HABISKAN "MARATON PENUH" DALAM KESELESAAN RUMAH ANDA!

Anda teringin nak berlari, namun, bukankah penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermaksud anda hanya boleh duduk di rumah buat masa ini? Takut untuk meninggalkan rumah kerana bimbang dijangkiti COVID-19? Janganlah bimbang kerana selepas membaca artikel ini, anda masih boleh menghabiskan satu "maraton penuh" (42km) dalam keselesaan rumah anda! 

Satu maraton yang standard memerlukan purata 59,150 langkah. Anda mungkin tertanya-tanya, “bagaimana untuk mencapai begitu banyak langkah hanya di rumah sahaja?”. Baiklah, berikut adalah beberapa aktiviti yang boleh anda lakukan semasa berada di rumah untuk mencapai sasaran ini:

Bersenam sambil menonton TV. 


Salah satu hobi digemari rakyat Malaysia sememangnya ialah menonton TV, baik duduk berjam-jam di depan TV atau menikmati satu drama bersiri yang baru di Netflix. Justeru, kenapa tidak memadankan hobi ini dengan sesuatu aktiviti yang sihat? Hanya dengan berjalan atau melakukan “jumping jacks” (lompat bintang) sahaja sambil menonton TV, anda mampu mencapai 5000 langkah selepas menonton 1 episod! 


Berjalan-jalan di sekitar rumah sebelum dan selepas makan. 


Satu lagi aktiviti yang digemari rakyat Malaysia, tidak lain tidak bukan ialah MAKAN. Berjalan-jalan di sekitar dapur sebelum anda membuka peti sejuk anda, akan menjadikan anda lebih lapar dan meningkatkan selera anda. Selepas makan, ulangi aktiviti ini di dapur anda sekali lagi. Ia bukan sahaja dapat membantu dalam pencernaan anda tetapi juga mengumpul sehingga 300 langkah setiap hari! 


Naik turun anak tangga. 


Anda disarankan untuk berehat dari skrin komputer setiap 20 minit, atau merehatkan mata anda supaya dapat memfokus semula. Jadi apa kata anda menggunakan waktu senggang ini untuk menaiki dan menuruni anak tangga? Tetapkan ‘timer’ untuk mengingatkan anda menaiki dan menuruni tangga setiap 20 minit. Ini bukan sahaja membolehkan anda merehatkan mata anda, tetapi juga meingkatkan bilangan langkah pada pedometer anda! Dengan disiplin yang mencukupi, kaedah ini membolehkan anda mencapai 2,000 langkah setiap hari dengan mudah! 

● Melakukan kerja rumah. 


Apa? KERJA RUMAH? Bosan betul! Kita sering kali mempunyai tanggapan negatif terhadap kerja rumah. Namun, siapa yang kata kerja rumah semestinya bosan? Sebenarnya, anda boleh menjadikannya sebagai satu cabaran berasaskan had masa, atau senaman yang menyeronokkan! Serlahkan Cinderella dalam diri anda dengan bernyanyi, menari atau berpusing-pusing semasa anda mencuci pinggan atau memasukkan baju kotor ke dalam mesin basuh! 

● Permainan! 
 

Selain berjalan-jalan di sekitar rumah, anda boleh meluangkan masa untuk bermain dengan insan yang disayangi! Seiring dengan penutupan sekolah dan pembelajaran maya, pentingnya anda terus bergerak. Selain meluangkan detik-detik bermakna dengan keluarga, permainan seperti “tag” (kejar-mengejar) dan sorok-sorok akan meningkatkan denyutan jantung di samping menambah bilangan langkah anda!

Menyertai aktiviti larian maya.


Aktiviti larian maya merupakan cara yang baik untuk mengumpul langkah! Menerusi aktiviti larian maya seperti yang dianjurkan oleh JomRun, anda dapat berinteraksi dengan peserta-peserta lain dari keselesaan rumah masing-masing. Selain membantu mengumpul langkah, larian maya turut menyediakan hadiah dan ganjaran bagi peserta-peserta yang mencapai sasaran ditetapkan. 

Bagaimanapun, jika anda tidak berminat dengan larian maya, anda masih boleh menyertai pelbagai cabaran JomRuns secara percuma, dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah terdiri daripada rangkaian produk pelbagai jenama sukan! 

Akhirnya, bagaimana untuk tahu sama ada anda telah mencapai kuota langkah anda? Mudah sahaja. Anda boleh menjejaki bilangan langkah anda dengan peranti kecergasan seperti Fitbit, atau memuat turun penghitung langkah yang percuma pada telefon pintar anda, misalnya aplikasi JomRun! 

Selamat maju jaya dan semoga sentiasa sihat walafiat!

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

KULIT LEBIH CERAH DAN LEBIH DILINDUNGI DENGAN PELINDUNG MATAHARI SAFI PERFECT WHITE 3X ADVANCE BRIGHTENING SPF 50+ PA ++++ YANG BAHARU