TINJAUAN OXWHITE DAPATI 3 DALAM 10 PELANGGAN KURANG AKTIF

 

Tinjauan Kecergasan Oxwhite 2020 mendapati bahawa 3 dari 10 pelanggan pakaian aktif mengamalkan gaya hidup sedentari dan hanya bersenam kurang dari sekali seminggu.


Dari kumpulan ini, 41.5% berumur 31- 40 tahun, diikuti oleh mereka yang berumur 26-30 tahun sebanyak 25%, dan 25 tahun ke bawah sebanyak 14%. 



Tinjauan ini dijalankan di kalangan komuniti Facebook Oxwhite yang mempunyai lebih 23,000 pelanggan aktif. 1 dari 4 pelanggan menyatakan bahawa mereka gemar membeli pakaian aktif. Tinjauan ini diadakan untuk mendapatkan maklum balas pengguna bagi pelancaran Oxwhite X Performance hari ini. Rangkaian pakaian aktif Oxwhite X Performance terdiri dari kemeja T senaman, seluar pendek, dan bra sukan yang dilengkapi dengan ciri penyerapan lembapan dan peluh serta penyejukan tubuh. 


Pengasas Oxwhite, CK Chang berkata, “Hasil tinjauan ini bukanlah satu kejutan memandangkan beberapa kajian tingkah laku pengguna sebelum ini menunjukkan bahawa pengguna membeli pakaian aktif kerana ianya selesa dan menarik, terutamanya dengan ciri penyerapan lembapan dan peluh. Fenomena ini dikenali sebagai “athleisure” atau “atlet santai”. Bagaimanapun, sebagai sebuah jenama gaya hidup mampu milik yang bertujuan untuk membolehkan rakyat Malaysia merasa dan kelihatan bagus, kami juga ingin membantu semua orang untuk kekal aktif dan sihat. Maka, kami melihat dengan lebih mendalam sebab-sebab mereka menjadi sedentari”. 



Menurut hasil tinjauan, 90% dari mereka yang kurang aktif menyatakan bahawa mereka kurang bersenam kerana kekurangan pengetahuan tentang cara bersenam dengan selamat. 


Manakala 40% dari peminat pakaian aktif mengatakan bahawa mereka aktif bersenam sebanyak 2-3 kali seminggu. 

Bagaimanapun, kumpulan ini turut menyatakan bahawa mereka tidak pasti sama ada mereka menggunakan teknik yang betul untuk mengelakkan kecederaan semasa bersenam. 



“Sebagai sebuah jenama gaya hidup yang menampilkan pakaian aktif, kami percaya seseorang itu akan mencapai potensi sebenar mereka bila mereka dalam keadaan terbaik. Sebanyak 36% responden mengatakan mereka lebih gemar bersenam di rumah manakala 33% lebih gemar ke gimnasium. Jumlah mereka yang bersenam di rumah tanpa pemerhatian pasti meningkat selaras dengan norma baharu. Tanpa pengetahuan untuk bersenam dengan selamat merupakan situasi yang kurang ideal kerana ini akan menyebabkan mereka berhenti bersenam jika mereka tercedera,” tambah Chang lagi. Beliau turut menyatakan bahawa Oxwhite telah berkolaborasi dengan Anytime Fitness Eco Sky untuk menghasilkan video senaman selama 10 minit yang boleh diikuti oleh rakyat Malaysia dengan bersenam selamat. 

Video tersebut boleh ditonton di laman web Oxwhite X Performance https://oxwhite.com/collections/x-performance-collection/products/cooldry-womens-training-tee

Mengenai aspek keselamatan semasa bersenam di rumah, pelatih peribadi Anytime Fitness Eco Sky, Kenneth Tong berkata teknik bersenam yang lemah boleh mendedahkan seseorang kepada kecederaan. 

“Sesetengah pergerakan boleh mendedahkan sesetengah orang kepada bahaya jika tidak dilakukan dengan betul. Maka, kami mengambil kira hasil tinjauan yang dilakukan dalam merangka rutin senaman ini, dan mengelakkan rutin-rutin seperti “butterfly crunches”, “deadlifts” dan latihan angkat berat,” ujar beliau. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.oxwhite.com

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING