12 REMPAH BERKUALITI UNTUK SEMANGKUK MI KARI YANG ENAK



Menyediakan hidangan kari yang sempurna dari segi rasa dan aroma boleh menjadi satu pengalaman yang menggetarkan bagi sesetengah individu. Bagi Chef Sharifah Hamidah Syed Mohsin, menggabungkan rempah yang berkualiti bersama kaedah masakan yang betul adalah perkara paling penting untuk menikmati semangkuk kari enak, yang juga merupakan sajian kegemaran beliau.

Chef Sharifah didorong oleh minat beliau terhadap rasa asli dalam sajian dan penyediaan hidangan. Sebagai Chef Maggi® dan pakar rempah, beliau berkongsi beberapa tip dan panduan mengenai topik kegemarannya: rempah-ratus dan kari. 

“Tahukah anda bahawa kami sentiasa menggunakan serbuk 12 rempah yang telah dipilih khas dalam Mi Kari 2-Minit Maggi®? Sudah menjadi kebiasaan bagi tukang masak di rumah untuk mencampurkan dan menumis Rempah 4 Sekawan (kayu manis, pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih) dalam kebanyakan masakan kari dan hidangan-hidangan lain. 

“Maggi® telah berusaha untuk mendapatkan rempah-ratus dari serata dunia bagi memastikan kesemua ramuan yang digunakan adalah berkualiti dan terbaik agar penggemar Maggi® dapat menikmati pengalaman hidangan terunggul dari segi mutu dan hidangan yang lazat,” katanya. Tambah beliau, 

12 rempah berkualiti (jintan putih, cili, buah pala, kunyit, bunga cengkih, halba, lada hitam, pelaga, halia, bunga lawang, paprika dan biji ketumbar) diperolehi dari seluruh pelusuk dunia. Contohnya, cili diperolehi dari India dan bunga lawang pula dari Turki. 

Rempah-ratus tersebut kemudiannya diadun dengan sebati untuk mendapatkan rasa asli dan konsisten yang digemari rakyat Malaysia. Sebatian rempah berkualiti sahaja tidak mencukupi. Bagi memastikan penggemar Maggi® mendapatkan ramuan yang betul, cara memasak rempah itu juga memberi kesan terhadap aroma kari yang ingin disediakan. 

Kaedah tradisional untuk memasak kari adalah satu proses yang mengambil masa yang panjang dan rumit. Ia sering diajar dari satu generasi ke generasi seterusnya. Ini kerana kesemua ramuan yang digunakan perlu dimasak secara perlahan sehingga sempurna, iaitu apabila kelembapan telah disingkirkan dan terdapat lapisan minyak di bahagian atas atau lebih dikenali sebagai ‘pecah minyak’. 

Kaedah masakan ini menaikkan rasa dan aroma kari yang sebenar. Chef Sharifah memaklumkan, beliau mempelajari cara masakan ‘pecah minyak’ daripada ibu dan neneknya. 

“Pecah minyak penting untuk mendapatkan kari yang sempurna. Ia bukan mudah untuk di belajar kerana ianya agak sukar untuk mengagak apabila kepekatan ramuan adalah betul. Di rumah, saya perlu mengisar ramuan basah seperti bawang, halia dan bawang putih dengan rempah kering, kemudian menumisnya dengan minyak sehingga pecah minyak iaitu ketika pes rempah dan minyak berpecah kepada lapisan berbeza,” jelasnya. 

Menggunakan resipi turun-temurun yang dihasilkan chef-chef dalaman Maggi®, Mi Kari 2-Minit Maggi® merupakan hasil 12 rempah yang dikisar dan dimasak perlahan sehingga pecah minyak bagi mengeluarkan rasa rempah. Setelah dimasak, kari berkenaan dibiarkan sejuk dan kering secara semulajadi. 

Tiada bahan awet tiruan yang ditambah. Mi Maggi® diperbuat daripada dua jenis gandum berkualiti yang diperoleh dari Australia untuk menghasilkan mi yang digemari ramai. 

Keluarga dan ahli keluarga Chef Sharifah, termasuk ibunya, merupakan peminat Mi Kari 2-Minit Maggi®. Malah mereka juga terkejut apabila mengetahui betapa mudahnya untuk menyediakan Mi Kari 2-Minit Maggi® serta menikmati rasa asli kari pada hidangan yang memberi kepuasan, tanpa perlu berhempas-pulas menyediakannya. 


Beliau menambah, “Ia juga merupakan ganjaran tambahan kepada ahli keluarga yang menggemari mi dengan kari! Ibu saya masih menyediakan bermangkuk-mangkuk Mi Kari 2-Minit Maggi® kerana ia hidangan kesukaan kami seisi keluarga. Ia juga pilihan yang baik bagi ibu-ibu serta keluarga yang sibuk.”

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!