SERTAI KEMERIAHAN ‘KONSERTKOO #WITHCUCKOO’



Luangkan hujung minggu anda bersama keluarga dan rakan-rakan di acara terbesar KonsertKoo #withCuckoo yang dibuka secara percuma kepada semua pengunjung.

Semua dijemput untuk berhibur bersama artis-artis ternama tanah air dan personaliti-personaliti radio kegemaran anda di KonsertKoo #withCuckoo pada 23 November 2019, jam 8 malam, bertempat di Surf Beach, Sunway Lagoon.

KonsertKoo #withCuckoo akan menampilkan persembahan daripada artis-artis ternama tanah air seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Hael Husaini, Khai Bahar, Zizi Kirana, Exists, Ziana Zain, Adira, dan Floor 88. Para pengunjung juga boleh nikmati persembahan daripada peserta-peserta Gegar Vaganza 6 yang terdiri daripada Sham (Visa), Wann, Naqiu (Boboy), One Nation Emcee dan pada masa yang sama, Nabil Ahmad, Hetty Sarlene dan Dato’ Dr Sheikh Muszaphar juga akan hadir selaku ‘Cuckoo Friends’ untuk memeriahkan suasana konsert.

KonsertKoo juga akan menghadiahkan sebuah kereta Hyundai Ioniq kepada seorang pemenang bertuah daripada sepuluh peserta yang disenarai pendek menerusi pertandingan Cuckoo yang telah dijalankan sebelum ini. Sebelum KonsertKoo #withCuckoo bermula, pengunjung boleh menikmati persembahan seperti LED Water Drum, LED Dance, POI dan mengambil bahagian dalam aktiviti menarik seperti Face Neon Paint, Tattoo Sticker dan Airbrush Tatto.

Personaliti-personaliti radio dari ERA, SINAR, GEGAR dan ZAYAN juga akan hadir membuat siaran langsung jenama radio masing-masing pada jam 6 hingga 8 malam.


CARA UNTUK MASUK KE KONSERTKOO #WITHCUCKOO 

KonsertKoo #withCuckoo adalah percuma untuk semua!

Pintu masuk utama ke Sunway Lagoon akan dibuka pada jam 5 petang kepada semua dan pengunjung boleh masuk tanpa sebarang tiket ke Surf Beach.



Comments

Popular posts from this blog

DRAMA BAHARU AKASIA TV3: “LUKA DI HUJUNG SETIA” GANDINGKAN DATO’ ADI PUTRA & ZARA ZYA

TRESOR MONDE.H RAIKAN PEMBUKAAN RASMI BUTIK DI KLGCC MALL, MEMPERKENALKAN DESTINASI BAHARU BAGI BARANG KEMAS MEWAH

GEEKAY TUNDUKKAN RENN, RANGKUL GELARAN JUARA DEW CHALLENGE MUSIM 2

ECO-SHOP SUMBANG LEBIH DARIPADA RM36,000 BAGI MEMBANTU KELUARGA MANGSA KEBAKARAN DI KOTA BHARU