TAYANGAN PERDANA KANDUNGAN BAHARU DEEPAVALI DI ASTRO
Semua pelanggan Astro boleh menikmati tayangan perdana kandungan Tamil dan Hindi tempatan serta antarabangsa yang baharu sempena Deepavali ini. Bertemakan "Punnagaiyil Nambikai", tema tahun ini berinspirasikan harapan dan senyuman dalam meraikan kemenangan simbolik kebaikan dan cahaya mengatasi kejahatan dan kegelapan. Semua rakyat Malaysia juga dapat menikmati kandungan istimewa Deepavali di Astro Ulagam dan RAAGA.
Marc Lourdes, Naib Presiden, Saluran Perniagaan India, Astro, berkata, “Kami mengalami transfomasi kandungan tahun lalu untuk memperjuang dengan lebih kuat, kandungan dan bakat-bakat tempatan kami. Deepavali ini, kami meningkatkan kandungan Malaysia ke tahap baharu, dengan jumlah kandungan berkualiti paling tertinggi, termasuk kandungan istimewa Deepavali yang kami terbit. Pelanggan juga dapat strim pilihan menarik ini termasuk telefilem, program hiburan, siri-siri, program muzikal, dan web-drama pada bila-bila masa menerusi Astro GO atau On Demand. Melalui tawaran musim perayaan ini, kami juga berterima kasih kepada pelanggan atas sokongan mereka dan kami berharap dapat menjadi sebahagian daripada sambutan perayaan Deepavali mereka."
Tayangan kandungan tempatan di Astro Vaanavil HD (saluran 201) Deepavali ini termasuk:
- Deepavali Annal Parakkuthu, sebuah rancangan memasak untuk hidangan tradisional dan moden India yang enak bersama Chef Kanchana Devi, Chef Dr. Dinesh dan Chef Sheena, juga menampilkan bakat-bakat tempatan popular termasuk Datuk Aznil, Blake Yap, Denes Kumar, Vimala Perumal, Mugen Rao, pemain badminton negara Kisona Selvaduray, dan ramai lagi.
- Telemovie-telemovie seperti Makkale Chumma Okaarunge, sebuah telemovie komedi diarahkan oleh K. Kavi Nanthan yang dibintangi oleh Vinosha Ganasan dan Manjula Joseph; seram ajaib, Aadi yang diarahkan oleh Ravindas, dibintangi oleh Yuvaraj dan Pashini Sivakumar; dan seram psiko, Naran yang diarahkan oleh Karthik Shamalan, dibintangi oleh Karnan G Crack, Sasikumar Kandasamy, Pashini Sivakumar dan ramai lagi;
- Malarum Punnagai, pertunjukan muzik retro ‘unplugged’ menampilkan artis Malaysia termasuk Datin Seri Manimala, M. S. Breetoe, TMS Sivakanthan, Sharmila Sivaguru, Preetha Prasad dan Aanantha Rajaram yang mempamerkan alunan muzik dari tahun 50-an hingga 70-an oleh ikon-ikon muzik India, A. M. Rajah, P. Susheela, P. B. Sreenivas, P. Banumathi dan T. M. Soundararajan (TMS);
- Rancangan hiburan, MCO Deepavali Kondattam diarahkan oleh Kavi Nanthan menampilkan pelbagai permainan dan banyak lagi.
Pelanggan juga dapat menikmati kandungan tempatan istimewa Deepavali di Astro Vinmeen HD (saluran 231):
- Drama bersiri, Maniratnam Vanthaachu diarahkan oleh Karthik Shamalan yang dibintangi oleh Kuben Mahadevan, Swarna Naidu dan Ben G;
- Rancangan hiburan termasuk Vanga Pazhagalam yang diarahkan oleh Denes Kumar, menampilkan personaliti popular RAAGA dan artis-artis tempatan, Magendran Raman @Vikadakavi; "Punnaigai Poo" Geeta; Krithigah Nair; Hema Ji dan ramai lagi; Anbukku Naan Adimai yang diarahkan oleh Dev Rajah, dibintangi oleh Mugen Rao dan ahli keluarga; Deepavali Pokkisham, pencarian harta karun bertemakan Deepavali, menampilkan artis-artis tempatan popular termasuk Moon Nila, Kabil Ganesan, Yasmin Nadiah, Irfan Zaini, Vicran Elanggoven dan ramai lagi; dan, travelog makanan dalam Rasikka Rusikka Deepavali special.
- Peraduan Deepavali Angpao LIVE dihoskan oleh artis tempatan, Nathiya Jayabalan, di mana pelanggan berpeluang memenangi hadiah wang tunai sehingga RM6000 apabila mereka membuat panggilan dan menjawab soalan dengan betul.
Pelanggan Astro juga boleh menyaksikan filem seram Tamil tempatan yang mendebarkan dan berunsur misteri pembunuhan, Athigaari di Astro First (saluran 480) arahan Kabilan Plondran, yang dibintangi oleh pelakon berbakat tempatan termasuk Bala Ganapathi William, Nanthini Ganasen, Sri Kumaran Munusamy, Kuben Mahadevan dan ramai lagi.
Untuk rancangan Deepavali antarabangsa yang baharu, pelanggan boleh menikmati:
- Filem aksi, Danny yang dibintangi Varalaxmi Sarathkumar di Astro Thangathirai HD (saluran 241);
- Rancangan hiburan yang menampilkan artis-artis dari TV Zee Tamil, Kudumbangal Kondadum Kudubha Viruthukal; dan rancangan permainan yang menghiburkan, Singles vs Mingles di Zee Tamil HD (saluran 235);
- Rancangan komedi, Comedy Gurus vs Comedy Sishyas; rancangan hiburan yang menyeronokkan, Trending Maamiyar Traditional Marumagal; sambutan Bigg Boss Deepavali special bersama para peserta rancangan reality itu; dan rancangan bual bicara Sirappu Pattimandram di Star Vijay HD (saluran 232);
- Tayangan perdana dunia secara langsung di TV untuk filem komedi jenayah, Naanga Romba Busy, yang merupakan pembikinan semula filem Kanada 2020, 'Mayabazar 2016', di Sun TV HD (saluran 234);
- Sambutan tarian perayaan di Street Dancer 3D, dibintangi oleh Varun Dhawan, Shraddha Kapoor dan Prabhu Deva di BollyOne HD (saluran 251);
Sebagai tambahan, semua rakyat Malaysia boleh strim tayangan perdana siri web komedi yang mempunyai enam episod di Astro Ulagam, Kanna Laddu Thinna Aasaiya, dibintangi oleh Yuvaraj Krishnasamy, Shabby, Maran (RAAGA) dan Mala Amlu.
Untuk bahagian radio pula, rakyat Malaysia boleh strim konsert maya RAAGA, Raagavin Deepavali Kondattam 2020 di Facebook RAAGA, yang menampilkan artis-artis tempatan popular. Untuk menjadikan sambutan perayaan ini istimewa, RAAGA bekerjasama dengan BABA’s dalam 'RAAGA Matrum BABA'S 4 U Vazhanggum Yetho Yenggelaal Mudinthathu', yang akan menyerahkan paket-paket hadiah perayaan kepada 100 keluarga memerlukan, seperti yang dicalonkan di laman web RAAGA.
Untuk maklumat lanjut berkaitan tawaran Deepavali di Astro dan lebih lagi, layari www.astroulagam.com.my/Deepavali2020
Comments
Post a Comment