelanggan generasi baharu yang menggemari makanan Korea, kerepek kentang TASTO perisa Rumpai Laut dengan Sos Korea menjadi pilihan baharu untuk memenuhi selera selain menjadi hidangan permulaan untuk kebanyakan tempat yang menghidangkan makanan Korea.

Semua perisa baharu ini didatangkan dalam bentuk kerepek kentang TASTO rangup yang dihiris nipis dengan “Potongan V”. Proses ini memberi bentuk V pada kerepek bagi memaksimumkan liputan perisa dan memastikan pelanggan dapat menikmati rasa yang sepenuhnya dalam setiap gigitan.

Selain daripada kerepek kentang TASTO, kraker beras Jepun yang baharu dari BJC, DOZO, disyorkan untuk kanak-kanak serta para ibu yang mahukan tenaga bagi menangani anak-anak mereka yang aktif atau semasa sibuk menguruskan rumah mereka.

Kraker Beras Jepun DOZO dibuat daripada beras Jepun bermutu tinggi dan disediakan dalam pelbagai pilihan perisa seperti Asli, Keju Jagung dan Rumpai Laut Jepun.

Kraker beras yang berkhasiat ini dipanggang dalam ketuhar bagi memberikan snek yang sihat untuk pelanggan. Kraker ini juga memiliki saiz ideal yang boleh dibawa dan dimakan dengan mudah pada bila-bila masa untuk meningkatkan tahap tenaga atau melegakan perut yang lapar.

Pengarah Urusan BJC Foods (Malaysia) Sdn Bhd Mr Phillip Leong 

“Kami sangat teruja menawarkan tiga perisa eksotik baharu untuk kerepek kentang TASTO serta memperkenalkan kraker beras DOZO yang baharu kepada pengguna di Malaysia”, menurut pengarah urusan BJC Foods, Phillip Leong.

“Pengenalan perisa Asia dan tempatan yang eksotik merupakan satu langkah berani dalam industri di mana kebanyakan pengeluar makanan snek mengambil jalan mudah dengan menyediakan perisa tradisional. Saya yakin bahawa pelanggan kami akan mendapati bahawa kualiti unggul dan rasa lazat produk menjadi sangat menyegarkan dan memenuhi selera. “Tambahan pula, saya juga berasa positif bahawa kraker beras DOZO baharu kami akan menjadi kegemaran dalam kalangan pelanggan yang aktif dan sentiasa mencari cara yang lebih sihat untuk mengekalkan tahap tenaga mereka,” jelas beliau lagi.

Kerepek kentang TASTO perisa baharu kini boleh didapati di semua kedai runcit dan kedai serbaneka di seluruh Malaysia, manakala kraker beras DOZO dijual di kedai-kedai yang terpilih.

Comments

Popular posts from this blog

ANTA MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN SUMBANGAN KASUT SEMPENA RAMADAN

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA