ULASAN: THE VOID - AVENGERS: DAMAGE CONTROL @ RW GENTING



Peminat-peminat Avengers oleh Marvel pastinya akan teruja dengan kehadiran pengalaman ​Teknologi Realiti Maya atau Virtual Reality (VR) yang diberi nama Avengers: Damage Control, di The Void, Resorts World Genting.

Menyusuli kejayaan Star Wars: Secrets Of The Empire, ILM bekerjasama sekali lagi dengan The Void untuk membawakan satu pengalaman VR bersama adiwira-adiwira Marvel Studios yang tiada tolok bandingannya. Team FemagOnline  berpeluang untuk mencuba pengalaman VR ini di majlis pelancarannya di Resorts World Genting baru-baru ini. Pengalaman VR ini telah mendapat sambutan hebat di Amerika Syarikat dan Kanada dan kini tiba di Malaysia.


Kisahnya bermula apabila puteri Wakanda, Shuri (lakonan Letitia Wright) mencipta sut prototaip tempur yang berprestasi tinggi dan mendapatkan pertolongan pasukan empat orang rekrut untuk mencuba sut tersebut. Sut ini menggabungkan teknologi Wakanda (Black Panther) dan Stark Industries (Ironman).

Dalam pada yang sama, seorang musuh ketat Avengers cuba untuk mencuri teknologi tersebut. Maka, bermulalah pertempuran hebat anda di samping adiwira-adiwira kesayangan anda untuk menewaskan musuh tersebut. Siapakah musuh tersebut? NO SPOILER. :)

Setiap sesi adalah untuk 4 orang. Sebelum masuk ke ruang VR, anda akan dibantu untuk memakai sut VR yang terdiri daripada pek galas dan juga helmet yang dilengkapi goggle VR.

Dalam taklimat, Shuri akan mengajar anda bagaimana untuk menggunakan "kuasa" sut tempur - untuk mengeluarkan tembakan kuasa (repulsor blast) dan juga mencipta perisai pelindung untuk mengelakkan serangan musuh. Setelah anda memakai sut, anda akan rasakan penampilan anda berubah seperti seorang adiwira Marvel.

Setiap pergerakan yang anda buat akan dimimik sepenuhnya di dalam dunia maya. Anda akan lupa seketika yang sebenaranya anda berada di dunia maya kerana efek yang dirasai adalah sangat menakjubkan dan realistik.

Selain daripada itu, anda juga akan merasakan efek fizikal seperti gegaran apabila terkena tembakan dan juga perubahan suhu seperti panas dan dingin termasuk tiupan angin.


Dalam alam maya Avengers, anda akan berpeluang untuk berinteraksi dengan adiwira Doctor Strange (Benedict Cumberbatch), Ant-Man (Paul Rudd), the Wasp (Evangeline Lilly), dan banyak lagi. Di sini, kami tidak akan mendedahkan spoiler nama-nama adiwira yang ada akan temui di dalam dunia maya ini kerana memang terdapat banyak kejutan! Anda harus mencubanya sendiri.

Apa yang kami boleh katakan - peminat-peminat tegar Avengers pasti akan mengalirkan air mata gembira kerana dapat menyelamatkan bumi dari ancaman musuh bersama adiwira-adiwira Avengers di samping mereka.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING