NESPRESSO LANCAR RANGKAIAN KOPI EDISI TERHAD VARIATIONS ITALIA



Musim cuti ini, Nespresso membuka pintu Casa Nespresso dan menyambut penggemar kopi dengan koleksi cenderahati menarik untuk musim percutian. Musim yang didedikasi untuk sifat pemurah dan penuh nikmat, Nespresso percaya tiada masa yang lebih baik untuk berkumpul bersama dan menghadiahkan insan tersayang cenderahati dari Nespresso. Sama ada anda menulis senarai keinginan diri sendiri atau mahu memberi kejutan buat insan terdekat dan tersayang, Casa Nespresso pasti boleh mencetuskan inspirasi pemilihan hadiah istimewa pada musim perayaan kali ini. 

Untuk meraikannya, Nespresso melancarkan rangkaian kopi Variations Italia Edisi Terhad. Diinspirasikan oleh tradisi Itali, Variations Italia Nespresso merupakan penghormatan kepada sifat hospitaliti Itali, meraikan saat-saat indah yang menyentuh hati anda bersama insan tersayang pada musim cuti ini. Rangkaian kopi tahun ini dipengaruhi oleh citarasa hidangan manis tradisional Itali, termasuk kek kacang hazel dan amaretti. Dengan dua kopi berperisa, satu kopi tanpa perisa dan rangkaian aksesori, tawaran kopi perayaan Nespresso sesuai untuk semua golongan pada musim perayaan ini. 


Hangatkan pengalaman mengopi anda dengan rangkaian kopi Variations Italia Nespresso 

Perisa Variations Italia Amaretti 

Amaretti adalah biskut tradisional Itali yang diadun daripada badam kisar, putih telur dan gula, memberikan ia rasa pahit manis yang ketara. Dengan kopi berperisa ini, penggemar kopi boleh menikmati kehadiran nota rasa badam dan vanila yang dilapisi dengan karakter bijian Arabika Amerika Selatan yang memberikannya nota buahan yang penuh nikmat. 

Perisa Variations Italia Torta di Nocciole 

Kopi perisa Variations Italia Torta di Nocciole mengisi rasa bijian Arabika Amerika Selatan yang berpanjangan dengan nota rasa kacang hazel panggang dan vanila. Seperti kopi dan kek, espresso ini menjadi minuman yang menghangatkan dan meningkatkan kemesraan suasana masa bersama. 

Il Caffè 

Il Caffè membawa anda terus ke nadi pengalaman espresso klasik Itali. Robusta Basuhan Vietnam dan Indonesia yang diserikan dengan sedikit Arabika Colombia menyerlahkan kombinasi padu rasa lembut, halus dan aroma bijian kopi panggang yang enak. 

Jadikan saat-saat indah Nespresso kekal berpanjangan dengan aksesori terbaru Nespresso 

Bersama-sama kopi yang memikat ini, Nespresso juga telah melancarkan rangkaian aksesori kopi dan peralatan rumah, yang menyerlahkan lagi saat-saat kopi yang istimewa di rumah anda dan menjadikan ia hadiah paling menggembirakan pada musim percutian ini. 

Menghitung Detik Perayaan Kopi 

Berikan penghargaan masa dengan kalendar advent Variations Italia Nespresso 2020. Hitungan ke detik perayaan kopi ini membolehkan peminat Nespresso untuk menikmati kopi Nespresso setiap hari dari 1 hingga 23 Disember dan hadiah pada 24 Disember. Kalendar Advent Perayaan Nespresso pastinya akan membawa keterujaan kepada setiap keluarga menjelang hari yang dinantikan ini. 

Bersantai selesa dengan Koleksi Lume Nespresso 

Hasil kreatif pereka Milan Federica Biasi, Koleksi Lume baru ini adalah sentuhan segar pada set cawan kopi porselin putih tradisional. Bentuknya yang asli dan segar bertujuan memberi rasa keselesaan dan kehangatan, mewujudkan saat menikmati kopi yang sebenar. 

Lume adalah perkataan dalam bahasa Itali yang bermakna cahaya, dan itulah yang ingin digambarkan oleh Federica Biasi melalui koleksi ini. Reka bentuk yang halus dan kemasan putih matte menghasilkan sentuhan kemewahan, menjadikan ia hadiah yang sempurna untuk penggemar kopi. 

Koleksi kekal ini didatangkan dalam dua saiz, Gran Lungo (270ml) dan Cappuccino (180ml). 

