OPPO & TOURISM MALAYSIA LANCAR PERTANDINGAN ‘BE A RENOGRAPHER’



OPPO, jenama peranti pintar terkemuka dunia dan Tourism Malaysia telah bekerjasama dalam melancarkan Pertandingan Fotografi ‘Be A RENOgrapher’. Dengan hadiah bernilai sehingga RM 129,000 untuk dimenangi, Pertandingan Fotografi ‘Be RENOgrapher’ bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia menerokai kepelbagaian budaya dan keindahan Malaysia menerusi lensa kamera telefon pintar sekali gus memupuk minat fotografi dalam kalangan rakyat Malaysia.

Penyertaan adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 13 tahun dan ke atas melibatkan pengguna OPPO dan bukan OPPO, bermula dari 18 November 2020 hingga 20 Disember 2020. Bagi memberi ruang kepada para peserta dalam mencungkil bakat mereka, peraduan ini terbahagi kepada empat kategori yang berbeza: Clearly Your Best Night, Clearly Your Best Portrait, Clearly Your Best Creativity dan Clearly Your Best Landscape.

Clearly Your Best Night memberi tumpuan kepada perakaman pemandangan yang menawan dalam keadaan pencahayaan rendah, sementara Clearly Your Best Portrait memfokuskan kepada pengabadian semangat Malaysia dalam penggunaan mod potret. Di bawah kategori Clearly Your Best Creativity, peserta bebas menerokai kreativiti mereka dalam menghasilkan gambar di luar jangkaan, manakala Clearly Your Best Landscape memberi ruang kepada peserta untuk berkongsi keindahan Malaysia.

Bagi pengguna OPPO

Langkah 1: Pilih tema yang diminati (rujuk rajah dibawah). Semua peserta digalakkan untuk menyertai lebih daripada satu tema.

Langkah 2: Guna apa sahaja jenis telefon pintar OPPO dan pastikan anda aktifkan watermark OPPO untuk mengambil gambar.

Langkah 3: Muat naik ke Instagram dengan 3 hashtag

i. #BeRENOgrapher

ii. Hashtag nama modal telefon pintar OPPO anda (eg. #OPPOReno4Pro)

iii. Hashtag kategori tema yang disertai (dari langkah 1). Pastikan profil Instagram anda diset ke ‘Public’.

Langkah 4: Hantarkan URL Instagram anda ke https://forms.gle/GRtpamKFVdX3uQtU6 untuk mengesahkan penghantaran anda.


Bagi bukan pengguna OPPO

Langkah 1: Pilih tema yang diminati (rujuk rajah dibawah). Semua peserta digalakkan untuk menyertai lebih daripada satu tema.

Langkah 2: Ambil gambar dengan telefon pintar anda. Pastikan watermark ditutup.

Langkah 3: Muat naik ke Instagram dengan 2 hashtag:

i. #BeRENOgrapher

ii. Hashtag kategori tema yang disertai (dari langkah 1). Pastikan profil Instagram anda diset ke ‘Public’. 

Langkah 4: Hantarkan URL Instagram anda ke https://forms.gle/GRtpamKFVdX3uQtU6 untuk mengesahkan penghantaran anda.

 

Kategori

Hashtag Kategori

Clearly Your Best Night

#RenoNightMoment

Clearly Your Best Portrait

#RenoPortraitMoment

Clearly Your Best Creativity

#RenoCreativeMoment

Clearly Your Best Landscape

#RenoLandscapeMoment


Sepanjang tempoh peraduan, satu peserta dari setiap kumpulan dengan foto terbaik akan dipilih sebagai pemenang mingguan. Pada 23 Disember 2020, 15 pemenang saguhati, 10 pemenang hadiah cemerlang dan empat pemenang kategori dari Kumpulan OPPO serta 12 pemenang saguhati, lapan pemenang hadiah cemerlang dan empat pemenang kategori dari Kumpulan Bukan OPPO akan diumumkan di https://oppomy.com/BeRENOgrapher. 8 Pemenang Hadiah Utama akan diumumkan pada 2 Januari 2021. 

Para peserta juga boleh mengambil bahagian menerusi platform rakan kongsi, di mana pengguna OPPO berpeluang memenangi OPPO Reno4 Pro manakala bukan pengguna OPPO berpeluang memenangi OPPO Enco W31. 1 pemenang bagi setiap kategori akan dipilih dari setiap platform rakan kongsi, yang akan diumumkan di platform masing-masing. Rakan kongsi yang mengambil bahagian termasuk China Press, Berita Harian, Era FM, Astro Gempak, Kuala Lumpur Photography Festival (https://klpf.com.my/oppo/), Zing Gadget, Technave 中文版 dan Technave. Digi juga berkerjasama dengan OPPO sebagai platform rakan kongsi. Maklumat lanjut bagi hadiah dan perincian peraduan Digi boleh didapati di laman Facebook rasmi Digi.

Peserta diberi peluang untuk menghantar penyertaan sebanyak mungkin untuk berpeluang memenangi hadiah mingguan di samping memenangi hadiah-hadiah utama, di mana pemenang mingguan akan menikmati percutian bernilai RM500 di destinasi terpilih di seluruh Malaysia. Bagi Kumpulan Pengguna OPPO, pemenang akan ditawarkan penginapan dua hari satu malam untuk dua orang di Port Dickson, Kuching, atau Kota Kinabalu manakala pemenang dari Kumpulan Pengguna Bukan OPPO akan menerima penginapan dua hari 1 malam untuk dua orang di Port Dickson, Johor, atau Melaka.


