KEKALKAN KESIHATAN TULANG BELAKANG DAN SENDI ANDA




Perubahan gaya hidup sedang berlaku ke atas ramai rakyat Malaysia tatkala mereka mula menyesuaikan diri dengan norma baharu untuk tinggal di rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (CMCO). Memandangkan semakin ramai rakyat Malaysia yang melalui peralihan untuk bekerja dari rumah demi memastikan keselamatan mereka, kepentingan untuk kekal aktif kini menjadi lebih nyata dan jelas. 

Kesedaran baru terhadap penjagaan kesihatan badan ini boleh dilihat dalam kalangan rakyat Malaysia yang giat mencari alternatif lain untuk kekal cergas di rumah dan pada masa yang sama turut memberi perhatian terhadap kesihatan mental mereka. Namun, kesedaran lebih lanjut terhadap keperluan menjaga badan kita masih diperlukan. 

Dr. Chang Kok Chun, Pakar Perunding Orthopedik & Pembedahan Trauma, Sunway Medical Centre Velocity


Dr. Chang Kok Chun, Pakar Perunding Orthopedik & Pembedahan Trauma, Sunway Medical Centre Velocity menasihatkan agar semua rakyat Malaysia sentiasa memberi tumpuan dan perhatian kepada simptom-simptom berlainan yang dialami yang mungkin berkait rapat dengan kesihatan tulang belakang dan sendi mereka. 

“Kehausan boleh berlaku di seluruh rangka tulang badan kita, jadi anda harus sedar mengenai kesakitan ini dan mencari amaran yang munkin diberikan daripada setiap satunya. . Dengarlah badan anda, dan pastikan mendapat rawatan yang diperlukan supaya anda boleh menangani punca masalah itu dengan segera,” beliau menjelaskan. 

Mengekalkan kesihatan tulang belakang anda 

Menurut Dr. Chang, penjagaan tulang belakang dengan rapi amatlah penting untuk memastikan pemfungsian fizikal yang sempurna bagi melakukan aktiviti kehidupan harian seperti bersenam dan rekreasi, membeli-belah atau melancong – namun, perkara ini seringkali diambil mudah oleh majoriti daripada kita. 

Untuk tulang belakang, simptom-simptom biasa termasuk sakit belakang, kekebasan atau kelemahan kaki. Sciatica adalah kesakitan yang bercabang dari bahagian bawah tulang belakang dan turun ke bawah kaki.. Satu punca yang agak biasa terhadap pesakit muda adalah disebabkan oleh cakera yang tergelincir atau degenerasi yang berlaku akibat daripada aktiviti angkatan beban berat kertika bertugas atau bekerja, angkatan dumbbell berat dengan cara yang salah, atau menduduk diposisi yang sama terlalu lama dengan pergerakkan yang minimal. Ini boleh dielakkan dengan bekerja dalam keadaan dan persekitaran yang lebih ergonomik, sentiasa membetulkan postur duduk Ketika bekerja dan mendapatkan khidmat seorang jurulatih di gimnasium yang boleh membantu anda bersenam pada tahap optimal tanpa mencederakan tulang belakang. 

Berkenaan dengan pesakit lebih tua, perhatian biasanya tertumpu pada pengekalan kekuatan tulang dan memulihkan fungsi fizikal mereka daripada sebarang gangguan degeneratif. Osteoporosis (ketumpatan tulang yang berkurangan) yang amat biasa terutama di kalangan wanita selepas menopaus, boleh menjadi lebih teruk dengan ketiadaan aktiviti fizikal, lebih-lebih lagi semasa CMCO. Untuk ini, Dr. Chang mengesyorkan agar kita menjalani saringan prosedur Ketumpatan Mineral Tulang (BMD) melalui imbasan DEXA (dual energy X-ray absorptiometry), yang boleh diulangi setiap 1-2 tahun. Pesakit dengan degenerasi tulang belakang (spondylosis) boleh mengalami spinal stenosis, yang merupakan penyempitan saluran tulang belakang yang akhirnya memberikan tekanan ke atas saraf yang bergerak melalui tulang belakang itu. 

