SIFAT “CEKAL” MERUPAKAN FAKTOR PENENTU KEJAYAAN YANG PENTING


Pencapaian akademik anak-anak merupakan keutamaan bagi ramai ibu bapa di Malaysia. Namun, penekanan yang lebih ke atas aspek ini seringkali menyebabkan terabainya perkembangan sifat-sifat peribadi serta nilai-nilai murni yang lebih penting dalam memacu dan melestarikan kejayaan anak-anak pada masa hadapan.

Dengan pegangan bahawa sukan adalah pendidik yang dapat memupuk pengajaran kehidupan serta nilai-nilai murni yang penting, MILO® baru-baru ini telah menerajui satu kajian dalam kalangan pendidik dan majikan. Dinamakan Kecekalan Tangga Kejayaan (The Grit Advantage), kajian itu bertujuan menghuraikan sifat utama yang membezakan antara individu yang berjaya dalam erti kata sebenar dengan yang lain. Seramai 80% pendidik dan majikan bersetuju bahawa sifat “cekal” merupakan faktor penentu yang akan mendorong anak-anak ke arah kecemerlangan yang bermakna dan berterusan pada abad ke-21 ini.

“Cekal” ditakrifkan sebagai tekad dan kesungguhan untuk mencapai matlamat jangka panjang serta bermakna. [1] Ia merangkumi sifat-sifat yang sering dikaitkan dengan minda, semangat dan sikap juara takkan gentar seperti keberanian, keazaman, ketahanan, ketabahan, tekad, kegigihan, ketekunan dan kecemerlangan.

Selain kepentingan sifat cekal, kajian turut meneliti sikap dan tingkah laku pelajar dan golongan profesional muda ketika ini yang akan mempengaruhi persepsi serta cara mereka mencapai kejayaan pada masa hadapan.

Ng Su Yen, Pegawai Eksekutif Perniagaan - MILO®, Nestlé (Malaysia) Berhad

Menurut Ng Su Yen, Pegawai Eksekutif Perniagaan - MILO®, Nestlé (Malaysia) Berhad, “Selama 70 tahun kami telah menyokong pembangunan tanah air dengan cita-cita kami untuk mendorong rakyat Malaysia melangkah lebih jauh. Dalam berhadapan situasi semasa yang tidak menentu cabarannya, kami telah menemukan sifat cekal sebagai unsur kritikal dalam perkembangan kanak-kanak yang dapat menguatkan tekad mereka mengharungi cabaran masa hadapan.”

“Berpandukan kajian Kecekalan Tangga Kejayaan, kami berharap untuk mencetuskan perbincangan berkaitan sifat cekal dengan menyatukan pakar-pakar sektor pendidikan dan pekerjaan. Kami juga ingin mengukuhkan peranan kami dalam membantu ibu bapa membesarkan anak-anak mereka dengan penuh sifat cekal, tidak kira apa jua minat anak-anak mereka. Umpama melentur buluh biarlah dari rebungnya, kami berusaha memberikan maklumat serta inspirasi kepada ibu bapa untuk mula mempersiapsiagakan anak-anak mereka ke arah kejayaan masa hadapan dengan kecekalan seorang juara sejak usia muda lagi,” tambah beliau. 

Berikut merupakan beberapa dapatan utama kajian Kecekalan Tangga Kejayaan.

Pendidik menegaskan bahawa pencapaian akademik semata-mata tidak mencukupi.

Menurut 3 daripada 4 pendidik, keseimbangan akademik dan aktiviti kokurikulum amat penting untuk menentukan kejayaan. Seramai 71% mengatakan pentingnya kanak-kanak belajar daripada kegagalan untuk mencapai kecemerlangan pada masa hadapan, manakala 82% percaya “keazaman untuk mengejar matlamat tanpa putus asa” adalah penentu awal kejayaan yang paling penting. Sementara itu, 93% percaya sifat cekal amat penting untuk membentuk peribadi dan memenuhi tekad seseorang.

Majikan mendapati golongan profesional muda hari ini kurang cekal.

Mencari jalan keluar yang mudah merupakan lumrah dalam kalangan golongan profesional muda hari ini, dengan 79% majikan melihat perjalanan karier yang tidak konsisten dan kerap kali menukar pekerjaan pada resume golongan profesional muda. Di samping itu, 72% menyatakan anak-anak mestilah diajar kesabaran dan sifat mengenal matlamat demi memastikan kejayaan masa hadapan, manakala 70% menyatakan golongan profesional muda mestilah terbuka dalam melakukan kesilapan serta menjadikannya sebagai pengajaran. Dalam soal pengambilan pekerja pula, 7 daripada 10 majikan akan memilih individu berperibadi tinggi dan menyeluruh berbanding mereka yang hanya sekadar cemerlang akademik.


Untuk membaca laporan penuh Kecekalan Tangga Kejayaan MILO®, layari sini

Rakyat Malaysia juga dijemput untuk menyertai perbincangan mengenai sifat “cekal” dengan mengikuti Forum Kecekalan Tangga Kejayaan MILO® yang menampilkan barisan panel pakar, pada 3 Disember 2020, jam 9:00 - 10:00 malam di laman Facebook MILO® Malaysia.



[1] Duckworth, A. Grit: The Power of Passion and Perseverance (2016).


Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI