MAEL TOTEY THE MOVIE RAIH KUTIPAN TERTINGGI ASTRO FIRST

 

Seorang pengarah baru yang berasal dari kampung dan mempunyai cita-cita besar telah berjaya membuktikan kemampuannya menerusi filem pertama arahan beliau, Mael Totey The Movie (MTTM) dengan mendahului kutipan nombor 1 Astro First, sekaligus memecah rekod RM6.4 juta dalam tempoh 24 hari. 

Terdahulu, kutipan tertinggi di Astro First secara keseluruhan didominasi oleh filem Polis Evo pada tahun 2015 dan diikuti filem Hantu Kak Limah (2018). Usaha pengarah muda, Syahmi Sazli ini juga turut menjadi perhatian apabila kos pembikinan MTTM yang menelan RM400 ribu menggunakan kos sepenuhnya oleh beliau sendiri. Sambutan MTTM masih memberangsangkan meskipun telah memasuki minggu ke-empat tayangan di platform Di Pawagam Rumah Anda, Astro First. 

Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Kejayaan ini adalah satu sejarah dalam industri perfileman apabila sebuah filem yang dihasilkan oleh seorang pengarah baru yang sebelumnya hanya aktif dengan konten digital, tetapi kini kutipan filem pertamanya, MTTM telah berjaya menandingi filem-filem pecah panggung di Astro First. Pihak Astro Shaw akan terus berusaha menerusi rangka promosi yang kreatif untuk membawa filem ini ke tahap yang lebih jauh, di samping menarik lagi minat orang ramai di luar sana untuk menontonnya. Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penonton MTTM kerana anda telah memberi kepercayaan dan sinar buat penerbit tempatan untuk terus berkarya. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan media yang banyak memberi sokongan dalam menghebahkan tentang filem ini kepada penonton di Malaysia.” 


Filem ini dibintangi selebriti Youtube Syahmi Sazli, Yoe Parey, Asif Suhaimi, Emaleen Minhad, Aween Ismail serta pelakon tanah air seperti Hushairi Hussain, Daler Yusof, Aznah Hamid, Kamarool Yusoff dan ramai lagi. 

MTTM mengisahkan seorang pemuda lurus bendul, Mael yang berusaha pelajari Bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamannya, Yaya. Tetapi Mael bertemu cinta sejatinya bersama cikgu Bahasa Inggeris yang mengajarnya. Konflik antara Mael, cikgu dan Yaya diselesaikan oleh empat budak istimewa, Asif, Yoe, Yatin dan Bedul. 


Jangan lepaskan peluang untuk saksikan filem nombor 1 di Astro First, Mael Totey The Movie yang kini berada di pawagam rumah anda, Astro First, untuk melanggan sila ke saluran 480. Anda juga boleh strim MAEL TOTEY THE MOVIE di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.

Comments