PENCARIAN MISS PINKLADY KINI BERTARAF ANTARABANGSA



Pencarian Miss Pinklady Asia (MPLA) kini telah memasuki Musim 2 di mana program realiti ini mengembangkan sayapnya ke persada antarabangsa dengan penampilan 12 peserta dari lapan buah negara Asia seperti Thailand, Myanmar, India, Korea, Filipina, Singapura, Indonesia, Hong Kong dan tuan rumah, Malaysia.

Seperti mana penganjuran musim pertama pada tahun lalu, kesemua peserta akan di tempatkan di sebuah lokasi yang dirahsiakan. Di situ kesemua peserta akan melalui rutin harian yang telah disediakan oleh penganjur di samping bersaing antara satu sama lain dalam cabaran yang ditetapkan.

Antara cabaran yang ada seperti ‘catwalk’, sesi fotografi’ dan juga iklan. Bukan setakat cabaran tetapi setiap peserta juga akan di berikan pengkongsian dan pendedahan dari mereka yang professional dalam bidang masing-masing untuk membantu dan membimbing mereka di dalam program ini. Di dalam setiap episod akan ada penyingkiran buat mereka yang tidak berjaya mencapai keputusan yang telah ditetapkan.


Menurut kata Pengarah program ini dari Icube Studio. En Mohamad Hafiz Naslallizi berkata untuk merealisasikan program ini bukannya sesuatu yang mudah. Kerja keras amatlah perlu kerana program ini setanding peringkat antarabangsa. Tambahan lagi ianya melibatkan tenaga kerja dan perserta peserta dari negara luar selain Malaysia sendiri yg memerlukan kerjasama sepenuhnya.

Sementara itu, En Azwan Hj Ismail selaku penerbit pula berkata, “Program ini merupakan satu peluang keemasan kpd para wanita yang meminati bidang peragaan. Ia bukan sahaja program hiburan semata mata sebaliknya turut berkongsi tentang dunia "modelling lifestyle" yang tidak diketahui ramai”.

Setiap cabaran yang dilakukan akan diadili oleh para panel hakim professional dalam bidang peragaan dan bidang fotografi.

Untuk musim kedua MPL ASIA akan bekerjasama dengan jurugambar terkenal dari Thailand yang pernah terlibat di dalam program terkenal 'The Face' dan 'Next Top Model Asia'. Penganjuran MPL ASIA musim ini turut mencipta sejarah di mana selebriti, model serta aktivis, Haneesya Hanee telah terpilih sebagai finalis untuk turut sama merebut gelaran sebagai Miss Pink Lady Asia bagi edisi kali ini.


Menurut CEO HEIDI EMPIRE TRADING iaitu Encik Heidi Shafiq sendiri, Program MPL ASIA musim ke 2 ini pastinya lebih hebat kerana ia telah berkembang ke peringkat antarabangsa. Ini selaras dengan jenama PINKLADY yang telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa.

Pemenang MPL ASIA Musim ke2 bakal membawa pulang hadiah kemenangan RM12,000 untuk tempat pertama, dan RM 8000 untuk tempat kedua. Sementara itu, pemenang tempat ketiga bakal membawa pulang RM5,000

MPL ASIA musim kedua bakal disiarkan untuk 13 episod di saluran penstriman Youtube @pinklady.tv . Orang ramai boleh menonton episod pengenalan MPL ASIA 2 yang akan disiarkan pada 4 Januari, 2020 dan dihoskan oleh ikon peragawati Malaysia, Sunshine!

Untuk episod mingguan pula akan disiarkan pada setiap hari Sabtu, jam10 malam di laman web www.pinklady.tv.

Finalis MPL ASIA 2














Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO