PARODONTAX LANCAR KEMPEN KESEDARAN PENYAKIT GUSI



Penyakit periodontal, atau penyakit gusi, biasanya disebabkan oleh bakteria plak yang membina di sepanjang garisan gusi (gigi berdekatan dengan gusi), menjejaskan 14.4 juta atau 94% rakyat Malaysia. Sekiranya tidak dirawat, ia mungkin berkembang menjadi penyakit gusi yang lebih serius, dipanggil periodontitis, yang tidak dapat dipulihkan dan boleh menyebabkan kehilangan gigi. 

Kadar kelaziman penyakit gusi di Malaysia adalah tinggi; National Oral Health Survey of Adults (NOHSA) 2010 mendedahkan lebih daripada satu perempat daripada responden (29.3%) telah mengalami sekurang-kurangnya satu atau lebih gejala penyakit berkaitan dengan kualiti kesihatan mulut dan perkadarannya meningkat seiring dengan usia. 

Walaupun kebanyakan boleh dicegah, penyakit gusi tetap menjadi masalah kesihatan awam. Menurut kajian global GSK, ramai orang mengalami masalah dan pendarahan gusi, dan tidak merawatnya kerana mereka tidak mempunyai maklumat yang cukup untuk membimbing mereka mengambil tindakan atau mendidik mereka tentang cara mengesan tanda-tanda awal dan gejala penyakit gusi. 

‘The Time Is Now’ 

Menyedari keperluan untuk meningkatkan kemahiran literasi kesihatan oral di kalangan rakyat Malaysia, parodontax, ubat gigi perlindungan gusi oleh GlaxoSmithKline (GSK) Consumer Healthcare, melancarkan kempen 'The Time Is Now' hari ini, untuk mendidik dan menggalakkan masyarakat di seluruh negara untuk melawan perkembangan penyakit gusi daripada terus merebak. 

Disokong oleh Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (MDA), ubat gigi penjagaan gusi harian ini direka khas untuk mereka yang terdedah kepada masalah gusi kerana ia terbukti secara klinikal untuk membantu melawan dan mencegah pendarahan gusi serta membantu pembuangan plak. 

"Gusi yang sihat merupakan kunci untuk mengekalkan mulut yang sihat, kerana gusi berfungsi sebagai asas untuk gigi. Oleh itu, ia adalah penting untuk mengetahui tanda-tanda penyakit gusi supaya seseorang dapat bertindak sebelum masalah gusi menjadi lebih teruk. Pada peringkat awal, penyakit gusi dilihat tidak memudaratkan; oleh itu, kebanyakan pesakit tidak kira usia, mengabaikannya dan tidak mendapatkan rawatan awal,” kata Bryan Wong, Pengurus Besar GSK Consumer Healthcare Malaysia. 

"Sebagai pemimpin dalam bidang perlindungan kesihatan gusi, parodontax, melalui kempen 'The Time Is Now', bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan mendidik rakyat Malaysia tentang keperluan untuk mencegah penyakit gusi dan mengatasinya dengan lebih berkesan," tambah Bryan. 

Dalam mengamalkan pendekatan holistik untuk memberi inspirasi kepada orang ramai untuk bertindak, kempen 'The Time Is Now' akan meliputi pelbagai penglibatan aktiviti untuk pengguna dan peruncit, digital, serta laman media sosial sejak Julai 2020 – mengajak para pesakit untuk melawan dan bertindak penyakit gusi. Kempen 'Time Is Now' akan diperluaskan lagi kepada semua rakyat Malaysia melalui laman web parodontax, platform digital parodontax dan Watsons (Facebook & Instagram), dan kedai Watsons terpilih untuk menyokong dan meningkatkan akses rakyat Malaysia ke pengetahuan kesihatan yang akan membantu meningkatkan kualiti kehidupan keseluruhan penduduk. 

Jangan Abaikan Tanda Amaran Penyakit gusi biasanya disebabkan oleh bakteria plak membina di sepanjang garisan gusi. Ia bermula sebagai 'gingivitis', radang gusi di sekitar gigi - sering dicirikan oleh kelembutan dan kemerahannya. Pengguna yang menderita penyakit gusi mungkin mengalami gejala awal seperti gusi berdarah semasa memberus atau flos gigi. Tetapi, ramai yang mengabaikan simptom dan menganggap sebagai tanda memberus gigi dengan kuat. Sekiranya tidak dirawat, penyakit gusi boleh menyebabkan nafas berbau, susut gusi dan akhirnya, kehilangan gigi. 

"Sama ada anda melihat darah setiap hari atau kadang-kadang di dalam sinki apabila memberus gigi, jangan sesekali mengabaikan gusi berdarah. Kebanyakan pengguna tidak menyedari gusi berdarah merupakan tanda masalah kesihatan mulut yang serius - ia adalah tanda amaran bahawa gusi mereka memerlukan rawatan," kata Rachel Gan, Ketua Jualan GSK Consumer Healthcare Malaysia, Singapore & Brunei.


Ubat gigi parodontax mengandungi 67% natrium bikarbonat. Tindakan natrium bikarbonat membantu memecahkan bakteria plak yang boleh menyebabkan gusi sehingga berdarah. Di samping itu, ubat gigi parodontax sesuai untuk kegunaan harian kerana ia mengandungi fluorida untuk membantu menguatkan gigi dan juga menyegarkan nafas. Orang ramai boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai kaedah pencegahan dan penjagaan penyakit gusi dari halaman rasmi parodontax: Facebook @parodontaxMY, Instagram @parodontaxmys, laman web (www.parodontax.com.my) dan sertai perbualan di media sosial dengan #TheTimeIsNow. 

Ubat gigi parodontax kini boleh dibeli di semua rangkaian farmasi utama, farmasi bebas dan pasar raya.

Comments

Popular posts from this blog

STUDY MELBOURNE HUB KUALA LUMPUR KEMBALI BEROPERASI DI LOKASI BERWAJAH BAHARU, MENGUKUHKAN HUBUNGAN DUA HALA ANTARA MALAYSIA DAN VICTORIA

DI PERSEMBUNYIAN - ALBUM PERDANA DUO FOLK POP SATWO MEMBAWA ‘ROLLERCOASTER’ MUZIK DAN EMOSI