KENTANG A.S. PILIHAN PENCATAT REKOD DUNIA GUINNESS BAHARU

 


Soh Wai Ching – juara larian menara Malaysia (No. 2 Dunia dan No. 1 Asia) telah melakar satu lagi kejayaan. Soh berjaya mencatatkan Rekod Dunia Guinness (GWR) baharu sambil merangkul gelaran “Juara Memanjat Tangga Menegak Terhebat dalam Satu Jam (Lelaki)” [Greatest Vertical Height Stair Climbing in One Hour (Male)], menewaskan pemegang rekod terdahulu Encik David Robles Tapia dari Sepanyol. 

Percubaan mencatat rekod GWR baharu telah diadakan di Hotel Four Seasons, Kuala Lumpur. Soh memecahkan rekod dengan menaiki tangga bangunan hotel dari Tingkat Bawah ke Tingkat 66 tiga kali, ditambah satu dakian penuh dari Tingkat Bawah ke Tingkat 65 dicampur satu tingkat dengan jumlah ketinggian 1,295.95m. Jarak yang dicatatkan ialah 1,295.95m, bersamaan 399 tingkat. Rekod terdahulu yang dipegang oleh David Robles Tapia (Sepanyol) adalah pada jarak 1.227km, yang bersamaan dengan kira-kira 378 tingkat (3.25m setingkat – ketinggian standard setiap tingkat). 


Kentang A.S. memainkan peranan penting dalam usaha beliau untuk mencatatkan rekod baharu ini. Kentang terbukti merupakan makanan yang berkhasiat untuk diet / pemakanan yang menyokong aktiviti berprestasi tinggi, dan kejayaan Soh telah dipacu oleh bekalan pelbagai makanan dan minuman daripada kentang A.S. seperti Minuman Enduro U.S. Potato, Balutan Kentang A.S., Rosti Protein Kentang A.S. dan dan Kentang Baji A.S Cajun Panggang. Ini adalah kali ketiga kentang A.S. digunakan dalam diet pemakanan untuk memacu pencapaian Soh selepas dua larian sebelum ini, iaitu larian Menara KL dan Menara TM pada tahun lepas. 

“Sebelum membuat percubaan memecahkan Rekod Dunia Guinness, saya makan pelbagai jenis sajian yang diperbuat daripada kentang A.S. Semasa sesi latihan berlari memanjat tangga Hotel Four Seasons, saya selalu minum Minuman Enduro Kentang A.S. pada waktu makan tengah hari. Dalam percubaan memecah GWR, saya meneguk minuman kentang A.S. sewaktu turun dari Tingkat 65 ke Tingkat Bawah sebelum meneruskan dakian seterusnya kerana minuman tersebut memberikan tenaga untuk meningkatkan prestasi,” jelas Soh. 

Pemegang rekod baharu ini berkata, “Matlamat utama saya dalam percubaan memecahkan GWR adalah untuk menjadi inspirasi kepada ahli-ahli sukan seperjuangan lain, dan juga belia Malaysia mencapai kecemerlangan, menyerlahkan kreativiti, mengejar impian dan menjadikannya satu kenyataan. Saya memendam impian untuk mengharumkan nama negara dan meletakkan Malaysia di persada antarabangsa.” 



Hasil penyelidikan yang dijalankan baru-baru ini mendapati bahawa kentang ialah makanan semula jadi yang sihat, berkhasiat dan memberi tenaga. Kentang kaya dengan nutrien yang mudah dihadamkan, melebihi kebanyakan sayuran lain yang menjadi kegemaran ramai. Sebiji kentang saiz sederhana (148 gm) dengan kulitnya membekalkan 110 kalori tenaga. Kentang sememangnya pilihan yang baik untuk memenuhi keperluan ahli sukan dalam pelbagai acara sukan. 

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM