ALAMI "DAZZLING DEEPAVALI" DI PAVILION KUALA LUMPUR
Dari sekarang sehingga 15 November 2020, nikmatilah kemeriahan sambutan Deepavali di Pavilion Kuala Lumpur. Bertemakan ‘Dazzling Deepavali’, Pavilion KL bekerjasama dengan Maybank, rakan perbankan rasmi 2020 untuk membawakan pelbagai promosi untuk persiapan menyambut hari Deepavali bagi kalangan pengunjung yang beragama Hindu.
Saksikan keindahan hiasan lampu berbentuk merak di ruang legar utama dan juga kolam berwarna-warni yang terdapat di sekitar pusat membeli-belah ini. Dapatkan pelbagai barangan hiasan untuk Deepavali di Bazar India oleh Khazanah di Centre Court. Kepada yang suka berswafoto pula jangan lupa menggunakan tanda pagar #PKLDazzlingDeepavali di hantaran media sosial!
Kunjungilah kedai-kedai yang baru dibuka di Pavilion KL termasuk Kam’s Roast dari Hong Kong, kini di Aras 1; hidangan kontemporari Perancis dengan ramuan Malaysia oleh chef-patron James Won di bE - bouchon Enfin di Connection, Aras 3; pakar teh dari Taiwan CHICHA San Chen 吃茶三, Aras 6; restoran kegemaran ramai Sushi Zanmai di Tokyo Street, Aras 6 dan Nanyang Café, Aras 7. Dapatkan busana dan aksesori paling trendy di Kate Spade New York, Aras 2 dan Christian Dior Paris, Aras 3. Serlahkan personaliti anda dengan haruman baharu di Amouage, Aras 2.
Para pemegang kad Maybank berpeluang untuk menebus Kusyen Tampalan dengan pembelian RM300 di dalam satu resit di kedai-kedai terpilih. Mulai sekarang sehingga 15 November 2020, para pembeli boleh menebus Bekas Lilin atau Kotak Trinket dengan pembelian RM80 di dalam satu resit di Indian Bazaar.
Kepada semua yang lahir di bulan Oktober, November dan Disember, dapatkan baucer F&B RM20 sebagai hadiah Hari Jadi daripada Pavilion KL. Sila ke Porte Cochere atau kaunter Concierge Fashion Avenue, Aras 2, dan tunjukkan Kad Pengenalan Malaysia atau pasport untuk penebusan.
Untuk maklumat lanjut tentang ‘’Dazzling Deepavali”, sila layari pavilion-kl.com, dan ikuti perkembangan terbaharu di Facebook - Pavilion KL, Instagram - PavilionKualaLumpur atau hubungi kaunter Concierge Pavilion KL di talian 03 2118 8833.
Comments
Post a Comment