MRA BANTU 166 KELUARGA ORANG ASLI KETIKA PKPB


Pandemik COVID-19 yang melanda negara ini tidak menunjukkan tanda-tanda akan pulih dalam masa terdekat dan penularan virus ini telah menyebabkan Malaysia dilanda gelombang ketiga. Oleh itu, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diteruskan lagi di hampir semua negeri termasuk Selangor dan Kuala Lumpur. 

Sehubungan itu, Malaysian Relief Agency (MRA) telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan sebuah program bagi menyantuni komuniti Orang Asli di Kampung Sungai Lalang Baru, Semenyih dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Seramai 166 keluarga Orang Asli telah menerima pek makanan sumbangan MRA. Antara barang yang disumbangkan melalui pek makanan asas ialah makanan asas seperti beras, minyak, tepung gandum, gula, garam dan lain-lain. 


Sumbangan pek makanan asas ini adalah sebagai tanda prihatin pihak NGO seperti kami tidak pernah melupakan golongan yang terkesan sepanjang wabak ini termasuk Orang Asli. MRA telah menyalurkan bantuan peralatan perubatan dan edaran pek makanan di seluruh Malaysia bermula Mac lalu sehingga kini bernilai RM 12.0 juta kepada orang ramai, hasil sumbangan daripada orang awam dan syarikat korporat. Jutaan terima kasih dirakamkan kepada rakyat Malaysia dan syarikat yang menghulurkan bantuan. 

MRA juga telah mengagihkan sebanyak 3,425 pek makanan kepada rakyat yang terkesan di Sabah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sana. Sementara itu, bagi mereka yang ingin membuat sumbangan boleh berbuat demikian dengan menyalurkannya ke nombor akaun Maybank MRA iaitu 5640 9820 6365 (Malaysian Relief Agency) untuk menyokong usaha MRA dalam membantu komuniti yang terjejas akibat COVID-19 di Malaysia. 

Untuk maklumat lanjut mengenai program Malaysian Relief agency (MRA), sila hubungi 03- 9174 4672 atau layari laman web rasmi MRA www.mra.my dan ikuti perkembangan terkini MRA melalui Facebook, Instagram dan Youtube.

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

ASTRO ORIGINALS ‘PROJECT; EXIT’ MENGUPAS ISU KESIHATAN MENTAL & KONFLIK KELUARGA MENERUSI KISAH PERSAHABATAN YANG PENUH EMOSI

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

IQIYI SAJIKAN DRAMA BERSIRI ‘SATU HARI NANTI’ GANDINGAN BELLA ASTILLAH, EZAIDI AZIZ & EYKA FARHANA