INTERMARK MALL BAWAKAN SUASANA KEMERIAHAN "VIVID DIWALI'
Bertemakan ‘Vivid Diwali’, Intermark Mall mempersembahkan kolam-kolam berwarna-warni yang diperbuat daripada butiran beras dalam reka corak bunga teratai di Ground Atrium.
Hiasan kolam yang sinonim dengan perayaan Deepavali tersebut dilelilingi oleh patung gajah dalam pelbagai warna yang melambangkan perpaduan di dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Bazar Diwali, Aras Bawah menawarkan pelbagai barangan untuk persiapan menyambut Deepavali. Jangan lupa untuk berswafoto di kolam buatan tangan dengan menggunakan tanda pagar #IMVividDiwali #IntermarkMall di dalam hantaran media sosial!
Bergaya di perayaan Diwali dengan pilihan fesyen daripada Carven Ong Couture, Aras 2 dan aksesori yang cantik daripada La Perna dan Bacarat, Aras 1. Cubalah gaya rambut dan kuku baharu di Groom Artistry dan Jo Nails & Spa, Aras 2.
Jamu selera di Grandmama’s, Aras Bawah dengan hidangan signatur Seafood Curry Hot Pot, atau nikmati sajian istimewa di BBQ Nights, Lower Concourse dengan pelbagai pilihan hidangan yang menyelerakan. Anda juga boleh mencuba hidangan Green Curry Chicken Rice di Agrain, Lower Concourse.
Hiasi rumah anda dengan lukisan dari galeri seni yang baru dibuka iaitu Art WeMe Contemporary Gallery, Aras 1, sebuah galeri seni kontemporari Asiayang terkenal di seluruh dunia.
Pengunjung bakal mendapat ganjaran dalam bentuk Bekas Makanan Pyrex Easy Vent atau Botol Kaca Snapware Ego Grip dengan pembelian RM300 ke atas dalam satu resit.
Untuk maklumat lanjut tentang ‘’Vivid Diwali”, sila layari intermark-mall.com, dan ikuti perkembangan terkini di Facebook – Intermark Mall KL, Instagram - IntermarkMall atau hubungi kaunter Khidmat Pelanggan di talian 03 2166 8170.
Comments
Post a Comment