Bagi yang mencari penyelesaian penyimpanan yang rapi untuk kapsul Nespresso mereka, Federica Biasai juga telah mereka dispenser kapsul Lume Mia sebagai gandingannya. Reka bentuk yang telus menghasilkan kilauan bercahaya pada kapsul anda dan berpadan dengan sebarang ruang kaunter dapur. 

Hadiah untuk anda, hadiah untuk saya 

Nespresso juga menawarkan cenderahati mewah edisi terhad yang hanya boleh dimiliki oleh penggemar kopi dengan pembelian terpilih. Jadi, jika anda mahu memberikannya kepada seseorang, anda juga boleh menghadiahkan diri sendiri dan bawa pulang cenderahati menarik dari Casa Nespresso. 

Percutian dalam perjalanan dengan Touch dan Nomad Travel Mug Edisi Terhad Nespresso 

Bagi penggemar kopi yang sentiasa bergerak, Touch Travel Mug Edisi Terhad Nespresso adalah peneman terbaik untuk sebarang perjalanan, sama ada kala mengejar kereta api terakhir atau perjalanan jauh untuk bertemu keluarga pada musim cuti. Mug kembara dengan ukiran laser yang bergaya ini akan mengekalkan kehangatan kopi Nespresso anda dan ciri penebat bergandanya pula bermakna tangan anda akan tetap dingin. Selain itu, penggemar kopi boleh menikmati kopi mereka di mana sahaja dan pada bila-bila masa dengan Nomad Travel Mug Nespresso — yang menjadi peneman terbaik kala anda mengelilingi bandar dengan kemudahan butang tekan-untuk-buka yang mudah. 

Mesin kopi edisi terhad, hadiah paling sesuai untuk insan kesayangan anda pada musim perayaan ini 

Jika anda ingin memperkenalkan dunia Nespresso kepada rakan-rakan dan ahli keluarga yang turut menggemari kopi, apa kata pada musim cuti kali ini anda hadiahkan mereka mesin Nespresso yang cantik, menyerlah, namun bersifat minimalis. Essenza Mini Matte Black Edisi Terhad, iaitu salah satu reka bentuk mesin Nespresso yang klasik, dengan lapisan luar berwarna hitam matte yang anggun, pasti menjadi hadiah paling sesuai untuk pencinta kopi Espresso atau Lungo. 

Sediakan kejutan terbaik untuk insan tersayang pada musim perayaan ini 


Rangkaian Variations Italia Nespresso berharga RM27 setiap sarung, manakala Essenza Mini Matte Black Edisi Terhad pula berharga RM599. Untuk menjadikan musim perayaan lebih istimewa, Nespresso Malaysia menawarkan hadiah untuk Ahli Kelab Nespresso, yang boleh didapati bermula 1 Disember 2020 hingga 10 Januari 2021: 
  • Kalendar Advent Perayaan Nespresso + Kredit Kelab Nespresso sebanyak RM20, berharga RM199 
  • Touch Travel Mug Edisi Terhad Nespresso + pek 10-sarung Festive Intense Selection + Kredit Kelab Nespresso sebanyak RM30, berharga RM279 
  • Nomad Travel Mug Nespresso + pek 10-sarung Festive Intense Selection + Kredit Kelab Nespresso sebanyak RM30, berharga RM299 
Rangkaian kopi, mesin dan pelbagai aksesori baru boleh didapati di Butik Nespresso di The Gardens Mall dan Pusat Beli-Belah One Utama, serta secara dalam talian dan melalui aplikasi mudah alih Nespresso mulai 16 November 2020. 

Terokai Casa Nespresso untuk melihat rangkaian produk perayaan sepenuhnya termasuk mesin, resipi kopi dan aksesori, dan bawa ilham cenderamata anda ke tahap seterusnya di www.nespresso.com, atau hubungi perkhidmatan pelanggan kami di 1800-80-7001 untuk perkhidmatan penghantaran. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Nespresso Malaysia, sila kunjungi halaman Instagram rasmi kami (@nespresso.my) atau halaman Facebook (Nespresso.MY) untuk menerima makluman terkini tawaran terbaru kami. 

Comments

Popular posts from this blog

STUDY MELBOURNE HUB KUALA LUMPUR KEMBALI BEROPERASI DI LOKASI BERWAJAH BAHARU, MENGUKUHKAN HUBUNGAN DUA HALA ANTARA MALAYSIA DAN VICTORIA

DI PERSEMBUNYIAN - ALBUM PERDANA DUO FOLK POP SATWO MEMBAWA ‘ROLLERCOASTER’ MUZIK DAN EMOSI