ALIBABA LANCAR FESTIVAL BELI-BELAH GLOBAL 11.11



Alibaba Group melancarkan sambutan Global Shopping Festival 11.11 di Malaysia hari ini dengan parti dan tinjauan eksklusif ke Taobao Store baharu di MyTOWN Shopping Centre, KL. Ditubuhkan dengan kerjasama MyTOWN serta pakar gedung beli-belah Lumahgo New Retail Sdn Bhd, ruang sebesar 5,000 kaki persegi ini dinamakan Taobao Store by Lumahgo, dan akan menjadi kedai Taobao terbesar dan paling holistik di Malaysia.

Selaras dengan tema 11.11 tahun ini, ‘Setiap Harapan Adalah Bermakna’, Alibaba turut mengumumkan bahawa tiga rumah anak yatim di Lembah Klang, Rumah Charis – Home For The Children, Rumah Sayangan, and Rumah K.I.D.S. akan menerima perabot, buku, dan barang baharu lain anjuran penjual dari Lumahgo dan Taobao.

Kerja naik taraf ini akan menggunakan produk eksklusif dari platform online Taobao untuk mendirikan Sudut Harapan yang akan menambah baik suasana di rumah-rumah anak yatim. Kerja ini dijangka selesai sebelum Tahun Baru Cina 2020 agar penghuninya boleh menyambut Tahun Baru dengan ruangan baharu.

Parti pelancaran 11.11 menarik ratusan pembeli yang dekat mahupun jauh ke MyTOWN, bersama rakan niaga, rakan-rakan media dan KOL untuk memulakan sambutan ini. Mereka dapat melihat kedai pop-up Taobao yang memberikan tinjauan pengalaman unik yang bakal dibawa ke gedung fizikal sebelum hujung tahun ini. Ia akan menjual pelbagai jenis produk dari saluran ibu dan bayi, Qinbaobei, serta produk Kecantikan, Kediaman, dan Elektronik.

Produk dari jenama tempatan seperti Redtick, BigboxAsia, Vivid Malaysia, DirectD Malaysia dan Deep Furniture bukan sahaja dipamerkan di kedai pop-up, tapi turut menyertai jualan bonanza 11.11 buat kali pertama, dengan tawaran istimewa untuk pelanggan Malaysia.

Saluran ibu dan bayi Qinbaobei dan Taobao Grocer juga akan membuat debut di Malaysia pada 11.11 tahun ini. Orang ramai berpeluang mengalami tinjauan kedai ini dari 8 hingga 10 November serta memenangi hadiah hebat apabila berkongsi hajat mereka sempena sambutan Global Shopping Festival 11.11 tahun ini.


Jess Lew, Pengarah Pemasaran Tmall World Malaysia berkata, “Malaysia memang merupakan antara pasaran utama bagi Alibaba, kerana itulah aktiviti tahun ini menumpukan kepada perkembangan ekosistem tempatan melalui peningkatan rangkaian produk dan perkhidmatan tempatan. Kami teruja untuk berkongsi sekilas ruang yang akan datang sebagai salah satu aspek sambutan 11.11 tahun ini, dengan menekankan bagaimana kami akan mengintegrasikan jenama dan penjual tempatan dengan visi Perniagaan Baharu kami.”

“Pendigitalan dan ciri keperibadian pengalaman membeli-belah yang akan diperkenalkan oleh Lumahgo x Taobao Store merupakan penambahan istimewa kepada penyewa kami kerana ia bertujuan menyasarkan pelanggan yang tidak menggunakan teknologi dan mahu membeli secara fizikal, serta memberikan pengalaman pembelian dengan sentuhan digital, melalui big data dan teknologi yang dikuasakan oleh Alibaba,” jelas En. Azhan Che Mat, Pengurus Pusat MyTOWN Shopping Centre.

“Melalui penyatuan pengalaman membeli secara online dan offline, kami berharap dapat memberikan pengalaman membeli-belah unik untuk pelanggan, di mana mereka boleh membeli dengan tenang melalui perkhidmatan pra dan pasca jualan tempatan yang telah dirumus khas buat mereka. Inisiatif ini menunjukkan potensi untuk menarik lebih ramai pengguna ke platform Taobao,” jelas Fabian Kong, CEO Lumahgo New Retail Sdn Bhd.

Pembeli Malaysia pasti dimanjakan dengan promosi dan kupon bernilai RMB50 bilion, serta pelbagai pilihan dari 200,000 jenama dan 1 juta produk baharu. Pada peringkat global pula, lebih 500 juta pengguna dijangka mengambil bahagian tahun ini, menjadikan sambutan membeli-belah 11.11 ini yang terbesar dalam sejarah Alibaba.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM