APLIKASI ‘ROYAL CANIN CLUB’ KINI DENGAN FUNGSI SERBA BAHARU!

 


Royal Canin Malaysia telah melancarkan aplikasi ‘Royal Canin Club’ pada bulan Ogos 2020 yang mendapat sambutan hebat dari pemilik haiwan peliharaan di seluruh Malaysia. Kini, Royal Canin memperkenalkan fungsi menarik serba baharu yang direka khas untuk aplikasi mereka seperti fungsi penghantaran ke rumah untuk set hadiah eksklusif serta ganjaran menarik lain yang boleh ditebus menggunakan mata ganjaran pada nilai lebih rendah. 

Royal Canin Club direka khas untuk mendidik dan membimbing pemilik haiwan di Malaysia mengenai amalan terbaik penjagaan haiwan peliharaan melalui kandungan yang informatif dan menarik dalam topik seperti diet dan pemakanan, kesihatan pencernaan, penjagaan dari neonatal hingga penuaan, penjagaan kulit dan bulu, latihan dan tingkah laku, dan kesihatan umum mereka. Ia bertujuan untuk mendidik pemilik haiwan peliharaan untuk membuat pilihan yang tepat untuk si bulus mereka dari setiap aspek perkembangannya. 

Dua fungsi baharu pada aplikasi ini termasuklah fungsi penghantaran set hadiah percuma ke rumah di mana Royal Canin akan menghantar set hadiah eksklusif untuk pengguna aplikasi terus ke rumah mereka. Penghantaran ini memenuhi piawaian yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di mana rakyat Malaysia dinasihatkan untuk terus kekal selamat di rumah masing-masing. 

Royal Canin juga melancarkan kempen ganjaran yang membolehkan para pembeli menebus ganjaran menggunakan mata ganjaran pada nilai yang lebih rendah sempena dengan musim perayaan hujung tahun ini. Antara ganjaran yang ditawarkan termasuk produk-produk Royal Canin seperti makanan basah bertin atau paket untuk kucing dan anjing. 

“Rakyat Malaysia gemar menjaga haiwan peliharaan. Ini mungkin kerana kebanyakan dari mereka membesar dengan haiwan peliharaan, atau ada kemahuan menjaga haiwan peliharaan. Namun, tidak semua pemilik haiwan peliharaan dilengkapi dengan pendidikan yang betul mengenai cara menjaga haiwan mereka. Aplikasi Royal Canin Club dicipta untuk selesaikan masalah ini dan menciptakan dunia yang lebih baik untuk kucing, anjing, dan tuan mereka juga. Kami cukup teruja untuk memperkenalkan fungsi terbaru ini yang pasti akan menambah nilai pengalaman penggunaan Royal Canin Club,” kata Dmitriy Sokolov, Ketua Pasaran Royal Canin Malaysia . 

Pada waktu ini, rakyat Malaysia meluangkan lebih banyak masa di rumah akibat wabak yang melanda dunia, dan haiwan peliharaan pun menjadi peneman yang baik untuk membantu mereka melalui masa yang sukar ini. Aplikasi ini tiba pada masa yang tepat untuk membantu dan membolehkan pemilik haiwan peliharaan mengetahui lebih lanjut mengenai teman berbulu mereka. 

"Berdasarkan baka mereka, setiap haiwan peliharaan mempunyai kandungan genetik tersendiri yang menentukan risiko mereka menghidap masalah kesihatan tertentu. Itulah sebabnya penting untuk kita belajar mengenai haiwan peliharaan kita dan memahami apa aspek kesihatan mereka yang memerlukan perhatian khusus. Aplikasi kami akan menyampaikan maklumat yang dipadankan dengan pemilik haiwan supaya ia sesuai dengan baka dan keperluan khas teman berbulu mereka, dan memberi pemilik haiwan kebolehan membuat pilihan yang lebih baik”, tambah Dmitriy. 

Royal Canin akan terus memberi penambahan nilai melalui Royal Canin Club. Antara fungsi yang akan ditawarkan pada tahun 2021 dan seterusnya termasuk: pemberian mata ganjaran selepas pembelian, pelancaran Royal Canin Club di klinik haiwan, dan fungsi rujuk rakan untuk mendapatkan lebih banyak mata ganjaran.


Aplikasi Royal Canin Club boleh didapati dari App Store (iOS) atau Google Play Store (Android). Daftar sekarang untuk tebus baucar permulaan dan set hadiah (selagi stok masih ada)!

Feature photo by: Love photo created by freepic.diller - www.freepik.com

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

KECUT PERUT, PECAH PERUT DENGAN ‘DON DUKUN’: ZUL ARIFFIN TIDAK PERNAH MENGHAMPAKAN

TOURISM SELANGOR MENGADAKAN SELANGOR TRAVEL FAIR SEMPENA TAHUN MELAWAT SELANGOR 2025