Sepanjang tempoh peraduan, OPPO juga akan menganjurkan bengkel fotografi secara mingguan menerusi Facebook Live, yang akan dikendalikan oleh juri-juri peraduan ini. Bengkel fotografi ini akan membincangkan setiap kategori peraduan termasuk demonstrasi dan petua yang akan dikongsikan oleh para juri yang berpengalaman.

Peserta yang menghantar penyertaan mereka akan mendapatkan kod promo eksklusif untuk siri Reno terpilih. Sah dari 18 November 2020 hingga 13 Disember 2020, kod promo ini memberikan diskaun sebanyak RM100 untuk siri OPPO Reno4 dan RM50 untuk siri OPPO Reno3. Terhad untuk 100 penebusan pertama, diskaun ini adalah atas dasar layan dahulu.

Menerusi kolaborasi ini, Tourism Malaysia berharap penyertaan foto-foto destinasi dan tarikan di Malaysia yang diabadikan secara digital dapat mendorong dan menggalakkan rakyat Malaysia untuk melancong secara domestik dengan selamat di samping mematuhi prosedur operasi standard yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

“Dalam mengharungi pandemik ini, kami percaya pelancongan domestik boleh menjadi penyelamat bagi industri pelancongan negara. Buat pertama kalinya pada tahun 2019, Malaysia telah mencatatkan perbelanjaan pelancongan domestik yang lebih tinggi berbanding pelancongan inbound, sebanyak RM92.6 bilion atau 50.9% daripada penggunaan pelancongan internal. Tourism Malaysia berharap Malaysia dapat kembali sebagai destinasi pilihan yang selamat buat semua para pelancong,” kata Encik Zulkifly Md Said, Ketua Pengarah Tourism Malaysia.

“OPPO sentiasa berusaha dalam menghasilkan peranti yang dilengkapi dengan teknologi terkini demi kemudahan para pengguna, termasuklah kecanggihan kamera di telefon pintar kami. Melalui RENO, kami ingin memberi inspirasi, mendorong, dan menyerlahkan bakat terpendam para pengguna dalam bidang fotografi,” kata Ray Wong, Pengurus Produk OPPO Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini, sila layari https://oppomy.com/BeRENOgrapher.




Senarai Hadiah ‘Be A RENOgrapher Photography Contest’
 

Pemenang Hadiah Utama - Pengguna OPPO

Johan

RM6000 Tunai + Redang 3H2M untuk 2 (RM3000)

Naib Johan Pertama

RM4000 Tunai + Tioman 3H2M untuk 2 (RM1500)

Naib Johan Kedua

RM2000 Tunai + Langkawi 2H1M (RM1000)

Hadiah Utama Pelancongan

Redang 3H2M Untuk 2 (RM3000)

 

Pemenang Hadiah Utama - Bukan Pengguna OPPO

Johan

RM2500 Tunai + Perhentian 3H2M untuk 2 (RM1,500)

Naib Johan Pertama

RM1500 Tunai + Penang 2H1M untuk 2 (RM800)

Naib Johan Kedua

RM800 Tunai + Pangkor 2D1N untuk 2 (RM500)

Hadiah Utama Pelancongan

Perhentian 3H2M untuk 2 (RM1,500)

 

Pemenang Kategori - Pengguna OPPO

Clearly Your Best Night

OPPO Reno4 Pro +

KidZania untuk 1 dewasa 1 kanak-kanak (worth RM150)

Clearly Your Best Portrait

OPPO Reno4 Pro +

KidZania untuk 1 dewasa 1 kanak-kanak (worth RM150)

Clearly Your Best Creativity

OPPO Reno4 Pro +

KidZania untuk 1 dewasa 1 kanak-kanak (worth RM150)

Clearly Your Best Landscape

OPPO Reno4 Pro +

KidZania untuk 1 dewasa 1 kanak-kanak (worth RM150)

Excellent Reward

(10 winners from 4 categories)

OPPO ENCO W31 +

Zoo Negara untuk 2 dewasa (bernilai RM100)

Consolation Prize

(15 winners from 4 categories)

OPPO ENCO W11 +

KL Tower untuk 2 dewasa (worth RM70)

 

Pemenang Kategori - Pengguna Bukan OPPO

Clearly Your Best Night

OPPO Reno4

Clearly Your Best Portrait

OPPO Reno4

Clearly Your Best Creativity

OPPO Reno4

Clearly Your Best Landscape

OPPO Reno4

Excellent Reward

(8 winners from 4 categories)

OPPO ENCO W31

Consolation Prize

(12 winners from 4 categories)

OPPO ENCO W11

 

Pemenang Mingguan (1 pemenang setiap minggu)

Kategori Pengguna OPPO

2H1M untuk 2 ke Melaka atau Kuching atau

Kota Kinabalu (worth RM500)

Kategori Pengguna Bukan OPPO

2H1M for 2 ke Port Dickson atau Johor atau Kota Kinabalu (worth RM500)

 

Comments

Popular posts from this blog

STUDY MELBOURNE HUB KUALA LUMPUR KEMBALI BEROPERASI DI LOKASI BERWAJAH BAHARU, MENGUKUHKAN HUBUNGAN DUA HALA ANTARA MALAYSIA DAN VICTORIA