TAIWAN LANCAR KEMPEN "SALAM TAIWAN 2020"



Pelbagai insentif bakal disediakan untuk menarik rakan-rakan Melayu Muslim untuk melancong ke negara Taiwan tahun depan menerusi kempen "Salam Taiwan 2020" yang dilancarakan oleh Biro Pelancongan Taiwan Pejabat Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pada tahun 2018, Malaysia mempunyai lebih daripada 526,000 pelancong yang melawat Taiwan, dan mendapat kedudukan yang pertama di negara-negara ASEAN. Namun, jumlah Muslim Melayu masih kurang daripada 15%. 

Memandangkan potensi untuk meningkatkan kadar kemasukan pelancongan Muslim Melayu ke Taiwan, Biro Pelancongan Taiwan mengatur langkah untuk menarik lebih ramai pelancong Muslim Melayu ke Taiwan. Antaranya adalah memperbaharui kontrak pelantikan pelakon popular, Mira Filzah, sebagai jurucakap pelancongan Taiwan untuk Malaysia dan Brunei. Mira telah menjadi duta pelancongan Taiwan sejak tahun 2018 lagi. 


Selain daripada menjadi wajah di dalam iklan panggung wayang dan di saluran televisyen, Mira juga akan terlibat dengan sesi bertemu peminat di Menara 101 Taiwan untuk memperkenalkan makanan halal dan destinasi dengan pemandangan indah di Taiwan. 

Duta Besar Pejabat Perwakilan Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia, Anne Hung, beliau berkata terdapat lebih daripada 350,000 pengunjung Malaysia yang datang ke Taiwan dari bulan Januari hingga September 2019, kadar pertumbuhan Islam dianggarkan 28% lebih tinggi daripada tempoh yang sama tahun lepas. 

Biro Pelancongan Taiwan bakal meningkatkan tarikan dan persekitaran mesra Muslim di Taiwan dengan menawarkan lebih daripada 210 restoran dan hotel telah mendapat sijil halal. 

Taiwan juga mendapat kedudukan ketiga tertinggi di antara negara bukan Islam dalam indeks "Crescent Rating - Indeks Pelancongan Muslim Global (GMTI)" pada tahun 2019 oleh MasterCard. 


Kempen "Salam Taiwan 2020" bakal mempromosikan sumber pelancongan Taiwan untuk lima teras utama iaitu makanan, ekologi, lohas, budaya dan membeli-belah. Biro Pelancongan Taiwan juga akan menjalinkan kerjasama bersama pengendali pelancongan di Malaysia dari Disember 2019 sehingga 30 September 2020 untuk menmberi lebih banyak insentif. 

Pelancong yang membeli pakej pelancongan Salam Taiwan 2020 yang terpilih melalui agensi rakan pelancongan Biro Pelancongan Taiwan akan menerima hadiah tart nenas Taiwan yang halal secara percuma. 

Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA