IDOLA PUNJABI DILJIT DOSANJH BAKAL GEGARKAN KL LIVE



Idola Punjabi Diljit Dosanjh bakal mengadakan konsert pertama di Malaysia Disember ini. Dipersembahkan oleh Hitman Solutuion, konsert "BOLLYBOOM DILJIT DOSANJH LIVE IN MALAYISA 2019’ menjanjikan persembahan 2 jam yang hebat pada 13 Disember 2019, Jumaat, jam 8 malam di KL Live, Life Centre, Kuala Lumpur.

Kemunculan penyanyi popular ini buat kali pertama di Malaysia sudah semestinya menjadi sesuatu yang dinanti-nantikan oleh para penggemar lagu-lagu pop Punjabi. Antara lagu hits beliau adalah ’Do you know’, ‘5 Taara’, ’Putt Jatt Da’, ’Raat Di Gedi’ dan ’Laembadgini, yang telah mencecah jumlah  lebih 260 juta tontonan di YouTube. Diljit sudah memiliki 13 buah album, membintangi 21 buah filem Bollywood dan Punjabi serta 40 buah single sepanjang kariernya.

Menurut Rohit Rampal, CEO Hotman Solutions

Idola Punjabi yang berusia 35 tahun ini merupakan penyanyi, pelakon dan pengacara televisyen yang terkenal di India. Malah merupakan selebriti sosial media untuk industri Hindi dan Punjabi. Diljit merupakan anak kelahiran Punjab, India ini memulakan perjalanan seninya pada tahun 2004 melalui album Ishq Da Uda Ada dan kini merupakan salah seorang penyanyi terkenal di India.


"Hello Malaysia, kepada rakan media dan para peminat di Malaysia, saya berasa sangat teruja untuk mengadakan persembahan di Malaysia buat kali pertama. Saya sangat bersedia untuk menggegarkan kalian dengan lagu-Iagu hits saya. Sudah banyak yang saya dengar tentang Malaysia. Dan kali ini tiba masanya untuk saya mempersembahkan pada kalian bagaimana ’heavyweight bhangra’ dilakukan. Jangan lupa bersama-sama saya pada 13 Disember ini. Saya akan muncul bersama full band saya. Kita akan bersama-sama menjadikan hari tersebut sebuah hari bermakna buat kita semua. Jumpa nanti, Malaysia,” ujar Diljit.

.


Tiket berharga RM249 (tiket biasa) masih boleh didapati secara pembelian online. Tiket ’early bird‘ yang berharga RM199 (early bird / umum) dan RM249 (early bird/ premium) serta tiket RM299 (premium) telah habis dijual. Untuk pembelian 'pakej’ upper deck para peminat boleh menghubungi talian +6012-5015783 / +6012-3805783 untuk tempahan.
.
Penjualan tiket konsert telah bermula pada 4 November lalu di www.myticket.asia.
.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM