ALIBABA UMUM KETUA PEGAWAI HIBURAN #1 TAOBAO MALAYSIA
Selepas mengharungi aktiviti penstriman secara langsung yang menghibur selama tiga jam, Alibaba Group telah menamakan KOL Faye Wong yang telah ditingkat naik sebagai C.E.O. (Ketua Pegawai Hiburan) Taobao pertama di Malaysia.
Faye Wong, atau lebih mesra dikenali sebagai Faye Faye, ialah salah seorang daripada tiga KOL yang sedang mencipta nama dipilih daripada program latihan Alibaba LiveNOW KOL Livestreaming untuk menyertai dalam aktiviti ini, yang diadakan pada 11 November sempena dengan Festival Beli-belah Global 11.11.
Dianjurkan dengan kerjasama MODEN Academy, program latihan Alibaba LiveNOW KOL Livestreaming ialah sebuah program CSR yang menyasarkan untuk memupuk KOL berbakat dan membantu lebih ramai rakyat Malaysia, terutamanya golongan B40, mengecapi kejayaan e-Dagang menerusi penstriman secara langsung.
Faye dan dua lagi peserta yang telah disenarai pendek, Wong Yoke Mun (Nikki) dan Au Yong Pei Pei (Pei Pei), dipilih dari kalangan lebih 200 peserta di tiga negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Sarawak untuk bertanding di dalam KOL Battle. Mereka dipilih atas titik peluh yang dicurahkan oleh mereka dalam usaha mengasah kemahiran penstriman secara langsung, kecekalan mereka untuk kerap mengadakan sesi penstriman secara langsung serta kreativiti mereka dan persembahan yang menghiburkan.
Faye Wong |
Semasa cabaran berlangsung, setiap KOL diberi 45 minit untuk mempromosikan empat hingga lima produk dengan cara yang paling kreatif dan menghiburkan sementara orang awam membuang undi mereka. Akhirnya, persembahan Faye yang ceria, menarik dan bertenaga berjaya memikat hati para penonton, yang memberikannya lebih 12,000 undi dan melayakkannya bergelar sebagai C.E.O. Taobao.
Pengurus Negara Tmall World Malaysia, Jess Lew berkata, “Kami sentiasa menggunakan teknologi ke arah kebaikan dalam setiap perkara yang kami lakukan. Untuk itu, Alibaba Group telah menyediakan ekosistem hujung-ke-hujung yang digabungkan dengan acara utama seperti Festival Beli-belah Global 11.11 bagi membolehkan para peniaga di Malaysia membangunkan perniagaan e-Dagang yang menguntungkan. Begitu juga dengan program LiveNOW yang memanfaatkan teknologi dan trend penstriman secara langsung yang terkini untuk memperkasakan golongan muda dan komuniti B40 menerusi penstriman secara langsung agar mereka dapat menempa kejayaan dalam e-Dagang.”
“Sebagai salah satu medium teras dalam masa depan e-Dagang, penstriman secara langsung bukan sahaja memberikan pilihan kerjaya alternatif yang berdaya maju untuk individu. Ia juga menjadi alat jualan dan pemasaran yang sangat berkesan untuk jenama-jenama. Kajian pemasaran telah berkali-kali membuktikan bahawa pengguna lebih cenderung untuk menuruti orang yang mereka kenali. KOL yang sejati dapat menembusi lingkaran kepercayaan ini dan kerjasama dengan pemimpin pendapat yang berkenaan dapat membantu jenama membina pertalian dan kesaksamaan dengan para pengguna yang mana akhirnya mendorong peningkatan jualan,” tambah beliau.
Pengasas MODEN Akademi, Jerry Hang berkata, “Penstriman secara langsung e-Dagang kini muncul sebagai salah satu kemahiran yang paling dikehendaki di masa depan. Program latihan LiveNOW adalah salah satu daripada sejumlah kecil kursus penstriman secara langsung yang menawarkan KOL berbakat dengan pendekatan berstruktur untuk membina jenama peribadi dan kerjaya sebagai penstriman secara langsung e-Dagang yang berjaya. Menerusi kursus ini, kami telah melihat bagaimana para peserta mempelajari kemahiran baru dan membentuk keyakinan mereka.”
KOL dan C.E.O. Taobao yang baru dilantik, Faye Wong berkata, “Saya amat gembira kerana berjaya memenangi jawatan C.E.O. Taobao. Dan saya sangat bersyukur kerana berpeluang menyertai program Alibaba LiveNOW. Bekerja sebagai pemandu pelancong dan hos acara, kehidupan saya amat terkesan akibat penularan pandemik COVID-19. Oleh itu, saya memutuskan sudah tiba masanya untuk saya menggunakan kemahiran saya sebagai pengacara ke arah penstriman secara langsung, yang telah muncul sebagai salah satu pilihan kerjaya berdaya maju sejak kebelakangan ini.”
Program Latihan Alibaba LiveNOW KOL Livestreaming telah dilancarkan pada Ogos dan menjadi pelengkap kepada inisiatif eWTP Malaysia. Sesi latihan secara bersemuka telah diadakan di tiga negeri termasuk Selangor, Pulau Pinang dan Sarawak mulai 3 September hingga 4 Oktober 2020. KOL Livestreaming Battle yang diadakan semasa 11.11 merupakan kesinambungan program LiveNOW yang menyasarkan untuk memberi peluang kepada peserta yang telah disenarai pendek menguji kemahiran penstriman secara langsung mereka.
Comments
Post a Comment