SAKSIKAN SINARAN "LIGHT OF RANGOLI" DI DA MEN MALL


Da Men Mall menyambut kehadiran hari Deepavali dengan tema ‘Light of Rangoli’ yang menampilkan hiasan berwarna-warni dan bercahaya, promosi, ganjaran istimewa dan sebagainya.

Saksikan keindahan rangoli di Pintu Masuk Utama yang menampilkan kalungan bunga tradisional India dan lilin untuk melambangkan kemewahan dan tuah. Jangan lupa berswafoto bersama keluarga dan rakan-rakan menggunakan Da Men Mall’s ‘Light of Rangoli’ Instagram AR Filter dan tanda pagar #DaMenMall #DaMenDeepavali #LightofRangoli.



Deepavali ini, Da Men Mall mengalu-alukan pembukaan kedai-kedai baharu seperti DAISO, Aras Bawah. Bakal dibuka pada bulan Disembar nanti adalah Autism Café Project, sebuah platform bagi belia autistik untuk menyemai sifat kendiri dengan menjual makanan, kraftangan dan banyak lagi . 

Berbelanjalah sebanyak RM80 dalam satu resit untuk menebus hadiah ekslusif daripada Blue Eyes, A Taste of Malaysia, SHINS dan banyak lagi, termasuk baucar tambahan RM10 Food Arcade bagi 400 pembeli yang pertama. Teka nilai Hamper Gergasi Diwali Da Men di kaunter maklumat untuk peluang membawa pulang hamper tersebut.. 



Mulai sekarang sehingga 30 November 2020, pengunjung dengan pembelian terbanyak akan dipilih setiap minggu untuk memenangi hadiah daripada City Cycle, Poh Kong dan Cuckoo yang bernilai  RM4,500 dalam peraduan ‘Fortune Box Contest’ Da Men. 

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai peraduan media sosial – menyelesaikan permainan puzzle ‘Lamp of Victory’ di laman Facebook Da Men di mana 10 pemenang akan dipilih untuk memenangi hadiah daripada Blue Eyes yang bernilai RM50.

Untuk maklumat lanjut tentang “Light of Rangoli”, sila layari www.damen-mall.com, dan ikuti perkembangan terkini di Facebook – Da Men Mall, Instagram - DaMenMall atau hubungi kaunter Khidmat Pelanggandi talian 03 8021 0222.

Comments

Popular posts from this blog

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

FIRETALK 2024 BY NOURUL DEPP KEMBALI SUNTIK MOTIVASI, UBAH MENTALITI

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA