IQIYI GEMPARKAN MALAYSIA DENGAN CABARAN HASHTAG #IQIYISTYLE
Peneraju utama dalam perkhidmatan penstriman hiburan antarabangsa iQIYI International terus menggemparkan Malaysia dengan #iQIYIStyle Hashtag Challenge dan siri webisode baharu, iQ Remix, menyusuli kejayaan kempen #AnakMalaysia.
Dilancarkan pada bulan Oktober, #iQIYIStyle Hashtag Challenge (HTC) telah mencapai lebih daripada tiga kali ganda tontonan video dan jumlah isi kandungan buatan pengguna (User Generated Content) berbanding dengan kempen TikTok HTC komersial yang lain di Malaysia. Antara mereka yang telah menyertai #iQIYIStyle HTC adalah duta VIP antarabangsa iQIYI, Lawrence Wong, dan pempengaruh (influencer) popular termasuk Nick Syaf, Jackhuah, Yeesan, Sikar, Zarul, Sry, Qaasrina, Hashmitha, Danny Koo, Johanis, Queenyytan, Batrisyia serta Zarol, Amri dan Ecah daripada CIKIDOT. Cabaran tersebut mengajak para peminat untuk mengirim video "gaya glam" kreatif mereka yang tersendiri, berlatarbelakangkan sebuah sampul majalah yang bertemakan program iQIYI dengan muzik.
Para pengguna TikTok masih berpeluang untuk menyertai Cabaran #iQIYIStyle HTC sebelum tarikh tutup pada 30 November 2020. Para peserta berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah yang menarik seperti Samsung Galaxy Z Fold2, foto yang ditandatangani oleh Lawrence Wong dan langganan VIP iQIYI. Pemenang-pemenang akan dihubungi melalui akaun Tiktok rasmi iQIYI Malaysia pada 5 Disember 2020.
iQIYI Malaysia juga telah mempersembahkan sebuah kandungan video baharu 'iQ Remix', satu “webisod” bulanan yang menggabungkan pelbagai watak-watak daripada drama-drama waktu perdana yang disiarkan di iQIYI. Webisode ini bertujuan untuk menampilkan iQIYI dari sudut-sudut yang berbeza bagi mereka memahami jenama tersebut dengan lebih mendalam. Episod pertama yang berjudul 'Cawan Siling' menampilkan Laila (Riena Diana) daripada drama Kampung People, Helmi (Syazwan Zulkifly) daripada 7 Hari Mencintaiku dan Fahad (Saharul Ridzwan) daripada Cinta Sekali Lagi. Sejak ditayangkan dua minggu lepas di iQIYI, drama Cinta Sekali Lagi telah disaksikan oleh lebih daripada 4 juta penonton!
Para penonton iQIYI bakal disajikan dengan pelbagai program negara-negara Asian yang terkini seperti Biar Mereka Cemburu, Hadiah Dari Tuhan, Hush, Dear Missy, Ultimate Note, HAHAHAHAHA, Youth With You 3 dan Daughters, yang menampilkan sarikata Bahasa Inggeris, Mandarin dan Bahasa Melayu di www.iQ.com atau muat turun aplikasi iQIYI melalui Apple Store atau Google Play Store.
Feature photo by:
People photo created by halayalex - www.freepik.com
Comments
Post a Comment