“Walaupun sakit belakang mungkin kelihatan agak biasa, adalah penting untuk kita agar sentiasa memberi perhatian terhadap tanda-tanda bahaya dan mendapatkan rawatan dengan segera. Tanda-tanda ini boleh merangkumi sakit belakang yang tidak sembuh lebih daripada 6 minggu, kesakitan yang membuat anda terjaga dari tidur pada waktu malam, kelemahan atau kekebasan kaki, dan masalah dalam mengawal air kencing,” Dr. Chang menekankan. 

Melindungi sendi anda untuk kesejahteraan keseluruhan 

Sendi-sendi dalam badan juga harus dijaga untuk mengelakkan kecederaan terutamanya ketika melakukan aktiviti fizikal. Kecederaan biasa termasuk kecederaan ligamen dan meniscus lutut, hentakan bahu dan rotator cuff tendinitis. Ini biasanya disebabkan oleh gerakan putaran secara tiba-tiba atau trauma langsung, yang boleh dielakkan dengan mengamalkan regangan dan latihan memanaskan badan yang mencukupi sebelum memulakan aktiviti bersukan dan juga mendapatkan rehat yang mencukupi selepas sebarang kecederaan bagi memudahkan proses pemulihan berjalan dengan betul. 

Di kalangan orang-orang tua, degenerasi sendi tidak dapat dielakkan dan akan menyebabkan isu-isu seperti osteoartritis lutut. Artritis degeneratif berlaku pada semua orang sejalan dengan peningkatan usia, tetapi ia tidak semestinya menyakitkan. Demi mengelakkan kesakitan dan bengkak, adalah penting untuk sentiasa berhati-hati semasa melakukan aktiviti fizikal yang tidak biasa dilakukan. 

Kesakitan bahu disebabkan oleh kehausan rotator cuff adalah biasa dalam pesakit lebih tua. Kesakitan mungkin menyebabkan pesakit itu mengelak daripada menggerakkan bahu, dan akhirnya mengakibatkan bahu yang beku. Dr. Chang menerangkan betapa pentingnya pergerakan bahu dilakukan dengan betul dalam penyakit bahu untuk mengelakkan komplikasi ini. 

“Apabila anda mengelak gerakan sesetengah bahagian badan kerana takut akan kesakitan, ia boleh memburukkan lagi keadaan dan akhirnya membawa kepada kekakuan seperti bahu yang beku, yang akan mengambil masa yang lebih lama untuk rehabilitasi. Sebaliknya cuba lakukan latihan dan regangan yang lembut dan progresif selepas satu kecederaan atau pembedahan bahu. 

Sendi dan tulang belakang yang sihat, kesejahteraan minda 

Dr. Chang menjelaskan dengan lebih lanjut kepentingan mempunyai tulang belakang dan sendi yang sihat dan bagaimana ia berkorelasi terhadap peningkatan kualiti kehidupan secara keseluruhan. 

“Perlu ditegaskan bahawa menjaga tulang belakang dan sendi anda adalah satu keutamaan, memandangkan ia akan memberi kesan ke atas tugasan harian anda. Tindakan dan pergerakan yang mudah seperti duduk tegak, berjalan, mengangkat objek dan menggerakkan leher boleh menjadi amat menyakitkan apabila kesihatan satu bahagian atau bahagian yang lain terganggu. Sudah tiba masanya untuk kita memberikan perhatian yang lebih bagi penjagaan tulang belakang dan sendi kita supaya kita boleh bergerak dan hidup dengan lebih baik,” beliau berkata. 

Dr. Chang mengesyorkan agar pesakit yang mengalami kesakitan atau ketidakselesaan berpanjangan untuk segera melawat doktor supaya mereka boleh mengelak daripada menjalani rawatan pembetulan pada masa hadapan. Walaupun kesakitan tidak dapat dielakkan kerana kehausan yang disebabkan oleh gaya hidup seharian, kita masih boleh mengawal kesejahteraan gaya hidup dan mengekalkan kesihatan badan dengan cara yang terbaik untuk mendapatkan peningkatan kualiti kehidupan secara keseluruhan. 

Sunway Medical Centre Velocity terletak di Lingkaran SV, Sunway Velocity. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi +603 9772 9191 atau emel smcv-enquiry@sunway.com.my. Untuk maklumat lanjut mengenai Sunway Medical Centre Velocity, layari https://www.sunmedvelocity.com.my/ (Facebook: Sunway Medical Velocity).

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI