BAD LAB DAN WATSONS BERGABUNG TENAGA ANJUR ‘THE BAD DUEL’



Dengan meningkatnya minat umum terhadap industri esukan dan gaming di Malaysia, Bad Lab dan Watsons Malaysia telah bergabung tenaga untuk menganjurkan pertandingan esukan yang diberi nama The BAD Duel – sebagai signifikasi kerjasama di antara kedua-dua jenama besar ini. 

Dilancarkan hari ini di Sunway Velocity Vanity Atrium, pertandingan ini bakal menyaksikan peserta-peserta yang dikenali ramai di arena gaming dari seluruh Asia untuk merebut hadiah wang tunai yang ditawarkan. Ini adalah kali pertama jenama penjagaan diri dan jenama kesihatan dan kecantikan bekerjasama untuk mengangkat segmen esukan di Malaysia, dan berkolaborasi untuk menghangatkan lagi pasaran esukan yang semakin berkembang pesat. 

Dibahagikan kepada dua fasa, para peserta terlebih dahulu dikehendaki untuk mendaftar secara atas talian dan bermain permainan video yang telahpun dipilih oleh pihak penganjur untuk melayakkan diri ke pusingan kedua. Para peserta yang bermain dengan cemerlang, justeru layak ke pusingan kedua akan dijemput untuk menghadiri acara ‘on-ground’ yang bakal berlangsung di Sunway Velocity bagi pusingan Separuh Akhir dan Pertandingan Akhir The BAD Duel. Permainan yang telah dipilih untuk dimainkan oleh para peserta adalah Tekken 7 dan Dota 2 – kedua-duanya dengan keunikan dan kesukaran tersendiri namun amat popular di kalangan ‘gamers’. 

Pertandingan The BAD Duel akan disiarkan secara langsung di skrin besar lokasi pertandingan diiringi dengan komentari terkini daripada pengulas esukan yang telahpun dipilih. Ini bukan sahaja untuk menarik perhatian lebih banyak pengunjung untuk melawat tapak pertandingan tetapi juga untuk menarik minat pemain-pemain baru, selain menggalakkan interaksi dan perbincangan tentang esukan di kalangan umum terutamanya golongan sasaran. 

Lum Chong Heng, Pengarah Komersil bagi jenama Bad Lab

Menurut Lum Chong Heng, Pengarah Komersil bagi jenama Bad Lab, “Bilangan penggiat dan peminat esukan di Asia Tenggara bakal meningkat dua kali ganda ke 19.8 juta tahun ini berbanding 9.5 juta pada tahun 2016 menjadikan rantau ini sebagai kawasan dengan peningkatan tertinggi bagi pasaran gaming. Di Asia-Pasifik sahaja terdapat audiens seramai lebih 98.9 juta dan kebanyakannya adalah dari Asia Tenggara. Di penghujung tahun 2019, boleh dikatakan bahawa jumlah audiens ini akan meningkat melebihi 31.9 juta”. Kata Lum lagi, “Statistik juga menunjukkan bahawa lebih 62 peratus dari keseluruhan jumlah audiens adalah dari lingkungan umur 16 ke 45 – iaitu sama dengan lingkungan umur sasaran pelanggan jenama kami”. 

“Kami amat berbangga kerana dapat berkolaborasi bersama Watsons untuk menganjurkan pertandingan The BAD Duel ini justeru menyediakan satu platform yang khas untuk pemain-pemain tempatan kita berinteraksi, belajar dan secara tidak langsung meningkatkan kemahiran mereka untuk bertanding di peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, penganjuran pertandingan ini juga begitu penting untuk mengukuhkan lagi wacana kami yang tidak berbelah bahagi untuk menyokong pembangunan positif industri esukan di Malaysia”. 

Turut bersetuju dengan kenyataan Lum, Caryn Loh, Pengarah Pemasaran bagi jenama Watsons Malaysia berkata, “Kerjasama ini adalah amat penting serta bermakna bagi kami. Dengan penganjuran The BAD Duel bersama Bad Lab, Watsons adalah jenama kesihatan dan kecantikan yang pertama di Malaysia yang telah mengambil langkah berani dengan melabur untuk pembangunan segmen esukan di negara ini. Ketika ini, kita sedang menyaksikan kemajuan industri esukan dan gaming dan status pemain-pemain yang bergiat di dalam bidang ini turut meningkat daripada amatur kepada semi-professional dan juga professional. Ini adalah satu situasi yang amat menggalakkan dan kami ingin turut menyumbang untuk menjadikan Malaysia sebagai salah satu kuasa di dalam arena esukan di Asia.” 


Buat pertama kali di dalam sejarah, esukan telah diiktiraf sebagai acara sukan berpingat di Sukan SEA ke-30 yang bakal diadakan di Filipina tidak lama lagi. “Seiring dengan perkembangan ini, Bad Lab dan Watsons ingin bekerjasama dan mungkin juga berkolaborasi dengan jenama-jenama relevan lain untuk pembangunan industri gaming ini agar dapat pergi lebih jauh lagi. Pertandingan The BAD Duel ini telah direka dan dianjurkan sebagai pendahuluan bagi acara-acara yang lebih menarik di masa akan datang,” kata Lum menutup perbualan. 

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING